Showing posts with label DAP. Show all posts
Showing posts with label DAP. Show all posts

Saturday, September 23, 2017

4078) DAP jangan pentingkan diri - Utusan Online - 23/9/2017


KUALA LUMPUR 22 Sept. – DAP diingatkan agar tidak bersikap mementingkan diri sendiri dengan mempertahankan pe­nganjuran pesta arak Better Beer 2017 sebaliknya perlu memikirkan faktor ancaman keselamatan pengunjung.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, pesta seperti itu bukan sahaja mengundang risiko serangan ekstremis dan puak militan malah boleh menyebabkan masalah lain se­perti kemalangan jalan raya dan sebagainya.
Katanya, berdasarkan sta­tistik, kebanyakan kemala­ngan jalan raya adalah berpunca daripada pemandu yang meminum arak dan beliau menganggap ahli politik yang cuba mempertahankan pesta itu hanyalah bertindak untuk ‘memancing undi’ tanpa mengambil kira aspek ke­selamatan pengunjung.
“Saya tidak rasa ada agama menggalakkan umatnya meminum arak kerana ia boleh mengundang banyak masalah lain lebih-lebih lagi apabila ada pesta sebegini.
“Pengganas yang kini semakin giat melakukan sera­ngan berani mati juga akan menjadikan pesta ini sebagai sasaran mereka kerana dilihat bercanggah dengan fahaman di negara kita yang memegang Islam sebagai agama rasmi,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya me­larang penganjuran pesta tersebut yang dijadualkan berlangsung di Solaris Dutamas kerana dikhuatiri menjadi sasaran serangan kumpulan militan.
Sementara itu, Presiden Ja­ringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah berkata, sokongan DAP terhadap penganjuran pesta arak memperlihatkan kecenderungan parti tersebut dalam liberalisme beragama dan tidak menghormati sensitiviti umat Islam di negara ini.
Beliau melihat sokongan yang diberikan oleh DAP sebagai satu usaha terancang bagi merosakkan akidah generasi muda Islam dan bukan Islam.
“Pengambilan minuman keras dan memabukkan bukan sahaja ditegah dalam agama Islam tetapi turut dila­rang dalam agama lain kerana kesannya amat buruk terhadap diri individu dan nilai masyarakat itu sendiri,” katanya.

Friday, February 6, 2015

2468) ANTARAPOS - 03/02/2015 - Kenyataan Ismail Sabri Bukan Rasis Tapi Isu Kepenggunaan, Kata PPIM

Post Pic

SHAH ALAM: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mempertahankan kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung cadangannya yang meminta pengguna Melayu memboikot peniaga Cina, baru-baru ini.
 
Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, kenyataan tersebut tidak boleh dilihat sebagai rasis, kerana ia adalah kenyataan yang dibuat dari sudut kepenggunaan.
 
Justeru beliau sama sekali menyanggah kenyataan pemimpin DAP yang menyifatkan Ismail Sabri sengaja mahu menyemarakkan kebencian terhadap kaum Cina dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian. 
 
"Itu memang kerja DAP. Memang mereka suka semarakkan semangat orang marah," ujarnya kepada Antarapos, merujuk kepada kenyataan seorang Ahli Parlimen daripada DAP, Ong Kian Ming.
 
Jelas Nadzim, DAP sengaja 'mengalihkan' perhatian untuk membuatkan seolah-olah kaum Cina yang menjadi mangsa kepada sikap rasis orang Melayu, sedangkan parti berkenaan yang mengamalkan rasis.
 
Malah ujar Nadzim, sebaliknya kaum Melayu adalah yang menjadi mangsa rasis apabila terdapat khabar yang mengatakan restoran yang berkonsep kopitiam, Old Town White Coffee tidak dibuka francais kepada kaum Melayu.
 
"DAP tidak mempunyai hak untuk bercerita pasal semangat.. itu memang kerja dia (menyemarakkan kemarahan). Dia (DAP) yang buat begitu jadi tak payahlah dia komen. Lebih baik dia tidak melibatkan diri dia dalam membuat komen yang berkaitan perkara yang sensitif sebagaimana yang dia biasa buat," ujarnya.    
 
Ong yang juga Ahli Parlimen Serdang hari ini berkata, kenyataan Ismail Sabri pada Ahad lalu bukan saja menimbulkan perasaan benci dan dengki orang Melayu terhadap peniaga berbangsa Cina, malah ia juga menyemarakkan rasa benci terhadap masyarakat Cina secara umum. 
 
Ong juga mengaitkan kenyataan berkenaan sebagai berunsur hasutan kerana menepati Artikel 3 (1) (e) dalam Akta Hasutan 1948 yang menyatakan sesuatu ‘kecenderungan menghasut’ ialah kecenderungan bagi mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia.
 
Justeru, beliau menyeru agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan Ismail Sabri memohon maaf atas kenyataannya itu dan menarik balik tuduhan tidak berasas terhadap peniaga Cina.
 
Mengulas lanjut, Nadzim berkata, apa yang disuarakan Ismail Sabri adalah hakikat yang perlu diakui semua pihak. 
 
Malah tambahnya, apa yang dikatakan oleh Ismail Sabri yang meminta kaum Melayu memboikot peniaga Cina, adalah antara satu tindakan tegas bagi mengelakkan pengguna terus tertindas, yang mana langkah itu pasti akan berkesan sama seperti yang pernah dilakukan terhadap McDonalds, tidak lama dulu. 
 

"Saya tak lihat perkara itu sebagai satu perkara yang kita tak harus terima apabila kita telah merdeka hampir 60 tahun. Jadi kita harus terima fakta itu, tak payah nak berselindung kononnya kita bagus dan sebagainya," kata beliau.


Friday, February 21, 2014

1166) UTUSAN MALAYSIA 21/2/2014 TONY PUA SENGAJA CETUS PROVAKASI HINA ISLAM PERLU DIDAKWA


KUALA LUMPUR 20 Feb. - Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua perlu didakwa di bawah Akta Hasutan kerana sengaja melakukan provokasi menghina Islam apabila mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung larangan umat Islam menyambut Hari Kekasih.

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, umat Islam tidak perlu menagih permohonan maaf daripada Ahli Parlimen Petaling Jaya itu disebabkan keceluparan ditunjukkan, tetapi perlu mengheretnya ke mahkamah.

"Kita perlu dakwa dia di mahkamah dengan segera sebagai langkah pencegahan kerana sebenarnya dia sedang menguji kesabaran orang Islam," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam beberapa mufti mendesak Tony Pua menarik kembali kenyataannya yang mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung larangan umat Islam menyambut Hari Kekasih seperti dinyatakan melalui laman sosial Facebook baru-baru ini.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, Tony Pua tidak berhak mencampuri urusan berkaitan agama Islam sehingga mengundang suasana tidak harmoni di negara ini.

Mengulas lanjut Ismail Mina berkata, kenyataan bersifat provokasi tersebut sengaja dikeluarkan kerana percaya umat Islam tidak mampu berbuat apa-apa disebabkan lemah akibat perpecahan.

"Muafakat berpendapat Tony Pua sebagai seorang intelek, pemimpin politik, sebenarnya memahami perkara-perkara yang sensitif dalam kumpulan masyarakat dan agama.

"Muafakat berpendapat perkara ini sengaja dicetuskan untuk menimbulkan provokasi," katanya sambil menambah kelemahan orang Melayu sehingga ada dalam kalangan mereka sendiri sanggup menjadi ejen DAP.

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan mengingatkan Tony Pua tidak angkuh dan bongkak hingga berani mencampuri urusan agama Islam.

"Dia sudah lupa asas penubuhan negara ini yang dibina dengan dasar persefahaman dan saling hormat-menghormati. Ingatlah tahap kesabaran orang Melayu ada hadnya," katanya.


Beliau berkata, sebagai seorang pemimpin, Tony Pua sewajarnya belajar semula asas-asas untuk menghormati orang lain terutama di negara ini yang dihuni oleh berbilang kaum dan agama

Wednesday, May 1, 2013

727) BERITA UTUSAN MALAYSIA 30/4/13- PPIM buat laporan polis agenda DAP


KUALA LUMPUR 29 April - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) serta beberapa gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis semalam berhubung pendedahan strategi DAP untuk menggubal sebahagian Perlembagaan negara.

Aktivis PPIM, Mohd. Mustaffa Hamzah berkata, pihaknya mahu polis menjalankan siasatan berhubung pendedahan itu kerana usaha tersebut mampu mencetuskan rusuhan kaum.
"Saya meminta polis menyiasat serta memaklumkan hasil siasatan atau tindakan yang diambil mengenai dakwaan berkenaan strategi DAP ini.

"Sekiranya apa yang disuarakan itu benar, kerajaan hendaklah mengambil tindakan tegas terhadap pihak bertanggungjawab kerana apa yang menjadi harapan DAP tersebut boleh menjejaskan keharmonian negara dan hubungan baik antara kaum yang dinikmati kini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Mustaffa, strategi DAP itu didedahkan bekas Setiausaha Organisasi DAP Bahagian Jelutong, Mohamed Razali Abdul Rahman menerusi laman web di http://lamanizzs.blogspot.com bertarikh 5 Mei tahun lalu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130430/po_25/PPIM-buat-laporan-polis---agenda-DAP#ixzz2S1zmHajx
© Utusan Melayu (M) Bhd 

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL