Thursday, May 16, 2013

737) BERITA HARIAN 15 MEI 2013-Pelbagai pihak kecam tindakan Gereja NECF




Kuala Lumpur: Pelbagai pihak menyelar tindakan Gereja National Evangelical Christian Fellowship (NECF) menggunakan kalimah Allah dalam poster di laman Facebooknya.

Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, berkata tindakan biadab itu jelas menunjukkan mereka tidak menghormati hubungan baik antara kaum di negara ini dan PPIM bersama 83 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam akan membuat laporan polis berhubung perkara itu selepas ini.

Persoal tindakan

Kenapa perlu guna kalimah Allah sedangkan banyak lagi perkataan yang boleh dirujuk? Tolong jangan jejaskan hubungan baik antara kaum di negara ini. Kita kini diuji dengan pelbagai perkara selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Kenapa perlu memburukkan lagi keadaan?, katanya.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang menggesa umat Islam tampil membuat laporan polis mengenai poster di laman sosial Facebook NECF, persatuan yang beralamat di Petaling Jaya itu.

Di bawah projek Malaysia My Home, NCEF menggunakan poster bertulis 'panggilan kepada semua gereja dan orang Kristian untuk merangkul, mengasihi dan memberkati negara ini dengan hadirat dan kuasa Allah'.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...