Tuesday, May 14, 2013

733) Berita Terkini:Gabungan NGO Islam ajak boikot produk pentingkan keuntungan

Oleh MOHD. HAZLI HASSAN

KUALA LUMPUR 14 Mei - Lebih 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam mahu rakyat negara ini memboikot beberapa produk yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata.
Jurucakap NGO berkenaan, Datuk Nadzim Johan berkata, mereka bukan mahu bersifat rasis memboikot produk-produk berkenaan, namun sudah sampai masanya rakyat sedar dan bangkit.

Kebanyakan produk yang diboikot itu, kata Nadzim, turut tidak selamat untuk dimakan dan ini tidak disedari masyarakat.

"Selama 50 tahun sebagai contoh, kerajaan memberi monopoli kepada sebuah syarikat yang membekalkan tepung, namun selepas diberi kepada syarikat Melayu/Islam, mereka kata mereka dianiaya.

"Adakah mereka dianiaya? Selama selepas merdeka siapa yang kaya? Bukan Melayu yang kaya, namun kita tidak pernah mempersoalkannya. Kenapa bangsa lain nak mempersoalkannya pula?" dakwanya dalam satu sidang akhbar di Jalan Tun Ismail di sini hari ini.

Dalam pada itu, Nadzim berkata, pemboikotan yang dilakukan terhadap beberapa produk itu juga mengambil kira kepentingan kesihatan rakyat negara ini.

"Ada produk yang kita kesan mempunyai kimia yang boleh merosakkan kesihatan dan tidak ramai yang tahu mengenai perkara berkenaan," katanya.

Setakat ini, ada lima produk yang akan diboikot oleh gabungan NGO Islam dan akan ditambah dari semasa ke semasa.

Senarai penuh produk yang diboikot oleh NGO-NGO Islam itu boleh didapati dengan melayari laman web Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di http://www.ppim.org.my


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130514/dn_30/Gabungan-NGO-Islam-ajak-boikot-produk-pentingkan-keuntungan#ixzz2THHhaNDg
© Utusan Melayu (M) Bhd 






16 comments:

Unknown said...

Tolong jangan gunakan nama Islam dan sebarkan benda yang tak ada fakta dan tak menggunakan akal fikiran. Sedar tak Air Asia membantu umat Islam balik kampung jumpa keluarga, bantu mereka ke KL untuk pergi tunaikan ibadah umrah dan haji dan macam2 lagi. hmmmm??? Segan saya sebagai orang Islam bila kawan Cina saya post blog ni dan article ni. Apa kena sokong DAP dan Islam? Cina is not an enemy. Please use your brain and be a good Muslim. Jangan malukan Agama kita and jangan campurkan Agama dengan politik. Tqs.

Tampawan said...

guna nama islam utk sebarkan ideologi racist.. memalukan....

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA said...

Untuk respon dan ulasan lanjut, dengarkan Klinik Pengguna PPIM esok di Bernama Radio 24,93.9fm dr jam 115 hingga 230ptg. Terima kasih atas keprihatinan anda.

Uno said...

Jgn malukan agama Islam n gunakan utk kepentingan diri sendiri..lebih baik boikot barangan yahudi yang terang2 memusnahkan Islam..Rasulullah xajar orang Islam bersifat Assobiyah..jangan kembali kepada zaman jahiliyah..

zulkifli said...

Sudahlah dengan usaha karut untuk mempolitikkan kepenggunaan Islam. Kalaupun benar syarikat2 ini memberi dana kpd PR, kenapa tak boikot syarikat2 yg memberi dana kpd BN? Jangan salahguna dan malukan ugama kita yg suci ini.

saifulothman said...

PPIM sepatutnya TUKAR nama kpd PPBM.......buat malu ISLAM je

ada2jer said...

Anon2 kat atas tuh,

Klu ko x nak boikot sudahlah, sebok2 wat aper. Ko punya parti islam pun dah bg malu. Menang pun 21 kerusi jer he.he..hee.

Faizal said...

Sejak kebelakangan ni, banyak kempen memboikot barangan keluaran syarikat Cina. Dari satu sudut, ianya berpaksikan amalan perkauman yang tidak sihat untuk diamalkan dan ia bukannya sesuatu yang dianjurkan oleh Islam. Walaubagaimanapun, jika dikaji semula asal-usul boikot terhadap perniagaan Cina ini, ianya lebih kepada "repercussion" terhadap boikot ke atas barangan Bumiputera Islam. Jadi, perlukah boikot dibalas dengan boikot? Pada pandangan saya, tidaklah perlu boikot yang dimulakan oleh sesetengah golongan ini terhadap produk Bumiputera Islam dibalas dengan boikot. Tetapi, mendiamkan diri dengan membiarkan sahaja saudara seIslam dengan kita dibuli dari segi ekonomi juga merupakan tindakan yang kurang bijak. Tidak perlu boikot produk bukan Islam, kita cuma mendahulukan produk Islam sahaja. Ini boleh membantu "mopping up" lebihan keluaran Bumiputera di pasaran akibat boikot yang dikenakan terhadap produk Bumiputera terlebih dahulu. Ini juga merupakan satu bentuk Jihad di mana kita membantu sesama saudara seIslam dengan kita untuk memantapkan ekonomi ummah. Gerakan ini perlu dijana melalui NGO-NGO Islam seperti PPIM bagi menjamin kesinambungan & keberkesanannya. Buangkanlah perbezaan politik dan marilah kita sama2 membantu & menyokong dalam memulihkan semula ekonomi Bumiputera Islam ekoran boikot yang terlebih dahulu dikenakan terhadap kita. Selanjutnya, kempen mestilah menjurus kepada mengutamakan produk & perkhidmatan Bumiputera Islam, bukannya boikot produk dari kaum tertentu...

Unknown said...

saya lebih setuju, direktori barangan Islam halal disenaraikan dan diutamakan berdasarkan memperkasakan ekonomi orang Islam seperti pembukaan pasar orang Islam dI madinah bagi mengatasi mnopoli kaum yahudi. pendekatan yang sama dibuat secara berhemah supaya Islam tidak dicop rasis. apa yang dia orang buat kita tak perlu ikut.

Faizal said...

Mendahulukan produk & perkhidmatan Bumiputera Islam dalam pembelian seharian hanyalah fasa 1 dalam membantu usahawan seagama kita yang dizalimi melalui boikot mereka. Tidak mustahil jika usahawan ini selanjutnya ditekan oleh supplier yg racist dalam meletakkan harga lebih mahal kepada usahawan kita, sehingga memaksa usahawan kita tidak kompetitif. Dengan itu, perlunya tindakan susulan (Fasa 2) supaya usaha ini lebih "sustainable" dengan menguasai "supply chain" terutamanya dalam barangan keperluan asas. Sekali lagi perlu tekanan NGO-NGO Islam ke atas kerajaan dalam mewujudkan penguasaan terhadap "supply chain" oleh usahawan Bumiputera Islam bagi menangkis serangan lanjut ke atas produk Bumiputera Islam dari sudut lain...

Unknown said...

Alhamdulillah.. tq atas maklumat, semoga dikuatkan azam dan tindakan susulan sentiasa berterusan.. harap dapat dikeluarkan senarai jenama barangan bumiputera bagi keperluan asas dahulu.. one thing in a time, then let c the outcome for next action.. utamakan keluaran saudara agamaku..

suhaizam said...

Jgn kata ppim racist.. utk makluman kebanyakan kantin2 kilang di penang yg mana pemilik dia cina telah boikot roti gardenia.. adakah ini x racist??

Megatalangdilaut said...

Otak yg tidak sihat sahaja yg akan menuduh kempen boikot ni sebagai rasis.Peniaga dan pengguna cina telah LAAAMA bersikap rasis terhadap perniagaan Melayu/Islam. Kita hanya sekadar memulangkan 'paku buahkeras'.Di manakah salahnya kita mengajak org melayu/islam menyokong perniagaan kita? Peniaga islam telah melaksanakan fardu kifayah dgn menceburkan diri dlm dunia perniagaan.Maka jatuh hukum WAJIB ke atas setiap muslim untuk menyokong peniaga2 ini. Kita harus sedar bahawa terdapat barang2 yg terpaksa dibeli juga akhirnya dari peniaga non-muslim. Ini dijadikan sebagai PILIHAN TERAKHIR. Jadi dimanakah rasisnya? Jika seseorang yg memperjuangkan Islam itu dilabel sebagai 'Islamist' maka tidak ada salahnya jika kita nak melabelkan seseorang yg berjuang utk bangsanya sebagai 'rasis'. Maka rasislah ia. Apakah iti tidak baik?? Jika tak baik maka seorang 'Islamist' juga tidak baik.

Col_OpenDay2010 said...

Saya rasa kempem ni patut diteruskan...sy easa tak salah pun untuk memboikot produk-produk yang boleh menyumbang masalah terhadap kestabilan negara...memang tak semua masyarakat cina ni yg racist terhadap kaum melayu/islam tp kalau untuk menyokong produk mereka...mereka tetap satu komuniti yg bersatu..mereka walaupun bergaduh sesama sendiri tapi tetap menolong org sendiri...ader pengusaha restoran yang mempunyai sijil halal tapi semua barangan masakkan dari bahan mentah sampai barang kering dia ambik dari kaum dia sendiri..bila di tanya ..mau tolong org sendiri maaaaaa

tuahciku said...

Produk bumiputera perlu mengingkatkan kreatifviti pemasaran sebab ramai yang tidak mengenali mereka. Hasil pengalaman sendiri selesai sahaja program seperti HALAFEST pengguna sukar memperolehi barangan mereka. Penghasilan produk juga perlu pelbagai. Melalui PPIM baru saya tahu ada tepung keluaran bumiputera. Hanya ada satu je ker. Apa pun tahniah, sekurang-kurangnya ada usaha dan wujud juga keluaran yang dihasilkan oleh bumiputera. Pada pandangan saya, perlu ada satu HUB atau pangkalan data yang sistematik, bersepadu, berkesan dan selamat sebagai sumber rujukan semua lapisan yang melibatkan pengusaha, pembekal, pemborong dan pengguna. Mungkin boleh cuba kaedah visual supermarket. Komersialkan urusan jual beli antara pembekal, pengedar dan pengguna secara online. Perkara ini perlu dikaji keberkesanannya oleh pihak tertentu. Kaji bagaimana konsep visual supermarket mampu memberikan keuntungan kepada semua pihak. Jika bermasalah untuk tempatkan produk di permis tertentu visual supermarket berupaya menyelesaikan masalah penempatan. Cuma perlu ada kaedah berkesan untuk pengurusan urusniaga dan penghantaran (delivery) sahaja. Pengguna pula sambil membeli dapat berjimat dan barangan pun selamat. “Perumpamaan sebatang lidi dan seikat lidi”

Anonymous said...

jika anda mahu untuk mendapatkan berita-berita Malaysia dalam talian maka laman ganpak memberikan anda berita-berita terkini bersama-sama dengan kemudahan tambahan seperti kemudahan percuma memuat turun filem dan komputer free software download kemudahan ....... Maklumat lanjut

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL