Thursday, May 16, 2013

738) BERITA HARIAN 14 MEI 2013-83 NGO Islam kutuk pembangkang




Kuala Lumpur: Beberapa isu berkaitan agama yang digunakan pemimpin pembangkang sepanjang kempen dalam Pilihan Raya umum Ke-13 (PRU-13) baru-baru ini dikhuatiri memberi ancaman kepada perpaduan serta penyatuan umat Islam khususnya dalam konteks negara ini.

Pandangan itu disuarakan Gabungan 83 NGO Islam yang berpendapat ia tidak sewajarnya dijadikan modal politik untuk meraih undi semata-mata kerana membabitkan akidah selain boleh menimbulkan kekeliruan dan memberikan gambaran tidak tepat mengenai Islam.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan berkata, hasil perbincangan antara gabungan mendapati antara isu dibangkitkan ialah penggunaan kalimah Allah yang ditimbulkan pakatan pembangkang biarpun berlaku percanggahan antara mereka.

Selain itu katanya, tindakan pemimpin bukan Islam melafazkan ucapan insya-Allah, memberi salam serta membaca al-Quran serta terjemahan boleh menimbulkan kesangsian kerana dibimbangi jika tidak dikawal sekaligus membawa penghinaan terhadap kitab suci itu.

Kita juga dapati ada isu lama seperti hubungan antara PAS dengan DAP di mana salah satu daripadanya menyokong penubuhan negara Islam manakala di satu pihak lagi, menolak pembentukan negara dengan hukum Islam.

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL