Wednesday, November 22, 2017

4229) DUA HARI TAWAF “KLIA” – HARIAN METRO – 22/11/17



Artikel Oleh : Harian Metro 


Kuala Lumpur – Dua hari mundar-mandir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sambil memakai ihram antara perkara memalukan yang dilalui warga emas apabila ditipu agensi pengembaraan dan pelancongan tiga bulan lalu hingga menyebabkan dia kerugian lebih RM200,000.
Malah, mangsa yang dikenali sebagai Mohd Noor Ibrahim, 76, berasal dari Ampang, Selangor, terpaksa menebal muka terhadap saudara-mara dan jiran apabila dia sudah membuat kenduri kesyukuran dengan harapan dapat pergi menunaikan Umrah di tanah suci.
Menceritakan kembali kejadian malan gitu, Mohd Noor bersama isteri, anak perempuan dan menantunya mengambil pakej haji VIP yang menggunakan Visa khas daripada kerajaan Arab Saudi dengan bayaran RM40,000 hingga RM50,000 setiap seorang. Mohd Noor berkata, pakej berkenaan menggunakan Visa khas tanpa perlu melalui Tabung Haji iaitu boleh terus menunaikan haji tanpa kawalan dan pemantauan daripada pihak berkaitan. “Saya dijadualkan berlepas ke tanah suci pada 18 September lalu dengan jadual penerbangan dari KLIA ke Dubai sebelum berlepas ke Makkah.
“Namun, saya tunggu punya tunggu dengan berpakaian ihram di KLIA rupanya penerbangan saya bersama keluarga tiada kerana agensi berkenaan tidak membeli tiket penerbangan,” katanya selepas membuat aduan di Pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), semalam.
Mohd Noor antara 35 individu yang ditipu oleh sebuah agensi pengembaraan dan pelancongan yang menyediakan Pakej Haji VIP (FURADA) dengan nilai keseluruhan RM1.6 juta.
Berikutan penipuan yang dilakukan agensi yang berpangkalan di Shah Alam itu, puluhan laporan, polis sudah dibuat namun setakat ini tiada tindakan susulan diambil terhadap pemilik yang bergelar haji dan hajah.
Sementara itu, Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim. Johan berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan wakil syarikat terbabit dan mangsa bagi menyelesaikan perkara berkenaan dalam masa terdekat. “Setakat ini, kami masih lagi gagal menghubungi pihak syarikat berkenaan untuk mengadakan pertemuan bagi menyelesaikan masalah terbabit. “Perkara ini tidak boleh dibiarkan kerana mungkin lebih ramai lagi akan menjadi mangsa penipuan agensi berkenaan yang dipercayai tidak mempunyai kebenaran untuk melaksanakan pakej haji,” katanya.

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL