Wednesday, May 1, 2013

726) BERITA UTUSAN MALAYSIA : Rancang huru-hara di lapangan terbang?




KUALA LUMPUR 28 April - Pembangkang didakwa sedang merancang mencetuskan huru-hara dalam pilihan raya umum akan datang dengan mengarahkan penyokong berkumpul di lapangan terbang seluruh negara bagi memaksa lokasi tersebut ditutup.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan (gambar) berkata, maklumat berkenaan rancangan jahat itu diperoleh daripada seorang Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri baru-baru ini dan dikatakan merupakan langkah yang akan dibuat sekiranya pembangkang kalah dalam pilihan raya umum tersebut.

Menurut beliau, penyokong pembangkang akan memulakan strategi mereka dengan memenuhi lapangan terbang pada pukul 6 petang dan menjangkakan lokasi itu ditutup sebelum pukul 7 petang.

"Maklumat juga memberitahu, terdapat kira-kira 30 peguam antarabangsa kini berkampung di Singapura sebelum dibawa masuk bagi memastikan Peguam Negara ditukarkan kepada individu yang memihak kepada mereka," katanya sewaktu menjadi ahli panel dalam Wacana Isu-Isu Islam Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di sini hari ini.

Dalam majlis itu, beliau turut menayangkan sebuah video bertajuk PRU-13 Makmur Atau Derita Pilihan Kita yang memaparkan kronologi sejarah pembangunan serta kemakmuran negara sejak kemerdekaan sehingga kini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130429/px_32/Rancang-huru-hara-di-lapangan-terbang?#ixzz2S1wPgsT0 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...