Thursday, November 30, 2017

4245) KEM GENERASI BIJAK MEGA 2017 - UTUSAN ONLINE - 30/11/17


Artikel oleh : Utusan Malaysia



KUALA LUMPUR 30 Nov. - Inisiatif penganjuran Kem Generasi Bijak Mega 2017 hasil usahasama antara GenBijak DotMy Sdn. Bhd., dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dijangka menepati keperluan pelajar terutamanya di dalam aspek pembangunan sahsiah diri.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, kem motivasi selama tiga hari yang dikendalikan berupaya memberi hasil positif terhadap pelajar dan juga menepati kriteria Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang kini menjadi tumpuan utama Kementerian Pendidikan Malaysia.
Beliau berkata, dengan modul aktiviti yang interaktif dan mencerna minda peserta, kem motivasi bertempat di Lubuk Manggis, Hulu Langat itu perlu disokong ibu bapa sebagai medium membangunkan modal insan dan jati diri anak-anak.
“Uniknya program Kem GenerasiBijak Mega - Impak Maksima Cuti Sekolah ini adalah aktivitinya seperti Obstacle, Flying Fox, Water Confidence, Jungle Tracking dan lain-lain dibangunkan selari keperluan memperkasa diri anak-anak. Selain akademik, ibu bapa perlu memberi ruang kepada aktiviti riadah sosial yang baik untuk proses pembangunan modal insan.
“Selain itu, program Terapi Minda dan Terapi Emosi yang diselit dalam kem motivasi ini, membantu kemahiran berfikir pelajar dan menjadi medium penting mendedahkan mereka tentang kelangsungan hidup yang sebenarnya tidak sepenuhnya bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar Kem GenerasiBijak Mega 2017 di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Pengarah GenBijak DotMy Sdn. Bhd., Juliana Sawarin dan Pengarah Seninya, Syah Badrul selaku penganjur utama program.
Kem berlangsung mulai 10 hingga 12 Disember depan, terbuka bagi pelajar berusia 9 hingga 17 tahun dengan bayaran serendah RM270 seorang.
Menurut Julia, kem motivasi dengan penekanan aspek berdikari, berfikiran kritis dan sahsiah diri pelajar, tepati keperluan menyiapkan pelajar bukan sahaja cemerlang di dalam akademik malah berketerampilan tinggi.
“Bagi yang berminat, boleh dapatkan maklumat lanjut dengan layari laman facebook.com/GenBijakdotMy atau hubungi hotline di 6011-28003637 segera untuk nikmati diskaun menarik disediakan hanya hari ini,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE



Wednesday, November 29, 2017

4244) SEDIA BANTU SPRM – HARIAN METRO – 29/11/17


Artikel Oleh : Harian Metro


Kuala Lumpur: “Saya sangat terkejut dan sedih apabila membaca berita yang dilaporkan kerana perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku, kata Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Datuk Mohd Salim Taha.
Katanya, memandangkan kes itu masih lagi dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), LPP tidak seharusnya membuat sebarang komen kepada pihak media.
 “Bagaimanapun, LPP sentiasa bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM bagi membantu siasatan,” katanya kepada Harian Metro menerusi kiriman WhatsApp.
Reaksi itu diberikan ketika diminta mengulas mengenai isu Pengurus Projek Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Merlimau, Melaka, yang disyaki menyeleweng Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP) bernilai RM2.54 juta, Isnin lalu.
Penahanan itu dibuat apabila suspek dipercayai membuat 23 tuntutan palsu berjumlah RM2.54 juta membabitkan 56,700 kampit baja sepanjang tahun lalu yang tidak pernah diluluskan oleh Mesyuarat Penapis PPK.
Daripada jumlah tuntutan itu, kerajaan sudah membayar RM1.33 juta manakala selebihnya belum dibayar.
Setakat ini, empat suspek berusia 38 tahun hingga 52 tahun termasuk seorang pengurus projek ditahan SPRM.
Khamis lalu, akhbar ini melaporkan, wujud sindiket yang membuat tuntutan palsu dan menjual baja subsidi kepada pihak ketiga dengan nilai kerugian lebih RM80 juta sejak enam tahun lalu.
Ia didedahkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang menerima aduan daripada orang ramai mengenai perkara itu yang didakwa berlaku di beberapa lokasi di seluruh negara yang menerima bantuan daripada SBPKP.
Susulan laporan itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad mendedahkan, pihaknya yakin kegiatan itu bukan saja berlaku di Melaka, tetapi di tempat lain dan siasatan mengenainya sedang dijalankan.

4243) SEGELINTIR TRAK TUNDA BERSIKAP KETERLALUAN – METRO ONLINE – 28/11/17

Artikel Oleh : Metro Online
Tajuk : Longkai Makin Naik Lemak


MEMAKSA mangsa kemalangan menurunkan tandatangan kebenaran, mengenakan caj yang tinggi serta mengugut untuk tidak memberikan apa-apa bantuan kecuali menerima upah.
Ia antara aduan mengenai sikap pemandu trak tunda atau longkai yang menimbulkan masalah kepada mangsa yang diterima Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang semakin meningkat sejak awal tahun lalu.
 Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, mangsa akan didatangi segelintir individu mahu pun berkumpulan yang lebih dikenali sebagai longkai bersikap agak keterlaluan dengan memberi penjelasan kurang jelas serta meletakkan syarat ‘sendiri’.


“Kita terima banyak aduan dan ia satu kegiatan yang amat ketara dari segi menekan pengguna. Walaupun mangsa tidak menghubungi longkai itu, mereka akan bersikap keterlaluan dan memaksa mangsa untuk mengaut keuntungan bagi satu-satu tuntutan kemalangan.


“Pemandu dan pemilik akan dipaksa untuk menandatangani surat kuasa kepada mereka bagi menunda kenderaan sehingga ke balai polis seterusnya ke bengkel,” katanya dalam sidang media hari ini.
Hadir sama Penasihat Khas PPIM Dr Abdul Kadir Warsi Mohamed dan Pengerusi Persatuan Pengguna Jalanraya Kebangsaan (PPJK), Mohammad Hisham Shafie.
Nadzim berkata, terdapat kes di mana pemandu atau mangsa kemalangan yang berubah fikiran untuk tidak berurusan dengan sesuatu bengkel, dipaksa membuat bayaran yang tidak munasabah mencecah ribuan ringgit.
Lebih mengejutkan katanya, PPJK pernah menerima beberapa aduan yang membabitkan perebutan di antara longkai untuk menunda kenderaan yang terbabit kemalangan dengan mendakwa bahawa mereka sampai awal dan berhak ke atas kereta itu menyebabkan mangsa tidak boleh berurusan dengan bengkel lain.
“Ada di antara mereka bertindak seperti samseng dan memaksa mangsa. Malahan, ada juga kes yang membabitkan pergaduhan antara pesaing longkai itu sendiri.
“Mereka bertindak agresif serta menganggap pesaing yang tiba di lokasi kemalangan yang sama pada waktu sama menceroboh kawasan longkai terawal yang tiba di lokasi terbabit,” katanya.
Justeru PPIM menggesa tindakan segera diambil pihak berwajib bagi mengelakkan lebih ramai menjadi mangsa dengan tindakan longkai yang ingin mengaut untung mudah.

Tuesday, November 28, 2017

4242) “CALLMAN” RAJA JALANRAYA – PPIM – 28/11/17


Kebanyakan pengguna jalanraya yang pernah terlibat dalam kemalangan jalanraya pasti pernah didatangi oleh segelintir individu mahupun berkumpulan yang lebih dikenali sebagai “Callman/Longkai/Claim Advisor” yang bersikap agak keterlaluan dengan memberi penjelasan yang kurang jelas serta meletakkan syarat-syarat tanpa dikawal oleh mana-mana agensi kerajaan serta persatuan atau badan khusus dibawah sebarang akta dan peraturan.


Ramai diantara kita menjadi mangsa pengguna jalanraya yang pernah terlibat dalam kemalangan jalanraya pasti pernah didatangi oleh pengendali trak tunda atau “Callman” walaupun mangsa tidak menghubungi individu “Callman” tersebut, mereka akan bersikap keterlaluan dan memaksa mangsa untuk mengaut keuntungan bagi satu-satu tuntutan kemalangan tersebut. Pemandu dan pemilik akan dipaksa untuk menandatangani surat kuasa kepada mereka bagi menunda kenderaan sehingga ke balai polis seterusnya ke bengkel.



Terdapat kes-kes apabila pemandu atau mangsa kemalangan yang berubah fikiran untuk tidak meneruskan niat bagi berurusan dengan bengkel tersebut dan berubah fikiran untuk menghantar kenderaan mereka ke bengkel lain, mangsa dipaksa membuat bayaran yang tidak munasabah daripada “Callman/Longkai/Claim Advisor” sehingga jumlah ribuan ringgit.

Lebih mengejutkan apabila Persatuan Pengguna Jalanraya Kebangsaan (PPJK) pernah menerima beberapa aduan yang melibatkan perebutan diantara “Callman” untuk menunda kenderaan yang terbabit kemalangan dengan mendakwa bahawa mereka sampai awal dan hak kenderaan kemalangan itu adalah milik mereka serta mangsa tidak boleh berurusan dengan lain-lain bengkel. Ada diantara mereka bertindak seperti “Samseng” dan memaksa mangsa.

Malahan, ada juga kes yang melibatkan pergaduhan diantara pesaing “Callman” itu sendiri. Mereka bertindak agresif serta menganggap pesaing yang tiba dilokasi kemalangan yang sama pada waktu yang sama telah menceroboh kawasan jajahan “Callman” terawal yang tiba dilokasi terbabit.
Malahan, kami juga pernah menerima aduan bahawa “Callman” itu sendiri membuat perangkap kemalangan di lokasi-lokasi yang menjadi sasaran utama mereka setelah melakukan pemantauan dan “Callman” akan tiba dalam kadar segera sekiranya mangsa termasuk jerat yang dipasang mereka.
Tambahan lagi, tidak terkecuali sikap “Callman” yang ‘pilih bulu’ dalam menawarkan khidmat trak tunda. Hal ini kerana, kami turut meneriman aduan yang melibatkan “Callman” membiarkan sahaja ‘kereta murah’ dan kereta yang tidak memperbaharui cukai jalan. Mereka akan berebut dan mengutamakan kereta mewah terlebih dahulu kerana nilai insurans yang masih tinggi dan menguntungkan mereka.
Hal ini menimbulkan kerisauan pengguna jalan raya kerana isu “Callman” bergerak bebas tanpa dipantau oleh mana-mana pihak berkuasa dengan mengamalkan peraturan yang ditetapkan sendiri oleh pemegang walkie talkie ‘puak’ mereka membahayakan nyawa pengguna jalanraya. Keselamatan dan nyawa mangsa kemalangan jalanraya merupakan aspek utama yang perlu diberi perhatian sekiranya berlakunya sesuatu kemalangan. Tambahan lagi, kebanyakan “Callman” yang tidak diiktiraf tumbuh bagai cendawan lepas hujan dengan modus operandi yang keterlaluan dengan cara mengaut keuntungan secara paksaan terhadap mangsa-mangsanya.
Sebarang pertanyaan, hubungi Pengerusi Persatuan Pengguna Jalanraya Kebangsaan (PPJK), Mohammad Hisham Shafie di talian 016-6280777.  Terima Kasih.  [TAMAT]


4241) ORANG TENGAH KAUT UNTUNG – UTUSAN ONLINE – 27/11/17



KUALA LUMPUR 26 Nov. – Peranan orang tengah dalam urusan jual beli tidak dinafikan menjadi punca kenaikan harga barang di pasaran yang mencecah hampir 90 peratus ketika ini.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, orang tengah yang berperanan sebagai penghubung antara pengeluar dengan pengguna mengambil keuntungan berlipat kali ganda tanpa memikirkan beban kos yang harus ditanggung oleh pengguna.
“Saya tengok cili sekarang ini dijual mencecah hampir RM20 seki­logram mengikut faktor cuaca, tapi di peringkat pengeluar atau petani, cili dijual sekitar RM1 atau RM2 sahaja sekilogram.
“Hal ini sangat berbahaya kera­na mereka ini menaikkan barang sesuka hati dan kenaikan yang bukan sedikit itu dikhuatiri akan menjejaskan ekonomi rakyat terutamanya golongan bawahan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menubuhkan pasukan khas mengkaji harga barangan di pasaran supaya tidak melebihi daripada harga sepatutnya.
Beliau berkata, harga barang­an yang dijual di pasaran sudah mengambil kira kos pengeluaran dan margin keuntungan tetapi kenaikan harga barangan masih berlaku dan dikhuatiri fenomena itu berlaku disebabkan orang tengah.
Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pengguna Ekonomi Islam Malaysia, Zamri Zaimon berkata, peranan orang tengah yang tidak bertanggungjawab ini juga me­nyumbang kepada faktor kenaik­an harga barangan sebanyak dua kali ganda.
“Setakat tiga bulan kebe­la­ka­ng­an ini kami menerima aduan daripada lebih kurang 15 buah syarikat industri kecil dan sederhana (IKS) yang mendakwa dimanipulasi oleh orang tengah yang hanya meraih untung atas angin.
“Mereka memasarkan produk IKS ke pasar raya atau stesen minyak terpilih dengan harga berganda tanpa membayar kos pengeluaran dan keuntungan kepada pengeluar atau pengusaha tempatan ini,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Pre­siden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, kemungkinan besar harga barangan di pasaran dimono­poli orang tengah yang bertindak menentukan harga secara sendiri dengan mengaut untung lebih ke atas mereka.
Beliau berkata, secara logiknya setiap barangan yang dijual sudah mengambil kira kos pengeluaran dan margin keuntungan dalam jangka masa panjang.
“Kalau bukan kerana ada unsur orang tengah mengaut keuntungan yang berlebihan, masalah kenaikan harga barang tidak berlaku kerana harga yang telah ditetapkan kerajaan sudah mengambil kira semua aspek,” katanya.
Selain itu, beliau turut menggesa supaya pihak berwajib memandang serius isu itu supaya peranan orang tengah dapat dikurangkan sekali gus menstabilkan kembali harga barangan di pasaran.

4240) 10 KOLEJ SWASTA DISENARAIHITAM KWSP – UTUSAN ONLINE – 25/11/17


10 kolej swasta disenaraihitam KWSP   Nasional   Utusan Online

KUALA LUMPUR 24 Nov. – Kum­pulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menyenaraihitamkan 10 kolej swasta yang didapati terlibat dengan kes penipuan pengeluaran caruman Akaun II.
Ketua Jabatan Pengurusan Operasi Pengeluaran KWSP, Zalikar Yusoff berkata, kebanyakan kolej swasta yang berada di sekitar Lembah Klang itu telah disenaraihitamkan sejak 2014.
“KWSP masih lagi menja­lankan siasatan dan kami tidak pasti sama ada jumlah tersebut akan bertambah kerana ia bergantung kepada penyiasatan tersebut.
“Bagaimanapun, kami per­lu­kan kesedaran ahli pencarum untuk tidak terjebak dengan sindiket penipuan pengeluaran itu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Akhbar semalam melaporkan, KWSP telah mengenal pasti 100 kes berhubung penipuan pengeluaran tersebut dengan 27 daripadanya sedang didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 59 Akta KWSP 1991.
Sebelum ini, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan mendedahkan kurang daripada sepuluh aduan ber­kenaan sindiket tersebut di­terima pihak beliau dalam tempoh tiga tahun.

4239) DEBAT BELIA 3.0, PEMAJU BELIA KETERHADAPAN – PPIM – 27/11/17


BANGI, 27 NOV 2017 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) buat julung kalinya telah mengadakan Pertandingan Debat Belia 3.0 yang melibatkan lebih 30 buah universiti awam dan swasta terkemuka Malaysia.


Pertandingan Debat Belia 3.0 yang dianjurkan sendiri oleh Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Burhanuddin Helmi UKM dengan tajaan penuh dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) dilihat berpotensi untuk melahirkan generasi muda yang berdaya saing disamping keterbukaan dalam melibatkan diri secara menyeluruh dalam pelbagai isu berbangkit yang berlaku di dalam Malaysia.


Pertandingan yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 24 November sehingga 26 November 2017 menyaksikan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam yang bertindak sebagai pembangkang dinobatkan sebagai juara sekaligus membawa pulang hadiah utama bernilai RM2,500.00.




Manakala tempat kedua pula berpihak kepada Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia, Gombak yang bertindak sebagai kerajaan dengan habuan sebanyak RM1,700.00. Pusingan akhir di dalam dewan perdebatan panas dan tidak senang duduk membawakan isu “Belia : Dua Kerja Bukan Satu Pilihan” sekaligus mengiktiraf pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang Tahun ke-3 UiTM Shah Alam, Dinie Zhafri Zainuddin sebagai pendebat terbaik.




Majlis Perasmian Penutupan Pertandingan Debat Belia 3.0 yang berlangsung di Persada Canselori UKM telah dirasmikan oleh Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan @ Toqqi sambil disaksikan oleh Timbalan Pengarah Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni UKM, Dr. Mohd. Suzeren Md. Jamil, Pengetua Kolej Burhanuddin Helmi UKM, Dr. Muhammad Rahimi Yusop, Pengarah Kreatif YPNM, Haji Yann Razal, para juri dan lebih 50 orang mahasiswa.


Program seperti ini dilihat mampu mencorak belia yang produktif dalam membentuk perhubungan korporat disamping menjana aset dan produk negara yang mampu menjadi tampok kepimpinan Malaysia pada masa akan datang. Semoga jalinan baik diantara PPIM, YPNM, UKM dan semua pihak yang terlibat dalam Pertandingan Debat Belia 3.0 akan diteruskan pada masa akan datang.

Friday, November 24, 2017

4238) KUNJUNGAN HORMAT KETUA AKTIVIS PPIM KE KEDIAMAN TENGKU PANGLIMA PAHANG - 23/11/17










4237) MAJLIS PERASMIAN KILANG PEMPEROSESAN AYAM HYFRESH DI HALAL PARK PEDAS - NEGERI SEMBILAN - 23/11/17


Majlis ini berlangsung meriah apabila dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia serta isterinya YABhg. Datin Seri Hamidah.

Turut hadir Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, Menteri Besar, Datuk Seri 
Mohamad Hasan, Pengasas Kumpulan Hy-Fresh, Datuk Seri Pua Tian Song, Pengerusi Eksekutif Hy-Fresh Albarakah Food Industries Sdn.Bhd, Datuk Mohd Tahir Picho, Presiden Persatuan Orang Kota Bharu (POKB), Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad dan Penolong Kanan Komisioner Penjara Tuan Hadfidz Othman Pengarah Penjara Negeri Sembilan.





4236) 100 KES TIPU KWSP, 27 DIDAKWA – UTUSAN MALAYSIA – 24/11/17

KUALA LUMPUR 23 Nov. – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengenal pasti 100 kes berhubung penipuan pengeluaran caruman Akaun II antara Januari hingga Oktober lalu dengan 27 daripadanya sedang didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 59 Akta KWSP 1991.
Ketua Jabatan Pengurusan Operasi Pengeluarannya, Zalikar Yusoff berkata, jumlah kes tersebut walau bagaimanapun menurun berbanding 152 kes pada tahun lalu.
“Walaupun jumlah kes yang dikenal pasti adalah kecil dan berkurangan, namun KWSP amat memandang serius isu ini kerana telah menyebabkan berlakunya kehilangan wang ramai pencarum.
“KWSP juga telah menyena­raihitamkan beberapa kolej swasta yang dikesan bersubahat dengan sindiket penipuan pengeluaran tersebut dan tindakan ini akan dilakukan secara berterusan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Sebelum ini, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan mendedahkan sekurang-kurangnya sepuluh aduan ber­kenaan sindiket tersebut diterima pihak beliau dalam tempoh tiga tahun.
Sementara itu, Utusan Malaysia pada Isnin lalu melaporkan, wartawan Utusan Malaysia yang menyamar sebagai pencarum mendapati sindiket tersebut turut menggunakan khidmat kolej swasta di sekitar Kuala Lumpur untuk memalsukan dokumen pengajian supaya pencarum dapat mengeluarkan wang simpanan mereka dengan alasan melanjutkan pelajaran.
Mengulas lanjut, Zalikar me­negaskan, KWSP tidak mempu­nyai pihak ketiga dalam me­nguruskan pengeluaran caruman Akaun II tersebut.
“KWSP tidak pernah melantik pihak ketiga menjadi orang te­ngah kepada pencarum dan kebanyakan sindiket mengenakan jumlah komisen sebanyak 30 hingga 50 peratus ke atas ahli yang tertipu.
“Sedangkan mereka boleh memohon pengeluaran tersebut secara percuma sama ada me­nguruskan di kaunter mahupun dalam talian,” katanya.

Artikel Oleh : Utusan Malaysia

4235) SUSULAN PAKEJ BAJA MELELEH – HARIAN METRO – 24/11/17


Artikel oleh : Harian Metro


Katanya, SPRM memerlukan maklumat daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pun individu mengenai ketirisan baja dan racun subsidi untuk mengambil tindakan kerana ia isu yang dekat di hati rakyat Malaysia.

Menurutnya, sebagai agensi bertanggungjawab, pihaknya sedia memastikan tindakan sewajarnya diambil untuk membanteras kegiatan terbabit. Beliau mengulas laporan muka depan akhbar ini semalam mengenai kewujudan sindiket yang menjual baja subsidi kerajaan kepada pihak ketiga selain membuat tuntutan palsu menyebabkan kerugian RM80 juta.
Pendedahan itu dibuat Penasihat Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang menerima aduan terdapat penyelewengan baja subsidi di beberapa lokasi di seluruh negara oleh rantaian sindiket daripada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan pesawah.
Ia bukan saja menyebabkan bekalan baja terjejas, malah aduan diterima turut mendapati ada kawasan yang tiada sawah padi turut menerima bekalan baja dibekalkan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) itu.
Semalam, seorang lagi suspek yang juga pesawah dan peniaga ikan direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBKP) bernilai RM2.54 juta, sekali gus menjadikan jumlah yang ditahan SPRM tiga individu.
Kelmarin, seorang pesawah direman tujuh hari atas dakwaan sama, manakala suspek pertama yang juga pengurus Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Melaka, berusia 38 tahun, sebelum ini direman enam hari bagi membantu siasatan. Menurut sumber, suspek kedua dipercayai bersubahat bersama pengurus projek dengan mengusahakan projek penanaman padi seluas 22.2 hektar yang dipajak di Merlimau.
Pengurus berkenaan didakwa membuat 23 tuntutan palsu berjumlah RM2.54 juta membabitkan 56,700 kampit baja sepanjang tahun lalu yang tidak pernah diluluskan Mesyuarat Penapis PPK.
Mengulas lanjut, Dzulkifli berkata, bukan saja NGO, individu yang ada maklumat juga diminta menyalurkannya kepada SPRM untuk tindakan lanjut.
“Ada maklumat, salurkan kepada kami. Tak kira PPIM ke, NGO lain ke, individu ke, kalau ada salurkan. SPRM hak rakyat Malaysia dan bertindak bagi pihak rakyat.
“Sama juga isu nelayan Vietnam. Dalam pemerhatian kami bukan saja yang sudah ditahan, tetapi ada beberapa lagi sindiket terbabit. Insya-Allah, kami ambil tindakan sewajarnya,” katanya.
 SPRM perlu maklumat ketirisan baja untuk ambil tindakan

Thursday, November 23, 2017

4234) MAJLIS JALINAN MESRA DIANTARA PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA (PPIM) BERSAMA PUSAT PUNGUTAN ZAKAT (PPZ) – 22/11/17


Majlis Jalinan Mesra diantara Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama Pusat Pungutan Zakat (PPZ) MAIWP di Ibu Pejabat PPIM Keramat.

b1f67e7e-37c8-4586-8103-648400068020
23722343_1649576078428191_5695170901925141450_n
23722344_1649576205094845_4147823918736788624_n
Majlis yang bermula seawal jam 11.30 pagi ini dihadiri oleh Ketua Aktivis PPIM, Toqqi, Pengerusi PPZ, Datuk Haji Che Mat Che Ali dan beberapa tetamu lain.

23755021_1649576278428171_4868789481925431734_n
23659517_1649576288428170_543805506270802378_n
23755252_1649576188428180_995681773282574851_n
23843210_1649576091761523_2652322325457457002_n
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Ali Maju dan D’Tandoor atas tajaan makanan untuk majlis ini.
Kehadiran beberapa wakil PPZ turut memeriahkan lagi Majlis yang berlangsung selama dua jam sehingga 2 petang.
 23843374_1649576208428178_4852581356277178950_n
23843080_1649559411763191_2075191225368945223_n
Selain itu, 6 buah booth yang terdiri daripada Enak Abadi, Minuman Choke, El Ezzy Food, Amir Cendol dan Pasembur turut dibuka bagi menghidangkan jamuan kepada para pengunjung.



4233) PAKEJ BAJA MELELEH – HARIAN METRO – 23/11/17

Artikel Oleh : HARIAN METRO
Dua kaedah digunakan sindiket bagi ‘mencuri’ baja dan racun subsidi, iaitu dengan menjual bahan yang dibekalkan kerajaan secara percuma itu kepada pesawah dan mengemukakan tuntutan palsu. Ketirisan subsidi itu dipercayai berlaku di pelbagai peringkat pengurusan yang ‘meleleh’ dalam rantaian ‘habuan’ daripada setiap beg baja dibekalkan kepada pesawah melalui Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK)



Pakej jual baja dan racun subsidi serta buat tuntutan palsu. Itu antara dua kaedah penyelewengan sindiket yang menyalahgunakan bantuan diberikan kerajaan untuk mengaut untung mudah berjumlah lebih RM80 juta sejak enam tahun lalu.
Bermula daripada borang permohonan subsidi pesawah, sehinggalah kepada jumlah baja yang disediakan pembekal, wujud rantaian yang mendapat ‘habuan’ daripada setiap beg baja yang dibekalkan kepada pesawah menerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di seluruh negara.
Perkara itu didedahkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang mendapat aduan daripada orang ramai selepas menyedari wujud ketirisan subsidi sehingga baja yang dikhususkan untuk pesawah tempatan dikatakan turut dijual sehingga ke negara jiran.
Penasihat Khas PPIM Dr Abdul Kadir Warsi Mohamed berkata, berdasarkan maklumat diperoleh, ada individu atau kumpulan yang menjual baja subsidi terbabit pada harga RM5 hingga RM30 setiap beg seberat 20 kilogram untuk kegunaan pihak ketiga.
Katanya, pihaknya mempunyai bukti dan maklumat tepat mengenai kegiatan itu yang berlaku di beberapa kawasan khususnya di lokasi penanaman padi di negara ini membabitkan jumlah kerugian puluhan juta ringgit.
“Dalam subsidi kerajaan, peruntukan baja dan racun ini hampir RM500 juta setahun dan dalam bajet baru-baru ini pun dibentangkan.
“Persoalannya, apakah ia sampai kepada golongan sasaran iaitu pesawah, jawapannya tidak.
“Kalau sampai, isu ini tidak akan timbul. Kita bukan bercakap kosong, tetapi kita buat kajian dan ada bukti wujud pihak mendapat untung mudah menggunakan subsidi yang diberikan kerajaan kepada pesawah di seluruh negara. Sampai lebih RM80 juta iaitu kira-kira 20 peratus daripada peruntukan keseluruhan, ini tidak patut berlaku,” katanya kepada Harian Metro.
Dr Abdul Kadir berkata, hasil siasatan, ketirisan berlaku di dua peringkat iaitu PPK dan pesawah.
“Kita bukan buat tuduhan tetapi ini yang berlaku. Ada PPK buat tuntutan lebih daripada apa yang diperlukan pesawah.
“Berlaku ketirisan, penyelewengan yang sangat besar, kita dimaklumkan, memang berlaku di PPK. Saya tidak mahu sebut PPK mana tetapi ketirisan itu ada. Apa yang berlaku PPK itu sendiri membuat tuntutan baja lebih daripada apa yang diperlukan pesawah. Pesawah perlukan 200 beg, tapi PPK minta dengan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) 250 beg.
“Di situ sendiri berlaku ketirisan 50 beg. Itu baru satu kawasan. Macam yang saya kata tadi, benda ini sudah berlaku di banyak kawasan sejak lima hingga enam tahun yang lalu. Ini adalah satu kes yang sangat serius kerana yang kita dapati kerugian besar daripada subsidi kerajaan RM500 juta itu,” katanya.
Beliau yang juga bekas Penasihat Kementerian Kewangan berkata, bagi tanaman padi seluas 0.28777 hektar, pesawah memerlukan antara empat hingga enam beg baja setiap musim, namun ada yang hanya menggunakan satu hingga dua beg saja manakala selebihnya dijual kepada pihak ketiga.
Katanya, baja yang dibekalkan kerajaan terdiri daripada dua jenis iaitu urea dan baja tambahan adalah berkualiti tinggi dan pada masa sama, baja urea juga boleh digunakan untuk membaja kelapa sawit, menyebabkan wujud permintaan di pasaran.
“Ini yang tidak betul kerana ia akan menjejaskan pengeluaran padi dan merugikan pesawah itu sendiri. Tetapi mungkin kerana ‘gelap mata’, mereka sanggup menjual kepada pihak lain dengan harga yang murah kerana ia diberi secara percuma,” katanya.
Justeru katanya, PPIM akan membawa isu ini kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dalam masa terdekat kerana ia membabitkan sejumlah besar wang negara yang dibelanjakan secara tidak berhemah oleh pihak tidak bertanggungjawab.

4232) ISU DIBAWA UTUSAN MALAYSIA DAPAT PERHATIAN – UTUSAN MALAYSIA – 23/11/17


Artikel Oleh : Utusan Malaysia

UTUSAN MALAYSIA sejak bulan lalu aktif memainkan isu penggunaan telefon bimbit ketika memandu dalam kalangan pengguna jalan raya di negara ini, baik pemandu kereta mahu pun penunggang motosikal.
Meskipun isu berkenaan bukanlah baharu di negara ini, namun tabiat tersebut semakin menjadi-jadi malah membahayakan pengguna jalan raya sehingga boleh menyebabkan kemalangan maut dan meragut nyawa.
Selepas ‘desakan demi desakan’ daripada Utusan Malaysia supaya satu pendekatan lebih sistematik dirangka bagi memberi pengajaran kepada pengguna jalan raya sekali gus mengurangkan kesalahan itu, kerajaan akhirnya mula memandang serius mengenainya.
Kerajaan membuat keputusan untuk memasukkan kesalahan penggunaan telefon bimbit ketika memandu ke dalam Sistem Kese­lamatan Kesedaran Automatik (AWAS) bermula tahun depan.
Bukan itu sahaja, kerajaan pada masa sama sedang mengkaji pemasangan teknologi baharu di setiap kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sebagai langkah penguatkuasaan untuk mengesan kesalahan pemandu yang menggunakan te­lefon bimbit ketika memandu.
Kedua-dua langkah drastik kerajaan itu diambil selepas hampir sebulan Utusan Malaysia menyiarkan pelbagai bentuk laporan berserta bukti bergambar penggunaan telefom bimbit ketika memandu kereta dan menunggang motosikal.
Kerajaan khususnya pihak berkuasa sememangnya wajar memberi perhatian serius terhadap isu ini kerana kelalai­an penggunaan telefon bimbit ketika memandu seolah-olah memperjudikan nyawa.
Seperti kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan tabiat pengguna jalan raya menggunakan telefon bimbit ketika memandu kereta atau menunggang motosikal boleh mendatangkan kesan buruk yang lebih cepat daripada pe­nyalahgunaan dadah.
Hakikatnya, penggunaan te­lefon bimbit ketika memandu ini sudah menjadi trend yang amat membimbangkan.
Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), seba­nyak 40,125 saman melibatkan penggunaan telefon bimbit ketika memandu dicatatkan di seluruh negara dalam tempoh sembilan bulan tahun ini de­ngan purata 148 saman sehari.
Kepekaan kerajaan dan pihak berkuasa memandang serius isu dibawa Utusan Malaysia amat dihormati tetapi yang lebih penting rancangan penguatkuasa seperti dirangkakan dapat dilaksana dengan efisien bagi mengatasi masalah ini.

4231) DENDA, BATALKAN LESEN SYARIKAT PENGELOLA HAJI MUNGKIR JANJI – BERITA HARIAN – 22/11/17


Artikel Oleh : BERITA HARIAN 


KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) boleh mengenakan denda atau membatalkan lesen terhadap syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang gagal menunaikan janji kepada bakal jemaah haji.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Seri Johan Abdullah, berkata pihaknya tidak berkompromi dengan PJH yang gagal menyediakan perkhidmatan atau kemudahan seperti yang dijanjikan.
” Orang ramai juga dinasihatkan supaya berwaspada serta tidak terpengaruh dengan tawaran visa dan pakej haji daripada PJH yang tidak dilesenkan.
“Pemberian visa urusan sendiri (FURADA) kepada mana-mana individu atau syarikat terpilih adalah hak mutlak kerajaan Arab Saudi.
“Pemegang visa FURADA dinasihatkan untuk menggunakan pakej haji yang disediakan oleh PJH yang berlesen sahaja,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Semalam, akhbar ini melaporkan 35 individu kerugian RM1.6 juta apabila ditipu agensi pelancongan beralamat di Shah Alam, Selangor, melalui Pakej Haji Orang Kenamaan (VIP).
Mereka dijanjikan oleh syarikat terbabit akan mendapat visa FURADA, namun terkandas di lapangan terbang kerana tiada visa.
Susulan daripada itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) meminta kerajaan menghentikan pakej haji melalui visa berkenaan bagi mengelakkan penipuan.

Wednesday, November 22, 2017

4230) DIPERDAYA PAKEJ HAJI VIP – SINAR HARIAN – 22/11/17

Artikel Oleh : SINAR



KUALA LUMPUR – Seramai 35 individu dengan nilai kerugian mencecah RM1.6 juta, mendakwa dianiaya agensi pelancongan yang bertanggungjawab menguruskan visa ibadat itu ketika mendaftar mengerjakan haji bagi tahun 1438 Hijrah (2017).
Mereka mendakwa, ditipu agensi pelancongan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menggunakan alamat di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur dan Shah Alam, Selangor, melalui pakej haji orang kenamaan (VIP).
Menurut mangsa, mereka sepatutnya berlepas ke tanah suci pada Ogos lalu, namun semuanya terkandas disebabkan masalah visa dan tiket penerbangan.
“Kami cadangkan kerajaan melakukan kawal selia pakej haji daripada swasta yang kononnya menggunakan visa khas, Furada.
“Kerajaan juga perlu hentikan pakej haji melalui visa yang tidak dikawal Tabung Haji (TH) bagi mengelak penipuan. Perlu ada penyelarasan, siapa sahaja yang nak pergi haji, apa jenis visa sekali pun kena selaras. Perlu juga ada suruhanjaya kawal selia haji,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.
Hadir sama, wakil PPIM dalam Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU), Dr Mazlina Abu Bakar.
Nadzim berkata, sudah tiba masanya diwujudkan badan penyelarasan bagi mengelak perkara itu berulang.
“Kita cadangkan dipertimbangkan wujudkan insurans kepada pakej mangsa.
“Sekurang-kurangnya walaupun mereka tidak dapat pergi menunaikan haji, tapi duit dapat balik,” katanya.
Sementara itu, Mazlina berkata, siasatan awal mendapati agensi terbabit tidak mempunyai lesen pengelola jemaah haji (PJH) dan lesen umrah.
“Syarikat ini mempunyai lesen IOT dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan tetapi tidak lulus permohonan lesen khas umrah (LKU) kerana ada kes jemaah terkandas.
“Mereka menawarkan visa haji Furada pada harga bermula RM45,500,” katanya.
Menurutnya, pelaksanaan pakej haji melalui visa khas Furada oleh syarikat swasta itu tidak dikawal selia.
“Sepatutnya pakej haji melalui visa khas Furada perlu dikawal selia TH atau MKSU seperti umrah,” katanya.
Pada sidang media sama, kira-kira 20 mangsa hadir dan sehingga kini, 17 laporan polis telah dibuat oleh mereka.
Sementara itu ketika dihubungi, pemilik syarikat terbabit menafikan dakwaan berkenaan.
Enggan mendedahkan nama, wanita itu berkata, wujud unsur sindiket penipuan melibatkan pihak menguruskan jemaah haji dalam kes itu.
“Saya nak tanya mereka (kumpulan terbabit), tiket ada visa ada, kenapa tak mahu pergi, sedangkan tujuh daripada mereka boleh berangkat ke tanah suci?,” katanya.
Bimbang keadaan lebih buruk wanita itu berkata, laporan polis juga telah dibuat pada 28 Ogos lalu.
“Saya usahakan 40 tempat bersama penerbangan Saudi Airline dan berjaya bawa 14 jemaah menunaikan haji pada waktu itu,” katanya.
MANGSA 1
Ada visa tapi tiada tiket
Norlin Ismail dan suami turut mengalami nasib sama.
“Kami dapat visa dari TH tapi tidak ada tiket penerbangan, jadi macam mana nak pergi?
“Kami tertarik dengan pakej tersebut kerana setiap program penuh dengan pengisian, jemaah akan sentiasa bersama mutawif,” katanya kecewa.
MANGSA 2
‘Saya rugi RM226,200’
MANGSA, Mohd Noor Ibrahim berkata, dia kerugian RM226,200 untuk pakej empat individu terdiri daripada anak dan menantunya.
“Syarikat terbabit sehingga kini gagal dihubungi. Anak saya masukkan RM100,000 dua kali pada 20 dan 22 Jun lalu ke dalam akaun syarikat terbabit.
“Kami sepatutnya berlepas pada 27 Ogos lalu. Kami ada visa tapi tiada penerbangan dengan Saudi Airline,” katanya.
Menurutnya, faktor menyebabkan dia dan keluarga percaya syarikat itu kerana diberitahu pemiliknya boleh menguruskan pakej haji VIP pada Ogos lalu menggunakan visa khas.
MANGSA 3
Bermasalah dengan penerbangan
MANGSA, Shah Suleiman dan pasangan menanggung kerugian kira-kira RM114,000.
“Tiket penerbangan kami dari KL ke Dubai tak ada, tapi Dubai ke Jeddah ada, malah sejumlah wang daripada akaun TH juga dikeluarkan,” katanya.
Isterinya, Khalisa Khalid (bukan nama sebenar) berkata, dia dan suami membuat keputusan menggunakan pakej visa Furada kerana rayuan mengerjakan haji bersama TH ditolak dalam beberapa kali.
“Selepas rayuan di TH ditolak, kawan cadangkan guna pakej Furada, “katanya.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL