Showing posts with label HUDUD. Show all posts
Showing posts with label HUDUD. Show all posts

Friday, March 27, 2015

2526) UTUSAN - 22/03/2015 - PPIM Gesa Tarik Lesen BFM


KUALA LUMPUR 23 Mac – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menarik lesen radio BFM kerana mempersenda agama Islam dengan memuat naik klip video bertajuk Hudud Isi Periuk Nasi? baru-baru ini. 

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan (gambar) berkata, perkara itu perlu untuk menunjukkan kerajaan benar-benar serius dan tidak berkompromi dalam menangani anasir yang mempermainkan Perlembagaan dan agama Islam.

“Sudah beberapa kali agama Islam dihina, kali ini kita perlu tegas dan jangan bertolak ansur lagi. Ini melibatkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan mempunyai pelbagai latar belakang.

“Video tersebut bukan sahaja mendatangkan kemarahan, tetapi memberi pandangan serong agama lain terhadap kesucian agama Islam,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah beliau, permohonan maaf secara terbuka tidak boleh diterima dan satu-satunya cara untuk memberi pengajaran adalah dengan menarik lesen penyiaran pihak BFM.


Sumber : http://www.utusan.com.my/berita/nasional/ppim-8232-gesa-tarik-8232-lesen-bfm-1.73039

Saturday, May 10, 2014

1898) ABN 9/05/2014 - HUDUD : PPIM MINTA BUKAN ISLAM TIDAK CEPAT MELATAH


Hudud: PPIM minta bukan Islam tidak cepat melatah

KUALA LUMPUR – Masyarakat bukan Islam di negara ini diminta bertenang dan tidak cepat ‘melatah’ dengan cadangan pelaksanaan hukuman hudud yang akan dibentangkan PAS di Parlimen untuk diaplikasikan di Kelantan.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata pelbagai pihak perlu duduk semeja dan berbincang secara matang bagi menghuraikan segala kekusutan dan salah faham berhubung tujuan utama undang-undang Islam itu cuba dilaksanakan.
“Saya tak nampak kebaikan kita bergaduh sesama sendiri kerana ia hanya akan  menyebabkan negara berpecah-belah. Hudud tak dilaksanakan pun lagi, kita tak tahu pun kesannya terhadap masyarakat setakat ini.
“Pelbagai pihak perlu faham sejarah dan aspirasi negara dan melihat perkara ini (pelaksanaan Hudud) dengan dada yang lapang agar ia dapat diselesaikan dengan cara yang lebih baik,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Sementara itu, aktivis PPIM, Sheikh Abd Kareem S Khadaied berkata, Malaysia di bawah pentadbiran Umno sebagai parti komponen utama dalam Barisan Nasional (BN) tidak pernah meminggirkan nasib mana-mana kaum, malah mengambil kira kepentingan semua pihak sebelum melaksanakan sesuatu dasar.
“Jangan bantah selagi kita tak faham. Mungkin ada sedikit perbezaan kepercayaan di antara masyarakat Islam dan bukan Islam, namun jangan jadikan ia sebagai satu sebab untuk kita berpecah.
“Hudud mengajar kita untuk menjadi manusia yang lebih baik, bagaimanapun jangan jadikan isu ini sebagai satu batu loncatan untuk mengaut kepentingan politik,” katanya.
Isu pelaksanaan hukum hudud di Kelantan kembali hangat menjadi perbincangan umum akhir-akhir ini apabila kerajaan Kelantan di bawah pimpinan PAS, melalui anggota Parlimen parti itu, bercadang membawa usul rang undang-undang persendirian untuk melaksanakan hudud di Dewan Rakyat, Jun ini.
Ia bagi mendapatkan kebenaran Parlimen melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993.
Namun, hasrat PAS untuk mengemukakan rang undang-undang persendirian itu di Parlimen ditentang keras sekutunya, DAP, bahawa pelaksanaan hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pakatan PAS-DAP-PKR. - Bernama


1893) BERNAMA 9/5/2014 - HUDUD : PPIM URGES NON-MUSLIMS TO NOT EASILY GET "WORKED UP"


Hudud: PPIM Urges Non-muslims To Not Easily Get "worked Up"


KUALA LUMPUR, May 9 (Bernama) -- The Malaysian Muslim Consumer Association (PPIM) today called on non-Muslims in the country to not easily get "worked up" on the move by PAS to implement hudud laws in Kelantan.

Its chief activist Datuk Nadzim Johan said all parties should sit together to discuss the issue in a mature manner to prevent any misunderstanding on the main purpose of the move.

"I do not see any benefit in we quarrelling among ourselves because it will only cause the country to be split. It (hudud) has not even been immplemented yet, we do not know yet what it effect will be on society.

"All quarters must keep an open mind on this (hudud) so that it can be resolved in an acceptable way," he told a press conference here Friday.

PAS through its MPs plans to move a Private Members Bill in Parliament to seek federal approval to implement the Islamic laws in Kelantan.

However, its partners in the Pakatan Rakyat notably the DAP and various non-Muslim quarters and parties, including MCA and Gerakan, component parties of the Barisan Nasional, which is in power at the Federal level, have objected to the move.

-- BERNAMA


1889) THE SUN DAILY 9/05/2014 - HUDUD : PPIM URGES NON-MUSLIMS TO NOT EASILY GET 'WORKED UP'


Hudud: PPIM urges non-Muslims to not easily get `worked up'

Posted on 9 May 2014 - 08:01pm

KUALA LUMPUR: The Malaysian Muslim Consumer Association (PPIM) today called on non-Muslims in the country to not easily get "worked up" on the move by PAS to implement hudud laws in Kelantan.
Its chief activist Datuk Nadzim Johan said all parties should sit together to discuss the issue in a mature manner to prevent any misunderstanding on the main purpose of the move.
"I do not see any benefit in we quarrelling among ourselves because it will only cause the country to be split. It (hudud) has not even been implemented yet, we do not know yet what it effect will be on society.
"All quarters must keep an open mind on this (hudud) so that it can be resolved in an acceptable way," he told a press conference here today.
PAS through its MPs plans to move a Private Members Bill in Parliament to seek federal approval to implement the Islamic laws in Kelantan.
However, its partners in the Pakatan Rakyat notably the DAP and various non-Muslim quarters and parties, including MCA and Gerakan, component parties of the Barisan Nasional, which is in power at the Federal level, have objected to the move. – Bernama

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL