Wednesday, November 22, 2017

4222) KERAJAAN DIGESA BANGUN KIT UJI KANDUNGAN GULA – BERITA HARIAN – 21/11/17


ARTIKEL BERITA OLEH : BERITA HARIAN



Kuala Lumpur: Kerajaan diminta membangunkan kit penguji (tester kit), alat untuk menguji tahap kandungan gula dalam satu-satu produk makanan, termasuk madu bagi menangani masalah penyakit berkaitan pengambilan gula di negara ini.
Rasionalnya, kira-kira 3.6 juta rakyat Malaysia adalah penghidap diabetes, demikian Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam dipetik sebagai berkata sebelum ini.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, berkata ketika ini alat seumpama itu hanya digunakan untuk menguji kandungan gula dalam darah bagi mengesan penyakit diabetes di klinik mahupun hospital.
“Justeru, PPIM menyarankan supaya Tester Kit ini disediakan penjual bagi memudahkan pengguna melihat tahap kandungan gula pada barangan dijual. Pada masa sama, penjual dapat menyelamatkan perniagaan mereka. “Kalau boleh orang ramai yang mampu turut membelinya untuk rujukan mereka sebelum membeli barangan,” katanya ketika diminta mengulas penjualan madu tiruan di negara ini.
Nadzim berkata, beliau tertarik dengan satu video yang viral menunjukkan seorang pengguna menguji kandungan gula pada dua sampel minuman bergas dengan menggunakan kit ujian.
“Alat ini dengan tepat menunjukkan kandungan gula dalam minuman berkenaan melebihi had untuk kegunaan manusia dan jika diminum berlebihan boleh menyebabkan diabetes,” katanya beliau turut menyifatkan tindakan keji pengusaha dan penjual madu tiruan itu tidak ubah seperti akibat setitik nila, habis rosak susu sebelanga”.
“Pada masa sama, PPIM mahu Kementerian Kesihatan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) lebih kerap mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas penjual madu tiruan” katanya.



No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL