Wednesday, May 27, 2015

2663) BERITA DAILY - 26/05/15 - Kerajaan Perlu Pantau Pembeli Nombor Ekor

KUALA LUMPUR: Penularan pembeli nombor ekor khususnya di kalangan orang Islam kini semakin membimbangkan. 
 
Aduan yang diterima Persatuan Pengguna Islam malaysia (PPIM) yang dimaklumkan ketika sidang media hari ini mendapati jumlah pelanggan kepada 'aktiviti perjudian' walaupun di premis yang mempunyai lesen ini semakin meningkat. 
 
Justeru badan bukan kerajaan (NGO) itu menggesa kerajaan melalui Kementerian Kewangansebagai pengeluar lesen untuk mengambil perhatian dan tindakan tegas dikenakan kepada pemilik premis yang menjual 'nombor ekor' termasuk pelanggan Islam. 
 
"Kita melihat perkara ini serius. Kita lihat tempat ini bila syarat kelulusan diberi orang Islam tidak boleh membeli nombor ekor di situ," kata Nadzim Johan.
 
"Desakan daripada orang ramai untuk menentukan orang Islam tidak pergi ke situ. Untuk menentukan tempat ini atau premis yang menjual judi kepada orang Islam diambil tindakan," katanya kepada wartawan ketika sidang media sebentar tadi.
 
Tambahnya tindakan menyekat pembeli daripada orang Islam perlu diamalkan oleh pusat perniagaan nombor ekor ini supaya tidak memberi galakan sebaliknya boleh dijadikan pengajaran.
 
Nadzim dalam masa sama menegaskan masalah ini diutarakannya kerana melibatkan imej orang Islam yang hanya akan terjejas pada akhirnya nanti.
 
"Kita mahu bawa cadangan kepada kerajaan supaya mengawasi tempat-tempat seperti itu dan jika didapati tempat seperti itu menjual taruhan judi kepada orang islam kita cadang lesen premis ditarik kembali.
 
"Imej orang Islam yang sudah teruk akan jadi lebih teruk lagi," ujarnya lagi,

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL