Showing posts with label TOLAK HUDUD. Show all posts
Showing posts with label TOLAK HUDUD. Show all posts

Friday, March 27, 2015

2526) UTUSAN - 22/03/2015 - PPIM Gesa Tarik Lesen BFM


KUALA LUMPUR 23 Mac – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menarik lesen radio BFM kerana mempersenda agama Islam dengan memuat naik klip video bertajuk Hudud Isi Periuk Nasi? baru-baru ini. 

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan (gambar) berkata, perkara itu perlu untuk menunjukkan kerajaan benar-benar serius dan tidak berkompromi dalam menangani anasir yang mempermainkan Perlembagaan dan agama Islam.

“Sudah beberapa kali agama Islam dihina, kali ini kita perlu tegas dan jangan bertolak ansur lagi. Ini melibatkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan mempunyai pelbagai latar belakang.

“Video tersebut bukan sahaja mendatangkan kemarahan, tetapi memberi pandangan serong agama lain terhadap kesucian agama Islam,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah beliau, permohonan maaf secara terbuka tidak boleh diterima dan satu-satunya cara untuk memberi pengajaran adalah dengan menarik lesen penyiaran pihak BFM.


Sumber : http://www.utusan.com.my/berita/nasional/ppim-8232-gesa-tarik-8232-lesen-bfm-1.73039

Friday, May 16, 2014

1908) HARIAN METRO 16/5/2014 - RAMKARPAL SINGH DEO 'TETAP TOLAK HUKUM HUDUD'


Headline: `Tetap tolak hukum hudud'
Publication: HM
Date of publication: May 16, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 053
Byline / Author: Oleh Fuad Hadinata Yaacob; Hadzlihady Hassan; Zuhainy Zulkiffli; Anis Nabilla Md Wazilah
Georgetown: Walaupun PAS menyokong pencalonannya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh Deo tetap berpegang kepada pendirian menentang hukum hudud.

Ramkarpal berkata, pendirian politik beliau adalah membawa agenda mendiang bapanya, Karpal Singh yang keras menolak pelaksanaan hukum hudud dan konsep negara Islam.

"Pendirian (hukum hudud) saya adalah jelas dan sama seperti apa yang sering diperjuangkan DAP dan saya sama sekali tidak akan berganjak dengan pendirian itu.

"Tiada apa yang akan berubah dan kita konsisten dengan pendirian terbabit," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Hadir sama abangnya, Jagdeep Singh Deo yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat.

Pada 12 Mei lalu, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menyuarakan sokongan terhadap DAP untuk meletakkan calon pada PRK Parlimen Bukit Gelugor walaupun seorang ahli PAS Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar bertanding bagi memperjuangkan cita-cita hudud PAS.

Sementara itu, mengulas mengenai penyebaran poster di Internet yang mendakwa beliau menyokong pelaksanaan hudud di Pulau Pinang pada 2020, Ramkarpal berkata, beliau tiada kaitan dengan poster itu.

"Saya tiada kaitan dengan poster itu dan seperti yang saya katakan tadi bahawa pendirian saya adalah sama dengan DAP dan berharap penyebaran poster itu dihentikan," katanya.

Katanya, beliau dimaklumkan Jagdeep bahawa penggunaan logo kerajaan negeri pada poster itu juga tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa Pulau Pinang dan satu laporan akan dibuat supaya tindakan susulan diambil.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL