Sunday, May 12, 2013

732) BERITA MYNEWSHUB : NGO Islam Cadang Idea Sekolah Wawasan Dilaksanakan Sekarang


sekolah wawasan


KUALA LUMPUR: Sebanyak 83 Badan serta Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) berkaitan Islam hari ini mencadangkan agar idea sekolah wawasan yang pernah dirancang beberapa tahun lalu diwujudkan kembali demi perpaduan kaum yang terdapat di Malaysia.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tindakan Tertinggi Gabungan NGO Islam 1 Malaysia, Datuk Mohd Farid Hassan, kesemua NGO tersebut telah sepakat menyokong penuh Sekolah Wawasan dilaksanakan semula di dalam kerangka plan transformasi pendidikan negara.

Ia kata beliau sejajar dengan gagasan 1Malaysia dan rancangan pemulihan nasional yang disebut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

“Selagi anak-anak kita tak disatukan di bawah satu bahasa, menyatukan rakyat akan menjadi masalah (buat negara).

“Percampuran di kalangan berlainan bangsa seperti Melayu, Cina dan India pada usia awal adalah penting supaya mereka dapat mengenali di antara satu sama lain (dengan lebih baik),” katanya ketika dihubungi Mynewshub di sini hari ini.

Idea sekolah wawasan dicetuskan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Konsep utama sekolah wawasan adalah menghimpunan sekolah-sekolah rendah pelbagai aliran dalam satu kawasan di mana para pelajarnya akan berkongsi kemudahan seperti padang dan kantin secara bersama.

Pendidikan mengikut bahasa ibunda masing-masing bagaimanapun tetap dibuat seperti biasa dalam kompleks sekolah masing-masing.

Tambah beliau, jika tidak disatukan rakyat berbilang kaum ini, persepsi negatif yang sering dikaitkan dengan sesuatu kaum itu akan terus timbul dan masalah tersebut tidak akan lenyap sampai bila-bila.

Beliau memberi contoh, kaum Melayu sering dikaitkan dengan masalah rasis manakala kaum Cina pula dikaitkan sebagai tidak mahu berkongsi kelangsungan ekonomi yang telah berjaya dicapai oleh mereka.

“Senang cerita, tak kenal maka tak cinta, Melayu perlu kenal budaya Cina, Cina perlu kenal budaya India, India perlu kenal budaya Melayu, barulah perpaduan dapat diwujudkan,” jelasnya lagi.

Jadi, untuk merealisasikan penyatuan kaum itu, NGO Islam telah bersetuju dengan rancangan sekolah wawasan agar anak-anak generasi masa hadapan dapat bercampur dan lebih kenal-mengenali di antara berlainan kaum.

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL