Tuesday, November 7, 2017

4211) TIGA PERKARA ASAS YANG PERLU DIKETAHUI PARA PENGGUNA – UTUSAN HARIAN – 4/11/17


Utusan ( 5.11.17) 3 perkara asas perlu diketahui pengguna

KUALA LUMPUR 4 Nov. – Pengguna perlu memahami tiga perkara asas iaitu tahu, mampu dan ilmu untuk menghadapi kenaikan kos sara hidup sekali gus tidak terbeban hingga menyalahkan kerajaan dan melakukan tindakan yang negatif.
Presiden Majlis Pe­rundingan Pertubu­han Islam Malaysia (Mapim), Mohd. Azmi Abd. Hamid berkata, sebagai pengguna yang relevan, individu berkenaan perlu berusaha mencari maklumat mengenai setiap barangan dalam rantaian sistem perniagaan yang bermula daripada pembekal, pemborong, peniaga kecil seterusnya pengguna.
Kata beliau, pengguna harus rajin mencari maklumat dan ambil tahu semua barangan misalnya import atau tempatan dan sebagainya malah langkah itu bukan sukar kerana terdapat kemudahan teknologi seperti internet dan sumber-sumber lain.

Snapshot

“Malangnya ia digunakan untuk tujuan menyebar fitnah dan berbincang mengenai aib orang lain. Ini yang memalukan masyarakat hari ini. Seterusnya, adalah mampu iaitu ukur baju di badan sendiri. Membeli biarlah berpada-pada, jangan kerana mengikut trend semata-mata sebab budaya itu akan mengakibatkan kita yang terbeban sendiri.
“Terakhir adalah ilmu, pengguna bukan hanya mencari maklumat sahaja tapi ilmu lebih tinggi daripada itu. Lebih-lebih lagi majoriti kita adalah orang Islam dan Melayu, yang mempunyai ajaran agama dan kaya dengan adat serta budaya tersendiri,” katanya ketika menjadi ahli panel dalam Forum Pengguna Ketujuh anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), di Menara Felda, di sini hari ini.
Selain Mohd. Azmi, Murabi Pencetus Ummah, Tarmizi Abd. Razak dan Pengarah Unit Tindakan Khas, PPIM, Muhammad Yusof Azmi juga dijemput sebagai ahli panel dalam forum sesi pertama yang membincangkan mengenai survival pengguna: Adaptasi Kenaikan Kos Sara Hidup itu. – UTUSAN ONLINE

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL