Wednesday, May 29, 2013

750) BOIKOT TEPUNG CAP SAUH DAN CAP KUNCI

May 29, 2013

Kuala Lumpur: Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan Islam, semalam menggesa Kementerian Kesihatan melarang penggunaan bahan kimia benzoyl peroxide dalam tepung gandum.

Mereka bimbang penggunaan bahan itu walaupun dibenarkan pada skala kecil iaitu tidak lebih 50 miligram (mg)/kilogram (kg) untuk bertindak sebagai ejen pemutih, dikhuatiri boleh membahayakan kesihatan pengguna.

Jurucakap NGO itu yang juga Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, berkata ada sebilangan syarikat pengimport dan pengeluar tepung di negara ini menggunakan benzoyl peroxide bagi memutihkan kembali warna tepung itu.

Katanya, langkah diambil syarikat berkenaan selepas dipercayai memperoleh bekalan tepung terpakai yang warnanya sudah bertukar kehitaman atau kekuningan dari pasaran antarabangsa sebelum dijual semula di Malaysia.

Nutrisi semula jadi hilang

Penambahan benzoyl peroxide menyebabkan semua nutrisi semula jadi (dalam tepung) hilang. Bagi memastikan nutrisinya terus ada, mereka menggunakan bahan bijirin seperti vitamin B1, dipercayai diperoleh dari sumber babi kerana ia lebih murah dan mudah didapati, katanya pada sidang media di sini, semalam.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan tepung gandum perlu mengandungi 13 peratus bahan nutrisi. Mengikut laporan Kementerian Kesihatan penggunaan bahan kimia itu dalam tepung gandum sebagai penyesuai makanan dibenarkan di negara ini tetapi tidak lebih daripada 50 mg/kg.

Bagaimanapun, Nadzim berkata, budaya rakyat Malaysia yang kerap menggunakan dan bergantung kepada makanan berasaskan tepung seperti roti canai, kuih dan roti menyebabkan pengambilan terhadap bahan kimia itu menjadi tinggi.

Beliau berkata, hanya satu atau dua saja syarikat pengimport tepung di Malaysia menggunakan bahan kimia itu dalam mengeluarkan produk berkenaan, selebihnya tidak menggunakan.

Sekat 'Red Bean Army'

Dalam perkembangan lain, Nadzim berkata, PPIM dan 85 NGO lain menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat laman sosial dikendalikan kumpulan dan penyokong 'Red Bean Army' kerana melemparkan fitnah.

Kumpulan dipercayai berkait rapat dengan sebuah parti politik pembangkang itu dipercayai mula aktif sejak 2011. Penipuan menerusi kenyataan dan fakta dikeluarkannya boleh mencetuskan perbalahan dan menggugat perpaduan selain mempunyai motif mengajak rakyat membenci pemimpin negara.

Beliau turut menafikan dakwaan pihaknya memboikot keseluruhan produk Cina, sebaliknya hanya lapan produk saja kerana dipercayai menyalurkan dana dan menyokong usaha himpunan haram anjuran pembangkang.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...