Showing posts with label HINA ISLAM. Show all posts
Showing posts with label HINA ISLAM. Show all posts

Wednesday, March 27, 2024

NEGERI LAPOR POLIS LELAKI HINA SULTAN SELANGOR, PERSENDA ISLAM - SELANGORKINI - 27/0/2024

 

SHAH ALAM, 27 MAC: Kerajaan Negeri membuat laporan polis terhadap individu yang didakwa menghina Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor dan institusi diraja dalam media sosial.

EXCO perumahan berkata laporan terhadap N Ganesparan, 42, juga dibuat berikutan mempersenda Islam dengan mendakwa Nabi Muhammad SAW sebagai penipu selain tidak perlu bersolat.

Borhan Aman Shah menegaskan individu berkenaan turut menyebut perkataan kesat dan memalukan terhadap Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, raja-raja, mufti.

“Menerusi video diterima malam tadi, (kenyataan disebut) boleh menimbulkan keguasaran awam dan membangkitkan sensitiviti yang berisiko mengakibatkan pergolakan dan perpecahan kaum.

EXCO Perumahan Borhan Aman Shah bercakap kepada media selepas membuat laporan polis terhadap seorang individu yang menghina DYMM Sultan Selangor Sultan Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pada 27 Mac 2024. Turut sama Ketua Aktivitis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan (kiri). Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“(Berikutan itu) Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Dato’ Menteri Besar bersetuju untuk membuat laporan polis ini,” katanya ditemui di ibu pejabat polis Shah Alam hari ini.

Turut serta EXCO Belia dan Sukan Najwan Halimi serta dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Persatuan Anak Melayu Selangor dan Wilayah.

Borhan menegaskan pihaknya akan mendesak polis untuk menyiasat termasuk bekerjasama dengan Interpol supaya lelaki yang menetap di luar negara sejak 2017 itu dibawa ke muka pengadilan.

“Tanggungjawab kita untuk membuat laporan agar perkara ini tidak dipermainkan. Tindakan undang-undang perlu dibuat supaya martabat institusi diraja dan agama Islam sentiasa dijaga,” katanya.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya membuka 21 kertas siasatan terhadap Ganesparan berikutan kenyataan didakwa menghina Sultan Selangor dan agama Islam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati lelaki tersebut kini dipercayai berada di Hamburg, Jerman selepas kali terakhir keluar pada 2 November 2017.

Dalam video lebih dua minit itu, lelaki tersebut mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman dan keagamaan selain mendakwa isu 3R (agama, kaum dan raja) hanya untuk orang bukan Islam.

Artikel oleh: SelangorKini

NEGERI LAPOR POLIS LELAKI HINA SULTAN SELANGOR, PERSENDA ISLAM

https://selangorkini.my/2024/03/negeri-lapor-polis-lelaki-hina-sultan-selangor-persenda-islam/

AKTIVITI | LAPOR POLIS ISU INDIVIDU HINA ISLAM, SULTAN - PPIM - 27/03/2024

Tular video memaparkan seorang individu yang menghina agama Islam, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sehubungan itu, EXCO Perumahan dan Kebudayaan Negeri Selangor, YB Tuan Borhan Aman Shah hari ini bertindak membuat laporan polis berkenaan individu tersebut.

Turut serta EXCO Belia, Sukan & Keusahawanan YB Najwan Halimi, Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi serta beberapa NGO.


Tuesday, July 12, 2022

HINA ISLAM: BERTENANG, TAK PERLU BERI REAKSI MELAMPAU - UTUSAN MALAYSIA - 11/07/2022

 

Artikel oleh: Utusan Malaysia

HINA ISLAM: BERTENANG, TAK PERLU BERI REAKSI MELAMPAU

HINA ISLAM: BERTENANG, TAK PERLU BERI REAKSI MELAMPAU - UTUSAN MALAYSIA - 11/07/2022

 

PETALING JAYA: Umat Islam di negara ini dinasihat supaya bertenang tanpa perlu memberi reaksi melampau terhadap tindakan provokasi berkaitan penghinaan terhadap agama Islam.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abd. Majid berkata, masyarakat diminta tidak menghiraukan perkara yang disifatkan kecil, yang sentiasa berlaku sepanjang masa.

Katanya, ini kerana banyak lagi perkara besar yang berkaitan dengan penghinaan Islam dan merancang untuk menghancurkan Islam.

“Sekarang ini, provokasi itu sama ada orang tidak waras atau secara terancang oleh pihak tertentu untuk memprovokasi kita, jadi, kalau kita beri reaksi melampau dan menggila, maka, orang tahu itu standard kita.

“Dalam peristiwa Israk Mikraj, ada satu suara memanggil Nabi Muhammad dan Nabi mahu memberi reaksi kepada suara itu, tetapi Jibril beritahu jangan sebab takut perjalanan itu jadi lambat serta tidak mencapai sasaran.

“Jadi, benda-benda itu sangat kecil dalam masyarakat kita, biarlah berlalu begitu saja, sebaliknya kita perlu beri perhatian kepada umat kita. Sekarang ini, umat kita terlampau berpecah belah ditambah masalah sesama parti politik, maka tumpu itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Terdahulu, tular dalam media sosial tentang seorang wanita yang membuka pakaian dan tudung di hadapan penonton di sebuah kelab komedi selepas memperkenalkan diri sebagai seorang penganut Islam dan kemudiannya menghafal ayat al-Quran.

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, perbuatan wanita tersebut merupakan perbuatan terkutuk dan jelas menggambarkan niat jahat individu berkenaan untuk mencari jalan agar umat Islam dan bukan Islam bertelagah.

Sehubungan itu, katanya, tindakan tegas perlu diambil kepada wanita berkenaan bukan sahaja dari segi jenayah, malah, mengikut peruntukan syarak kerana berpotensi mengganggu keharmonian kaum dan agama.

“Yang pertamanya, entah betul atau tidak wanita itu menghafal al-Quran dan kedua, dia tiada sebab munasabah untuk tiba-tiba mencari pasal dan menyakitkan hati umat Islam dengan kenyataan menghina agama.

“Kita bimbang tindakan dia menjadi ikutan pihak-pihak lain untuk menghina Islam,” katanya di sini semalam. 


Artikel oleh: Utusan Malaysia

HINA ISLAM: BERTENANG, TAK PERLU BERI REAKSI MELAMPAU

https://www.utusan.com.my/berita/2022/07/hina-islam-bertenang-tak-perlu-beri-reaksi-melampau/

Thursday, August 6, 2015

DARI MEJA PENGARANG : PENGIRIM SURAT MISTERI DIMINTA TAMPIL DAN MENGULANGI PENGHINAAN ISLAM SEBAGAI AGAMA EKSTREM!


Salam,

Kenyataan Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berhubung laporan akhbar The Malay Mail bertajuk 'Swindling is part of Chinese trading culture, Muslim group claims' pada 15 Julai 2015 terus menjadi bahan dan diputar belit oleh pihak berkepentingan bagi membangkitkan sentimen perkauman.

Difahamkan terdapat beberapa laporan dibuat ke atas Datuk Nadzim Johan, namun sehingga ke hari ini pihak PDRM belum memanggil Ketua Aktivis PPIM untuk rakaman percakapan. Malah perkara ini turut dijelaskan pada hari yang sama di mana pihak admin Facebook PPIM membuat penafian terhadap kenyataan yang dilaporkan oleh The Malay Mail.



Ironinya, segala penafian yang dibuat oleh PPIM seperti tidak diterima pakai oleh sekelompok kaum Cina di mana beberapa portal difahamkan mengulangi kenyataan tersebut bagi membangkitkan kemarahan kaum Cina terhadap PPIM.

Pihak PPIM tidak gentar untuk berkata benar, malah Datuk Nadzim Johan sendiri menyatakan kenyataan beliau telah disalah tafsir oleh wartawan The Malay Mail di mana beliau turut membuat penjelasan selepas perkara itu dibangkitkan oleh pihak berkepentingan.

Namun minggu lepas, pihak PPIM menerima sepucuk surat dari pengirim misteri yang meluahkan perasaan marah kepada Datuk Nadzim Johan. Malangnya, tindakan pengirim tersebut hanya menunjukkan terdapat sekelompok kaum cina yang memang rasis dan biadap serta bersikap anti Islam.

Rujuk surat yang dikirimkan kepada Datuk Nadzim Johan :


Pengirim bukan sahaja sifatkan Islam sebagai agama yang ekstrem malah turut menghina Hukum Hudud di mana menyifatkan ahli dan ulamak dalam parti PAS sebagai manusia bodoh dan hanya tahu berbicara soal Hudud.

Justeru, kami di pihak PPIM ingin mempelawa pengirim surat agar bertemu dengan kami dan mengulangi pendirian sebagaimana dinyatakan dalam surat tertera.

Cabaran kepada agama Islam semakin besar, kami di PPIM tidak akan membiarkan kesucian agama terus dihina oleh puak pelampau yang terbukti rasis dan bersifat anti Islam - Ketua Pengarang

Friday, March 27, 2015

2526) UTUSAN - 22/03/2015 - PPIM Gesa Tarik Lesen BFM


KUALA LUMPUR 23 Mac – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menarik lesen radio BFM kerana mempersenda agama Islam dengan memuat naik klip video bertajuk Hudud Isi Periuk Nasi? baru-baru ini. 

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan (gambar) berkata, perkara itu perlu untuk menunjukkan kerajaan benar-benar serius dan tidak berkompromi dalam menangani anasir yang mempermainkan Perlembagaan dan agama Islam.

“Sudah beberapa kali agama Islam dihina, kali ini kita perlu tegas dan jangan bertolak ansur lagi. Ini melibatkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan mempunyai pelbagai latar belakang.

“Video tersebut bukan sahaja mendatangkan kemarahan, tetapi memberi pandangan serong agama lain terhadap kesucian agama Islam,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah beliau, permohonan maaf secara terbuka tidak boleh diterima dan satu-satunya cara untuk memberi pengajaran adalah dengan menarik lesen penyiaran pihak BFM.


Sumber : http://www.utusan.com.my/berita/nasional/ppim-8232-gesa-tarik-8232-lesen-bfm-1.73039

Tuesday, January 20, 2015

2413) RAKYAT NEWS - 12/01/2015 - Tweet Eric Paulsen Bersifat Provokasi Melampau

alt
KUALA LUMPUR 12 Jan - Tweet Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty (LFL) Eric Paulsen disifatkan sebagai melampau dan bersifat provokasi terhadap agama Islam dan kedudukannya di dalam Perlembagaan Malaysia.

Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (Centhra) dalam kenyataannya kepada media bersama Concerned Lawyers for Justice (CLJ) berkata, tweet Eric memberikan implikasi negatif yang besar terutama kepada masyarkat Melayu Islam.

"Kami dapati tweet ini merupakan serangan bersiri terbaru oleh beliau (Eric) dan LFL mencabar kedudukan agama Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk mencetuskan kesan negatif terhadap masyarakat Melayu Muslim yang merupakan majoriti di dalam negara," kata Pengarah eksekutif Centhra, Azril Mohd Amin.

Ujarnya, berkali-kali melemparkan tomahan terhadap pentadbiran agama Islam di Malaysia dengan menghemburkan kata-kata hasutan di laman sosial twitter beliau.

"Antara tweet hasutan Eric Paulsen termasuk khutbah Hari Raya Aidil Adha yang menyeru umat Islam berwaspada dengan pemikiran rasional, JAKIM sebagai badan konservatif yang tidak dilantik mencampuri urusan pentadbiran Islam.

"Mufti dan ulama obses dengan hubungan seksual, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyerbu pasaraya dan mendakwa barangan yang dijual menghina umat Islam serta memanggil individu tertentu sebagai Taliban," katanya.

Mengulas dakwaan Eric mengatakan JAKIM bertanggungjawab dalam penyediaan khutbah Jumaat seluruh negara, Azril berkata, JAKIM hanya menyediakan khutbah di empat masjid utama negara termasuk Masjid Negara, Masjid Tuanku Mizan, Masjid Putra dan Masjid Wilayah.

Jelasnya, khutbah Jumaat bagi masjid-masjid lain disediakan oleh majlis agama setiap negeri.

"Khutbah yang diberikan adalah untuk membentuk masyarakat penyayang, mengelak penyelewengan mewujudkan integriti dan mengekalkan keharmonian dan ketenteraman.

"Kami ingin mendesak Eric Paulsen mendedahkan bukti yang beliau dakwa khutbah menggalakkan ekstrimisme," tegas beliau lagi.

Saturday, January 17, 2015

2390) UTUSAN MALAYSIA - 17/01/2015 - Sokong Ketegasan KPN



NGO Islam sokong tindakan tegas PDRM terhadap Eric Paulsen


KUALA LUMPUR 16 Jan. - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam hari ini tampil di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman di sini bagi menyokong tindakan tegas yang diambil terhadap Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty, Eric Paulsen. 

Pertubuhan Pribumi Melayu Perkasa (Perkasa) antara NGO-NGO yang tampil menyerahkan Memorandum Menyokong Tindakan Tegas Ketua Polis Negara dan PDRM Terhadap Penghina Agama Islam di sini selepas solat Jumaat tengah hari ini.

Memorandum yang diserahkan kepada Urusetia Komunikasi Korporat PDRM, DSP Anwal Ab Wahab itu antara lain meminta agar Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak terlepas pandang terhadap kumpulan lain yang turut menghina Islam.

Ahli Dewan Tertinggi Perkasa, Datuk Salleh Ismail berkata, banyak laporan polis yang dibuat terhadap kumpulan berkenaan tidak diambil tindakan.

"Perkasa bimbang jika mereka-mereka yang menghina kesucian Islam tidak diambil tindakan yang tegas, ini akan menyebabkan pihak lain yang tidak dapat mengawal kemarahan untuk mengambil tindakan sendiri. 

"Kami melihat penghinaan agama Islam berlaku secara berterusan sejak 2008 dari kejadian melempar daging dan kepala khinzir sehingga insiden terbaharu melibatkan Eric Paulsen," kata Salleh.

Menurut Salleh, Perkasa mengalu-alukan Ketua Polis Negara dan PDRM menggunakan Akta Hasutan 1948 sebagai satu-satunya mekanisme yang ada untuk menyekat perbuatan menghina agama Islam di negara ini.

PDRM telah pun menahan Eric di pejabatnya, di Brickfield kira-kira pukul 9.45 malam ini pada 12 Januari lalu dan disiasat mengikut Akta Hasutan 1948. 

Eric ditahan bagi siasatan terhadap kenyataan beliau di Twitter yang menuduh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyebarkan fahaman ekstremis pada setiap Jumaat yang dipercayai merujuk kepada khutbah solat Jumaat kepada umat Islam.

Eric kemudiannya dibebaskan pada 4.30 petang pada 14 Januari selepas direman dua hari di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi. - UTUSAN ONLINE


Wednesday, December 31, 2014

2299) AWANI - 19/12/2014 - Biar Pihak Berkuasa Jalankan Tugas Siasatan Ke Atas BFM 89.9 - Presiden ISMA

Abdullah Zaik Abd. Rahman berkata, mereka menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan menyeluruh. - Gambar Fail


KUALA LUMPUR: Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abd. Rahman berkata, mereka menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan menyeluruh berkaitan laporan polis mengenai kandungan program bual bicara stesen radio bisnis BFM 89.9 yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama.

“Jika mereka menafikan hal tersebut, kita biarlah pihak polis menjalankan proses siasatan terhadap perkara ini,” ujar beliau sebagai mengulas reaksi pihak stesen radio BFM yang menafikan hal tersebut hari ini.

BFM membuat kenyataan rasmi sebagai maklum balas terhadap laporan polis yang difailkan oleh gabungan sembilan badan bukan kerajaan (NGO) di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi semalam.

Pengarah Urusan BFM Media Sdn. Bhd., Malek Ali memberitahu bahawa penyampai radio Sharaad Kuttan yang didakwa membincangkan isu daging korban dan hak Melayu pada jam 7 hingga 8 pagi pada tarikh berkenaan sebenarnya berbicara tentang Piala AFF Suzuki dan hal-hal lain yang tidak berkaitan.

“Tuduhan kedua yang menyatakan bahawa penyampai Umapagan Ampikaipakan, Caroline Oh, Patrick Teoh dan Ezra Zaid membincangkan isu berkaitan agama Islam dan pemakaian tudung pada jam 6 petang hari yang sama, juga tidak benar,” katanya.

Malek mengesahkan, berdasarkan rekod, pada tarikh dan waktu berkenaan, pihak stesen radio itu menyiarkan program bertajuk Today in World History (Hari Ini Dalam Sejarah Dunia).

Dia turut memberitahu,  laporan polis yang dibuat terhadap lima penyampai dan penerbit radio terbabit tiada kaitan dengan kes denda yang dikenakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengenai program temu bual dengan tokoh akademi, Reza Aslan pada Oktober tahun lalu.

“Dakwaan seperti yang dinyatakan dalam laporan polis tersebut adalah tidak tepat dan tidak berasas. Walau bagaimanapun, pihak BFM 89.9 akan memberi kerjasama dengan pihak berkuasa dalam proses siasatan,” ujarnya.

Semalam, gabungan sembilan NGO itu diketuai Pegawai Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mohd Mustaffa Hamzah mendakwa, program bual bicara berkenaan mempunyai elemen menghina dan menghasut Islam dan menggesa agar lima penyampai radio terbabit disiasat di bawah Akta Hasutan.

“Kes ini sudah menjadi kes umum. Kita tunggulah saja hasil siasatan nanti,” ujar Abdullah.

Dalam pada itu, salah seorang penyampai radio berkenaan, Ezra Zaid ketika dihubungi Astro AWANI tidak mahu mengulas lanjut tentang perkara tersebut dan sekadar berharap hal itu akan melalui proses yang betul.

Friday, February 21, 2014

1166) UTUSAN MALAYSIA 21/2/2014 TONY PUA SENGAJA CETUS PROVAKASI HINA ISLAM PERLU DIDAKWA


KUALA LUMPUR 20 Feb. - Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua perlu didakwa di bawah Akta Hasutan kerana sengaja melakukan provokasi menghina Islam apabila mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung larangan umat Islam menyambut Hari Kekasih.

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, umat Islam tidak perlu menagih permohonan maaf daripada Ahli Parlimen Petaling Jaya itu disebabkan keceluparan ditunjukkan, tetapi perlu mengheretnya ke mahkamah.

"Kita perlu dakwa dia di mahkamah dengan segera sebagai langkah pencegahan kerana sebenarnya dia sedang menguji kesabaran orang Islam," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam beberapa mufti mendesak Tony Pua menarik kembali kenyataannya yang mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung larangan umat Islam menyambut Hari Kekasih seperti dinyatakan melalui laman sosial Facebook baru-baru ini.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, Tony Pua tidak berhak mencampuri urusan berkaitan agama Islam sehingga mengundang suasana tidak harmoni di negara ini.

Mengulas lanjut Ismail Mina berkata, kenyataan bersifat provokasi tersebut sengaja dikeluarkan kerana percaya umat Islam tidak mampu berbuat apa-apa disebabkan lemah akibat perpecahan.

"Muafakat berpendapat Tony Pua sebagai seorang intelek, pemimpin politik, sebenarnya memahami perkara-perkara yang sensitif dalam kumpulan masyarakat dan agama.

"Muafakat berpendapat perkara ini sengaja dicetuskan untuk menimbulkan provokasi," katanya sambil menambah kelemahan orang Melayu sehingga ada dalam kalangan mereka sendiri sanggup menjadi ejen DAP.

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan mengingatkan Tony Pua tidak angkuh dan bongkak hingga berani mencampuri urusan agama Islam.

"Dia sudah lupa asas penubuhan negara ini yang dibina dengan dasar persefahaman dan saling hormat-menghormati. Ingatlah tahap kesabaran orang Melayu ada hadnya," katanya.


Beliau berkata, sebagai seorang pemimpin, Tony Pua sewajarnya belajar semula asas-asas untuk menghormati orang lain terutama di negara ini yang dihuni oleh berbilang kaum dan agama

Saturday, January 11, 2014

1101) RAKYAT NEWS 10/1/2014 HONG LEONG BANK HINA ISLAM



KUALA LUMPUR 9 Jan - Timbalan Presiden Kesatuan Pekerja Bank Kebangsaan (NUBE), Abdul Jamil Jalaludeen hari ini menggesa campur tangan agensi kerajaan yang berkaitan dalam menyelesaikan isu penafian hak pekerja islam di Hong Leong Bank.

Abdul Jamil menegaskan bahawa sekiranya perkara seperti ini tidak diselesaikan dengan kadar segera, tidak mustahil jika ianya turut menjadi ikutan pihak perbankan lain yang ada di negara ini.

"Para pekerja bank (Hong Leong) tidak dibenarkan menggunakan surau bermula 2 November, dan ini adalah salah satu penafian hak. Jika perkara ini dibiarkan, semua bank akan melakukan perkara yang sama selepas ini, dan ia sangat merisaukan memandangkan ia berlaku di Malaysia.

"Apa yang kita mahu adalah campur tangan dari pihak-pihak berkenaan untuk menyelesaikan perkara ini," katanya dalam satu sidang media anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang diadakan di Villa Puteri di sini hari ini.

Abdul Jamil turut menambah, setakat ini dua laporan telah dibuat kepada Jabatan Agama Islam di Kuantan dan Kelantan, di samping satu laporan polis di Kuantan supaya isu-isu seperti ini diberi perhatian serius oleh pihak berkenaan.

"Kita harap isu-isu kepenggunaan seperti ini akan diberi perhatian yang serius kerana ia melibatkan agama islam.

"Kita tidak boleh benarkan seorang CEO Singapura (Hong Leong) untuk terus menindas dan menidakkan hak untuk beribadat rakyat Malaysia yang beragama Islam, dan ada sesetengahnya telah dipecat," ujarnya.

Katanya, perkara ini sedang diusahakan oleh NUBE dan telah dibawa kepada perhatian SUHAKAM, Kementerian Sumber Manusia, penghantaran memorandum kepada pimpinan negara dan juga Pemuda UMNO.

Abdul Jamil juga menafikan bahawa isu yang cuba dipertahankan ini berupa suatu unsur provokasi, di mana NUBE hanya memperjuangkan hak-hak pekerja bank terutamanya yang telah dipecat dan bukan salah satu badan atau pertubuhan politik.

"Jumlah keseluruhan kakitangan yang dipecat berjumlah 27 orang, 25 orang daripadanya adalah pekerja islam, yang membawa kepada 90peratus lebih.

"Apabila isu ini diadukan, pihak bank akan menafikannya namun kami ada bukti dan fakta hanya perlu datang dan bersemuka dengan kami dan kami telah bawakan isu ini kepada pihak JAKIM," ujarnya.


Terdahulu, kes ini mendapat perhatian apabila di laman Facebook NUBE, melaporkan, bank yang dimaksudkan adalah Hong Leong Bank telah bertindak biadap dan menafikan hak orang Islam untuk menunaikan solat di premis mereka.

Monday, January 6, 2014

1082) UTUSAN MALAYSIA 6/1/2014 PINDAAN HINA ISLAM, GALAK MURTAD









Keratan Mingguan Malaysia semalam.
KUALA LUMPUR 5 Jan. - Cadangan tiga wakil rakyat DAP untuk meminda Enakmen Agama Bukan Islam Selangor 1988 adalah penghinaan kepada umat Islam yang akhirnya boleh mengakibatkan gejala murtad berleluasa di negara ini.

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, cadangan tersebut bukan sahaja bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan malah perbuatan itu seperti menderhaka terhadap Sultan Selangor dan institusi raja di negara ini.

Menerusi pindaan itu katanya, gejala murtad boleh berlaku secara terbuka kerana tindakan undang-undang tidak boleh diambil terhadap kesalahan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah untuk mengelirukan umat Islam.

“Jika pindaan berlaku sudah tentu umat Islam akan marah dan bangkit secara terbuka untuk menentang habis-habisan tindakan tiga wakil rakyat ini yang cuba bermain api dan mencetuskan kemarahan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam Presiden Jalur Tiga Malaysia (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali menyifatkan cadangan wakil rakyat DAP untuk membuat pindaan berkenaan sebagai amat berbahaya kerana bakal mengundang implikasi terburuk kepada negara sekali gus membawa perselisihan antara agama.

Hasan turut mempersoalkan asas pindaan itu sedangkan enakmen berkenaan tidak terpesong daripada Perlembagaan Persekutuan dan mendapat perkenan Raja-raja Melayu yang memayungi agama Islam selain disokong oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Tiga wakil rakyat itu mahu enakmen tersebut dipinda susulan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merampas sebanyak 351 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan Iban mengandungi kalimah Allah dalam serbuan di premis Persatuan Bible Malaysia di Jalan Gasing, Petaling Jaya baru-baru ini.

Ismail berkata, tiga wakil rakyat ini tidak layak menetap di Selangor kerana telah menderhaka kepada sultan yang bertitah melarang kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam sebagaimana diputuskan mahkamah.

“Walaupun DAP dijangka tidak boleh menang untuk cadangan diluluskan di dewan tetapi umat Islam jangan ambil mudah kerana ini menunjukkan agenda sebenar DAP di negara ini," jelasnya.

Sementara itu Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, pindaan itu mengakibatkan umat Islam hilang hak dan kuasa untuk memelihara kesucian agama Islam sebagaimana dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan dan enakmen-enakmen negeri.

Sambil menyifatkan cadangan tersebut sebagai ancaman paling besar kepada umat Islam, beliau berkata, penganut Islam perlu bersatu padu dan bangkit menentang agenda DAP tersebut tanpa mengira perbezaan ideologi politik.

“Jika pindaan ini diluluskan maka apa-apa sahaja perkara yang orang Islam hendak buat adalah tertakluk kepada persetujuan bukan Islam, maknanya apa-apa sahaja membabitkan hal-ehwal Islam seperti nikah kahwin, menyebarkan agama dan sebagainya, kita kena minta kebenaran dan kelulusan mereka terlebih dahulu," katanya.

Beliau berkata, cadangan tersebut menunjukkan wajah sebenar agenda DAP dan disebabkan itu umat Islam perlu berhenti berbalah sesama sendiri demi masa depan umat di negara ini.


“Tindakan tiga wakil rakyat ini cukup biadab dan kita sepatutnya tidak berlembut dengan mereka untuk mempertahankan hak-hak kita yang dijamin dalam undang-undang di tanah air kita sendiri," katanya.

1081) UTUSAN MALAYSIA 6/1/2014 ISLAM DIHINA


Thursday, January 2, 2014

1072) UTUSAN MALAYSIA 2/1/2014 DAKWA PADERI ANDREW DI MAHKAMAH







KUALA LUMPUR 1 Jan. - Pelbagai pihak mahu Paderi Lawrence Andrew diambil tindakan undang-undang kerana menghina mahkamah apabila mengeluarkan kenyataan gereja Katolik di Selangor tetap akan menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguan bahasa Melayu.

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, kenyataan biadab Pengarang The Herald itu juga menghina titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris yang mahu rakyat negeri itu akur kepada larangan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

"Mahkamah sebelum ini telah memutuskan kalimah tersebut eksklusif hanya untuk kegunaan umat Islam.

"Kenyataan Andrew mahu menggunakan kalimah berkenaan adalah bertentangan dan menghina keputusan mahkamah, jadi tindakan undang-undang perlu diambil terhadapnya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ismail berpendapat, pihak istana juga boleh menilai kenyataan tersebut agar tindakan sewajarnya diambil bagi mempertahankan titah sultan dan institusi raja di negara ini.

Katanya, jika tindakan tegas tidak diambil dalam kadar segera, kenyataan paderi berkenaan boleh memberi impak lebih besar termasuk menjadi contoh ikutan kepada gereja lain untuk turut menggunakan kalimah Allah.

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) perlu mendakwa paderi berkenaan di mahkamah.

Beliau berkata, tindakan tersebut amat wajar untuk menghentikan kegelisahan umat Islam selain mengekalkan keharmonian hubungan masyarakat majmuk negara ini.

"Kenyataan tersebut jelas tidak menghormati mahkamah, titah sultan dan menunjukkan paderi itu seolah-olah tiada perasaan yang baik terhadap persefahaman serta keharmonian antara kaum dan agama.

"Umat Islam seperti dihimpit ke dinding dan saya bimbang ada pula pihak yang akan memberi reaksi balas terhadap kenyataan itu dengan melakukan tindakan sendiri hingga tercetus sesuatu yang buruk pada masa depan," katanya yang mengesahkan menerima banyak aduan daripada umat Islam yang marah dengan kenyataan tersebut.

Nadzim memberitahu, jika reaksi berlaku, negara akan menjadi huru-hara dan punah malah tiada sesiapa pun yang mendapat untung.


"Justeru kita minta semua pihak lebih bertanggungjawab dalam hal ini, saya percaya Kristian juga mengajar penganutnya menghormati serta menjaga keharmonian negara," katanya.

1071) KOSMO 30/12/2013 PPIM MINTA POLIS SIASAT TOKONG GUNA SURAH YASIN


PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL