Tuesday, January 31, 2017
3397) KELUAR GARIS PANDUAN BAWA HAIWAN PELIHARAAN - HARIAN METRO - 31/1/2017
Kuala Lumpur : Keluarkan garis panduan dan tampalkan di lokasi tumpuan. Gesaan itu diberikan Persatuan Anak Muda Islam Malaysia (AMIM), kepada pihak berkuasa bagi mengelakkan kejadian haiwan peliharaan seperti anjing dibawa ke kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai. Ketua Sekretariat AMIM Yusuf Azmi berkata, kejadian anjing berada di dalam troli, di atas mesin pengeluaran wang (ATM) seperti yang tular di media sosial minggu ini sepatutnya tidak berlaku sekiranya semua pihak memahami sensitiviti antara satu sama lain. " Pertamanya, AMIM mengata perkara ini disiasat terlebih dahulu dan bagaimana ia boleh berlaku kerana memang tidak patut. Kita terima banyak keluhan daripada orang ramai yang tidak selesa isu ini. " Sebelum berlaku perkara tidak elok,lebih baik pihak berwajib mengeluarkan pekeliling mengenai perkara itu kerana ia sudah pun mencetuskan rasa tidak senang termasuklah isu perkauman," katanya kepada Harian Metro. Beliau mengulas gambar seorang lelaki mmbawa anjing peliharaannya ketika mengeluarkan wang di sebuah mesin atm yang dipercayai beberapa hari yang lalu,yang mengundnag pelbagai reaksi khususnya netizen.
3396) SAMBUNG BAYAR,SAMBUNG BALA - HARIAN METRO - 31/1/2017
Kuala Lumpur: Sambung bayar bermakna sambung bala. Perumpamaan itu diberikan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), berhubung isu sambung bayar kenderaan yang merekodkan kerugian lebih RM1 juta sepanjang tahun lalu. Ia membabitkan kaedah bayaran bulanan kepada bank tanpa menukar nama menyebabkan pemilik kenderaan mengalami kerugian selepas syarikat jualan kereta terpakai ‘gulung tikar’ dan gagal dikesan. Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, aduan isu berkenaan semakin meningkat kebelakangan ini selepas pengadu berdepan kemungkinan dimufliskan akibat kegagalan pihak ketiga membayar ansuran. “Rekod kita mendapati, ia semakin meningkat. Pembeli asal menyerahkan kereta kepada syarikat jualan, namun tanpa pengetahuan mereka, ia diserahkan kepada pihak ketiga secara sambung bayar. “Bagaimanapun, mereka gagal membayar dan beban itu ditanggung pemilik seperti disenaraihitamkan. Ada juga kes syarikat pun sudah tutup dan tidak bertanggungjawab kerana kenderaan sudah diserahkan kepada orang lain,” katanya pada sidang media semalam. Nadzim berkata, pihaknya mencadangkan agar Akta Sewa Beli dikaji semula bagi memberi kemudahan kepada pengguna dari segi mendapatkan pinjaman baru atau menjadualkan pinjaman lama. Katanya, Bank Negara Malaysia juga perlu mengambil pendekatan ‘mesra pelanggan’ dengan mengkaji semula syarat yang dikenakan bank untuk melelong kenderaan yang kini begitu membebankan. “Peminjam sudah tak mampu bayar, kereta dilelong, tetapi masih perlu melunaskan baki secara sekali gus. Saya rasa ini perlu dilihat semula, bagaimana untuk memudahkan orang ramai. “Ada yang berdepan masalah untuk mendapatkan pinjaman walaupun ada pembeli baru. Mereka juga jadi penjamin kepada pinjaman, tetapi dalam kes tertentu ada yang tidak lulus, sudahnya bayaran kereta tertunggak dan perlu membayar kadar faedah. “Pendekatan kita mudah. Kalau seseorang itu mampu, dia tidak akan mengalami masalah pembayaran pun. Sudahlah ditipu syarikat jualan kereta, mereka pula disenaraihitamkan, bila masalah ini akan selesai,” katanya.
3395) WAJIBKAN LABEL BARANG IMPORT GUNA BAHASA MELAYU - UTUSAN MALAYSIA - 31/1/2017
Kuala Lumpur 30 Jan - Kerajaan disaran menubuhkan Suruhanjaya Keselamatan Pengawalan Makanan dan Produk Pengguna bagi memastikan tiada lagi sebarang produk dari luar negara yang menggunakan bahasa asing pada bungkusannya. Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata,menerusi penibuhan suruhanjaya tersebut,setiap produk termasuk makanan yang memasuki negara ini perlu ditapis terlebih dahulu sebelum dijual kepada pengguna. " Langkah ini penting bagi memastikan setiap produk yang diimport terjamin selamat dari aspek kandungan dan mekanisme yang digunakan. " Pemantauan ini bukan untuk menyusahkan mana-mana pihak sebaliknya bertujuan menjaga kualiti serta menjamin keselamatan pengguna," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia disini hari ini. Beliau diminta mengulas mengenai produk atau barangan import yang masih menggunakan bahasa asing pada bungkusan dan sukar difahami oleh pengguna. Mengulas lanjut, Mohd Yusof berpendapat, perkara tersebut tidak boleh diserahkan kepada Kementerian Kesihatan semata-mata sebaliknya menjadi tanggungjawab semua pihak terutama aspek pemantauan. Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan meminta kerajaan menyediakan satu garis panduan dan mekanisme yang wajib dipatuhi oleh semua pengeksport dari luar negara untuk memastikan setiap produk asing yang memasuki Malaysia menggunakan label dalam bahasa Melayu. Menurutnya, kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Jabatan Kastam Draja Malaysia (JKDM) perlu bertindak lebih tegas dengan merampas produk-produk yang gagal mematuhi garis panduan itu. "Setiap barangan luar yang hendak dibawa masuk ke dalam negara ini perlu membuat deklarasi dengan JKDM dan sekiranya gagal memenuhi undang-undang yang diperuntukkan oleh kerajaan kita, maka kita kena sekat kemasukan barangan mereka," katanya.
3394) SURAT MINTA AZAN DIPERLAHAN MELAMPAU - UTUSAN MALAYSIA - 31/1/2017
KOTA BHARU 30 Jan. – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengecam tindakan individu atau pihak tertentu yang menulis surat kepada pengurusan Masjid Aman di Taman Kenangan di sini meminta supaya memperlahankan azan menerusi pembesar suara.
Friday, January 27, 2017
3393) OPS TABUNG KEMANUSIAAN PPIM - 25/1/2017
Katanya lagi, dia ditipu oleh peguam tersebut dalam proses pembelian rumah yang bernilai RM 100 ribu ringgit. “ Saya jumpa dia di kedai makan berhampiran dengan syarikat guaman dan saya bagi duit tu secara tunai ” katanya. Namun dalam masa yang sama dia ada berkata yang dia tidak tahu dimana lokasi syarikat guaman tetapi dalam perbualan beliau ada mengatakan penyerahan wang tersebut dilakukan berhampiran dengan syarikat guaman itu. |
Wednesday, January 25, 2017
3392) " BANKRAP DI USIA MUDA " - AM LIVE @ ASTRO RIA - 25/1/2017
3391) SAMBUNG BAYAR CARI BALA - METRO ONLINE - 24/1/2017
Kuala Lumpur: Sambung bayar umpama mencari bala. Perumpamaan itu diberikan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berhubung isu sambung bayar kenderaan yang merekodkan kerugian lebih RM1 juta sepanjang tahun lalu. Ia membabitkan kaedah bayaran bulanan kepada bank tanpa menukar nama menyebabkan pemilik kenderaan mengalami kerugian selepas syarikat jualan kereta terpakai 'gulung tikar' dan gagal dikesan. Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, aduan isu berkenaan semakin meningkat kebelakangan ini selepas pengadu berdepan kemungkinan muflis akibat kegagalan pihak ketiga membayar ansuran. "Rekod kita mendapati ia semakin meningkat. Pembeli asal menyerahkan kereta kepada syarikat jualan, namun tanpa pengetahuan mereka, ia diserahkan kepada pihak ketiga secara sambung bayar. "Bagaimanapun, mereka gagal membayar dan beban itu ditanggung pemilik seperti disenarai hitamkan. Ada juga kes syarikat sudah tutup dan enggan bertanggungjawab kerana kenderaan diserahkan kepada orang lain," katanya pada sidang media hari ini.
3390) KAJI SEMULA POLISI PERBANKAN - PPIM - BERITA HARIAN ONLINE - 24/1/2017
KUALA LUMPUR: Polisi perbankan negara inii wajar dikaji semula supaya tidak membebankan pengguna dalam urusan jual beli kenderaan persendirian. Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, berkata pihaknya menerima kira-kira 15 aduan membabitkan penipuan sambung bayar bulanan kenderaan. Katanya, pengadu mendakwa terpaksa menanggung bebanan hutang berganda selepas gagal mengesan individu sepatutnya menyambung bayaran. "Tahun lalu, sebanyak 160 aduan kes diterima membabitkan pengguna tidak mampu membayar ansuran bulanan dan ditarik bank, namun penama kenderaan menanggung bebanan tempoh pembiayaan kereta sehingga tamat. "Justeru, PPIM berharap pengamal polisi perbankan lebih telus berikutan memandangkan tidak ada kaedah berkaitan sambung bayar, malah pengguna boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Akta Sewa Beli," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Nadzim berkata, Bank Negara disaran menyediakan garis panduan berkenaan perkara berkenaan supaya tidak membebankan pembeli, termasuk menyenarai hitam peminjam.
3388) JANGAN JUAL BEG PLASTIK - NGO - UTUSAN MALAYSIA - 25/1/2017
KUALA LUMPUR 24 Jan. – Kempen tanpa beg plastik di premis perniagaan yang sedang dilaksanakan di beberapa negeri mungkin lebih berkesan sekiranya masyarakat dididik mengenai kesan buruk penggunaannya terhadap alam sekitar. Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris berkata, langkah itu juga dilihat mampu mengelak pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan mengaut keuntungan daripada caj 20 sen yang dikenakan ke atas setiap beg plastik. “Biarpun dikenakan caj 20 sen, masyarakat tetap beli kerana mereka sudah terbiasa mengisi barang dalam beg plastik dan mungkin mereka rasakan harga itu tidak mahal. “Oleh itu, langkah drastik perlu diambil iaitu semua kedai diarahkan jangan menjual langsung beg plastik kepada pengguna dan caj 20 sen dihentikan. Dengan cara ini masyarakat akan sedar tujuannya dan alam sekitar dapat dijaga,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Beberapa negeri termasuk Selangor, Melaka dan Pulau Pinang telah melaksanakan kempen tanpa plastik di semua pasar raya sebagai salah satu usaha memelihara alam sekitar. Dalam pada itu, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman menyokong pendapat CAP dengan menyatakan kaedah tersebut dapat memberi kebaikan kepada semua pihak. “Pengguna apabila tahu beg plastik tidak lagi dijual, mereka pasti mencari alternatif sama ada membawa beg sendiri seperti beg kertas mahupun beg mudah lupus. “Selagi tidak mengenakan langkah drastik, selagi itulah pengguna akan terus guna beg plastik dan sampai bila kempen yang dilancarkan hendak berjaya?” soalnya. Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan memberitahu, penggunaan beg plastik menjadi isu sejak dari dahulu lagi, namun sudah tiba masanya satu pendekatan serius diambil untuk memuktamadkan keputusan. “Kita tidak mahu pengguna terbeban dengan caj yang dikenakan untuk beli beg plastik. Walaupun hanya 20 sen tapi jika beli banyak kali, itu sudah membebankan. “Kalau benar-benar nak bebas beg plastik, jangan jual terus dan itu baru dikatakan kempen berjaya. Selain itu, alam sekitar dapat dipelihara dalam jangka masa panjang,” katanya.
3387) KAJI KAEDAH SAMBUNG BAYAR KENDERAAN - KOSMO - 25/1/2017
Kuala Lumpur - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyarankan supaya Bank Negara dan badan undang-undang mengkaji semula akta sewa beli kenderaan bagi membolehkan pengguba melepaskan kenderaan mereka menerusi kaedah sambung bayar. Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata,meskipun menyedari tiada peruntukkan undang-undang namun masih ramai memilih untuk menggunakan kaedah tersebut atas tekanan ekonomi dan kewangan. Jelasnya sepanjang tahun lalu PPIM menerima lebih daripada 150 aduan berhubung masalah yang dihadapi pengguna disebabkan cuba untuk menjual kenderaan mereka menerusi kaedah sambung bayar. " Kes terbanyak adalah pengguna melepaskan kenderaan mereka kepada syarikat kewangan atau kenderaan terpakai,namun masih dibebani hutang apabila syarikat lesap. " Isu ini memang sudah lama bagaimanapun is semakin mendesak disebabkan keadaan ekonomi sekarang apabila pengguna tiada pilihan kecuali menjual kenderaan mereka secara sambung bayar atas faktor kewangan ,"katanya pada sidang akhbar di sini semalam. Mengulas lanjut Nadzim berkata, kaedah sambung bayar dilihat agak mudah dan sesuai selain mewujudkan situasi menang-menang kepada pihak pembeli,penjual,industri dan bank. Menurutnya, terdapat lambakan kereta terpakai yang gagal dijual kerana pinjaman bank tidak diluluskan seterusnya mengakibatkan industri dan pemilik asal kenderaan tambah tertekan.
Tuesday, January 24, 2017
3386) SIDANG MEDIA : SAMBUNG BAYAR...SAMBUNG BALA! - 24/1/2017
3385) SME Congress & Golden Dinar Awards 2017 Soft Launch - 23/1/2017
PPIM 23/1/2017 – Telah berlansungnya satu Soft Launch untuk SME Congress & Golden Dinar Awards 2017 Soft Launchdi Matrade Exhibition & Convention Centre yang dianjurkan oleh Malaysian Indian Muslim Chamber of Commerce &Industry (MIMCOIN). Majlis ini dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Reezal Merican Bin Naina Merican Timbalan Menteri Hal Ehwal Luar Bandar Malaysia. “Saya mahu lihat wanita india islam juga terlibat dalam sektor perniagaan” kata beliau. Di dalam majlis ini difahamkan bahawa anugerah ini akan dilangsungkan pada bulan 3 ini. Jemputan khas Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan turut hadir bagi menyaksikan perasmian program ini
3383) REMAJA KAKI BOTOL! _ OPS BAH SIRI KE 32 - TV PPIM - 24/1/2017
Tatkala manusia mahu memjamkan mata, aktiviti gelap bermula. Mari kita ikuti ops bah siri ke 32 yang dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 20 Januari 2017 dan disertai oleh beberapa NGO termasuklah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Operasi ini bertujuan unutk mencegah gejala sosial seperti judi, arak dan zina dari berleluasa. Sasaran Ops Bah kali ini adalah di pusat-pusat perjudian haram, rumah-rumah urut, pusat pelacuran dan juga kelab hiburan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur Tepat jam 11 malam kami berkumpul di DBKL dan memulakan pendaftaran. Selain PPIM, Ops Bah kali ini disertai 25 Agensi Kerajaan dan Ngo iaitu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID), Kastam Diraja Malaysia, Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) dan lain lain. Taklimat sebelum ops diketuai Tuan Azman Mahmood, Penyelaras Ops Bah serta ditutup dengan bacaan doa oleh Ustaz Masridzi dari Perkid. Hujan menemani ops bah kali ini seolah-olah Allah merahmati akan usaha yang dilakukan oleh semua yang terlibat. Kami dibahagikan kepada dua kumpulan. Tepat 12:15 minit malam, kami tiba di salah sebuah pusat snuker yang dipercayai juga menempatkan mesin judi haram. Malangnya, pemilik pusat snuker berkenaan sudah menghidu kedatangan kami dan berjaya mengosongkan premis. Semua mesin judi dan komputer di bawa ke DBKL untuk tindakan seterusnya. Perjalanan kami diteruskan lagi ke lokasi kedua iaitu di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Pada jam 1:30 pagi, kami dan pasukan tiba di lokasi kedua iaitu sebuah pusat hiburan dipercayai Kelab Dangdut. Setibanya kami di sana, didapati kebanyakan pengunjung berbangsa Melayu dan beragama Islam sedang meminum minuman keras. Hasil serbuan tidak menjumpai sebarang jenis dadah. AADK menjalankan ujian air kencing dan ujian kandungan alkohol dalam nafas keatas pengunjung dan didapati 75 peratus dari mereka dalam keadaan mabuk. Bagi Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Ops Bah kali ini diharap dapat mencegah anak muda di Kota Raya besar seperti Kuala Lumpur, terus hanyut dengan dosa dan noda. Operasi demi operasi terus dilakukan, namun mereka tidak pernah serik. Nafsu menggila, syaitan bermaharajalela. Jangan bila sudah terhantuk baru tengadah.
PPIM TERIMA 10,000 ADUAN BERKAITAN AH LONG – SINAR HARIAN – 23/1/2017
PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendedahkan menerima lebih daripada 10,000 aduan berkaitan pinjaman wang haram atau ah long sepanjang menguruskan kes tersebut.
Ketua aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, daripada jumlah itu, kira-kira 80 peratus aduan berjaya diselesaikan hasil kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“PPIM memang banyak menerima kes sebegini, di mana peminjam yang gagal melunaskan bayaran mengikut ketetapan menerima pelbagai ugutan daripada ah long,” katanya kepada Sinar Harian.
Menyentuh mengenai faktor yang mendorong peminjam berurusan dengan ah long, Nadzim berkata, lebih 80 peratus kes disebabkan masalah kesempitan wang.
Selain itu, beliau berkata, ada antara peminjam yang berurusan dengan ah long bagi mendapatkan wang dengan cara mudah untuk tujuan berjudi.
“Peminjam yang mahu berurusan dengan ah long ini sebenarnya berada dalam keadaan terdesak dan memerlukan wang. Sebab itu, mereka bertindak sedemikian tanpa berfikir panjang,” katanya.
Sementara itu, Nadzim berkata, kebanyakan ah long yang beroperasi dengan memberi pinjaman cara mudah ini tidak mempunyai lesen sah, malah turut menipu orang ramai.
Katanya, orang ramai yang hendak berurusan dengan ah long sewajarnya berfikir panjang kerana kesan dialami mangsa sebelum ini amat besar dan menakutkan.
“Peminjam akan sentiasa berada dalam ketakutan kerana menerima ugutan. Malah, ada juga kes di mana ah long bertindak menculik anak mangsa sebagai cagaran,” katanya.
Sebagai alternatif, Nadzim mencadangkan supaya satu badan pinjaman yang mudah diwujudkan oleh pihak berkaitan bagi menggelakkan golongan kesempitan wang ini daripada berurusan dengan ah long.
“Kita perlu ada tempat pinjaman yang lebih mudah untuk golongan ini agar mereka tidak memilih ah long sebagai opsyen di masa hadapan untuk membuat pinjaman.
“Golongan yang berpendapatan rendah kebiasaannya sukar mendapat kelulusan pinjaman di bank-bank yang beroperasi di negara ini,” katanya.
Menurutnya, pihaknya juga kini sedang giat bergerak memulakan kempen bagi menyampaikan nasihat kepada orang ramai, khususnya golongan pelajar bermula di institusi pengajian di seluruh negara ini berhubung kesan berurusan dengan ah long.
Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/
GUBAL AKTA BAHARU ELAK SUMBER POTENSI DIEKSPLOITASI – BERITA HARIAN – 24/1/2017
Kerajaan disaran menggubal akta atau undang-undang baharu bagi mengawal selia sumber air tanah atau air bawah tanah,sekali gus mengelak pihak tertentu memanipulasi sumber berkenaan.
Undang-undang sedia ada,Akta Air 1920(pindaan 1989),akta kerja-kerja saliran 1954 (pindaan 1988), akta industri perkhidamtan air 2006 (akta 655) hanya tertakluk kepada pengambilan air sungai dan empangan untuk kegunaan domestik, industri atau pertanian.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM),Datuk Nadzim Johan berkata akta baharu perlu mensyaratkan pemegang lesen perlu mematuhi jumlah pengeluaran air tanah yang dimihin,bukan dilakukan tanpa kawalan atau secara berlebihan.
“Denda yang tinggi perlu dikenakan bagi setiap kesalahan,secara tidak langsung boleh menjadi peringatan dan memastikan bekalan air tanah negara terjamin,” katanya kepada BH.
Nadzim berkata,beliau difahamkan kerajaan ada menghantar pegawai dan penyelidik ke Korea Selatan yang memiliki ribuan telaga air tanh untuk kegunaan rakyat,bagi mengkaji teknologi pengeluaran air bawahtanah serta akta yang diguna pakai di sana.
Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/
3382) PPIM TERIMA 10,000 ADUAN BERKAITAN AH LONG - SINAR HARIAN - 23/1/2017
PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendedahkan menerima lebih daripada 10,000 aduan berkaitan pinjaman wang haram atau ah long sepanjang menguruskan kes tersebut. Ketua aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, daripada jumlah itu, kira-kira 80 peratus aduan berjaya diselesaikan hasil kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM). “PPIM memang banyak menerima kes sebegini, di mana peminjam yang gagal melunaskan bayaran mengikut ketetapan menerima pelbagai ugutan daripada ah long,” katanya kepada Sinar Harian. Menyentuh mengenai faktor yang mendorong peminjam berurusan dengan ah long, Nadzim berkata, lebih 80 peratus kes disebabkan masalah kesempitan wang. Selain itu, beliau berkata, ada antara peminjam yang berurusan dengan ah long bagi mendapatkan wang dengan cara mudah untuk tujuan berjudi. “Peminjam yang mahu berurusan dengan ah long ini sebenarnya berada dalam keadaan terdesak dan memerlukan wang. Sebab itu, mereka bertindak sedemikian tanpa berfikir panjang,” katanya. Sementara itu, Nadzim berkata, kebanyakan ah long yang beroperasi dengan memberi pinjaman cara mudah ini tidak mempunyai lesen sah, malah turut menipu orang ramai. Katanya, orang ramai yang hendak berurusan dengan ah long sewajarnya berfikir panjang kerana kesan dialami mangsa sebelum ini amat besar dan menakutkan. “Peminjam akan sentiasa berada dalam ketakutan kerana menerima ugutan. Malah, ada juga kes di mana ah long bertindak menculik anak mangsa sebagai cagaran,” katanya. Sebagai alternatif, Nadzim mencadangkan supaya satu badan pinjaman yang mudah diwujudkan oleh pihak berkaitan bagi menggelakkan golongan kesempitan wang ini daripada berurusan dengan ah long. "Kita perlu ada tempat pinjaman yang lebih mudah untuk golongan ini agar mereka tidak memilih ah long sebagai opsyen di masa hadapan untuk membuat pinjaman. “Golongan yang berpendapatan rendah kebiasaannya sukar mendapat kelulusan pinjaman di bank-bank yang beroperasi di negara ini,” katanya. Menurutnya, pihaknya juga kini sedang giat bergerak memulakan kempen bagi menyampaikan nasihat kepada orang ramai, khususnya golongan pelajar bermula di institusi pengajian di seluruh negara ini berhubung kesan berurusan dengan ah long.
3381) GUBAL AKTA BAHARU ELAK SUMBER POTENSI DIEKSPLOITASI - BERITA HARIAN - 24/1/2017
Kerajaan disaran menggubal akta atau undang-undang baharu bagi mengawal selia sumber air tanah atau air bawah tanah,sekali gus mengelak pihak tertentu memanipulasi sumber berkenaan. Undang-undang sedia ada,Akta Air 1920(pindaan 1989),akta kerja-kerja saliran 1954 (pindaan 1988), akta industri perkhidamtan air 2006 (akta 655) hanya tertakluk kepada pengambilan air sungai dan empangan untuk kegunaan domestik, industri atau pertanian. Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM),Datuk Nadzim Johan berkata akta baharu perlu mensyaratkan pemegang lesen perlu mematuhi jumlah pengeluaran air tanah yang dimihin,bukan dilakukan tanpa kawalan atau secara berlebihan. "Denda yang tinggi perlu dikenakan bagi setiap kesalahan,secara tidak langsung boleh menjadi peringatan dan memastikan bekalan air tanah negara terjamin," katanya kepada BH. Nadzim berkata,beliau difahamkan kerajaan ada menghantar pegawai dan penyelidik ke Korea Selatan yang memiliki ribuan telaga air tanh untuk kegunaan rakyat,bagi mengkaji teknologi pengeluaran air bawahtanah serta akta yang diguna pakai di sana.
Monday, January 23, 2017
3380) JANGAN INGAT NEGARA TIADA UNDANG-UNDANG - BERITA HARIAN - 21/1/2017
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata orang ramai wajar percaya kepada sistem undang-undang dan meletakkan tanggunjawab mencari keadilan kepada pihak berkuasa seperti polis. " Dalam keadaan itu, kedua-dua pihak sepatutnya melaporkan kejadian berkenaan kepada pihak berkuasa. Jika kejadian itu membabitkan kerugian,ia boleh diselesaikan dengan membuat tuntutan insurans....mengapa perlu bergaduh." katanya
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2017
(968)
-
▼
January
(88)
- 3397) KELUAR GARIS PANDUAN BAWA HAIWAN PELIHARAAN ...
- 3396) SAMBUNG BAYAR,SAMBUNG BALA - HARIAN METRO - ...
- 3395) WAJIBKAN LABEL BARANG IMPORT GUNA BAHASA MEL...
- 3394) SURAT MINTA AZAN DIPERLAHAN MELAMPAU - UTUSA...
- 3393) OPS TABUNG KEMANUSIAAN PPIM - 25/1/2017
- 3392) " BANKRAP DI USIA MUDA " - AM LIVE @ ASTRO R...
- 3391) SAMBUNG BAYAR CARI BALA - METRO ONLINE - 24/...
- 3390) KAJI SEMULA POLISI PERBANKAN - PPIM - BERITA...
- 3389) PPIM MENERIMA BANYAK ADUAN PENIPUAN TENTANG ...
- 3388) JANGAN JUAL BEG PLASTIK - NGO - UTUSAN MALAY...
- 3387) KAJI KAEDAH SAMBUNG BAYAR KENDERAAN - KOSMO ...
- 3386) SIDANG MEDIA : SAMBUNG BAYAR...SAMBUNG BALA!...
- 3385) SME Congress & Golden Dinar Awards 2017 Soft...
- 3384) TAKLIMAT PENERANGAN SKIM ECO LABELLING ( BIO...
- 3383) REMAJA KAKI BOTOL! _ OPS BAH SIRI KE 32 - TV...
- PPIM TERIMA 10,000 ADUAN BERKAITAN AH LONG – SINAR...
- GUBAL AKTA BAHARU ELAK SUMBER POTENSI DIEKSPLOITAS...
- 3382) PPIM TERIMA 10,000 ADUAN BERKAITAN AH LONG -...
- 3381) GUBAL AKTA BAHARU ELAK SUMBER POTENSI DIEKSP...
- 3380) JANGAN INGAT NEGARA TIADA UNDANG-UNDANG - BE...
- 3379) " AUTA TIKET MURAH " - ASSALAMUALAIKUM@TV AL...
- 3378) KEMPEN KESEDARAN KESELAMATAN KEBAKARAN - SUN...
- 3377) KETUA AKTIVIS PPIM,DATO NADZIM JOHAN MERASMI...
- 3376) OPS BAH SIRI KE-32 DI GOLDEN BREAK DAN KIAMB...
- 3375) VIRAL RESTORAN NASI KANDAR PULAI - 19/1/2017
- TEPUNG DI PASARAN SELAMAT DIGUNAKAN – HARIAN METRO...
- 3374) TEPUNG DI PASARAN SELAMAT DIGUNAKAN - HARIAN...
- BENZOIL PEROKSIDA DALAM TEPUNG SELAMAT – BERITA HA...
- 3373) BENZOIL PEROKSIDA DALAM TEPUNG SELAMAT - BER...
- 3372) HANYA BERI KEUNTUNGAN PADA PENIAGA: PPIM - P...
- 3371) GUNA PLASTIK MUDAH LUPUS BERHARGA 10 SEN, CA...
- 3370) PENIAGA KENAKAN 20 SEN UNTUK SEHELAI PLASTIK...
- 3369) TEPUNG GANDUM BERPELUNTUR : PERKATAAN BP SUD...
- 3368) SELARAS PENGGUNAAN PLASTIK DI SELURUH NEGARA...
- 3367) HARIAN METRO - DUIT JUALAN BEG PLASTIK DIPER...
- 3366) UTUSAN MALAYSIA - SELANGOR DIGESA SELARAS KE...
- 3365) KEMPEN #BEBASPLASTIK PERLU DISELARASKAN - SI...
- 3364) SELARASKAN KEMPEN TANPA PLASTIK – PPIM - UTU...
- 3363) PPIM CADANG PENGGUNA GUNA BEG KITAR SEMULA -...
- 3362) KEMPEN PLASTIK UNTUK CSR TAK MASUK AKAL: PPI...
- 3361) TV PPIM : PENGGUNA BANTAH BELI BAG PLASTIK -...
- 3360) SIDANG MEDIA : PLASTIK OH PLASTIK...DI MANA ...
- 3359) ISU CAJ PLASTIK: PENIAGA AMBIL DUIT PELANGGA...
- 3358) USAH BERLEBIHAN - HARIAN METRO - 17/1/2017
- 3357) ANDA TANYA PPIM JAWAB – METRO AHAD – 15/1/2017
- 3356) AMBIL SAMPEL TEPUNG - HARIAN METRO - 16/1/2017
- 3355) KAJI TEPUNG GANDUM ADA PELUNTUR - KOSMO - 16...
- 3354) PPIM BANTU KELUARGA ' DIHANTUI ' AH LONG - ...
- 3353) AUCTION HOUSE COUPLE GET REPRIEVE - THE STAR...
- 3352} BUKA RUANG PENIAGA KAUT UNTUNG TAMBAHAN - UT...
- 3351) PPIM GESA BANK NEGARA GUBAL DASAR TIDAK BERA...
- 3350) SIN CHEW DAILY – HOUSE BUYERS TO SEND A DEPO...
- 3349) MAJLIS MAKAN MALAM HIMPUNAN KASIH DATO SRI M...
- 3348) SIN CHEW ONLINE - HOUSE BUYERS TO SEND A DEP...
- 3347) Pemilik Rumah Dilelong Tidak Terima Sebarang...
- 3346) THE STAR ONLINE – BANK CANCELS RE-AUCTION AN...
- 3345) SIDANG MEDIA - STATUS KES LELONGAN RUMAH PEM...
- 3344) UTUSAN ONLINE - 12/1/2017 - 'Terima kasih Le...
- 3343) ALL ENDS WELL FOR COUPLE IN AUCTIONED HOME S...
- 3342) TV PPIM | Masalah Rumah Lelong Selesai - 12/...
- 3341) MASALAH AH LONG - BELAJAR CARA PENGURUSAN KE...
- 3340) CAJ 20 SEN MASUK ' KANTUNG ' PENIAGA - UTUSA...
- 3339) SUAMI CABUT LARI, ISTERI DIBURU 6 ALONG - HA...
- 3338) PENIPUAN KATERER : PENGGUNA PERLU BIJAK ELAK...
- 3337) MI PEDAS MUSLIM BEST AKAN DILANCAR FEBRUARI ...
- 3336) MUSLIM BEST KELUAR MI SEGERA PEDAS BULAN DEP...
- 3335) MUSLIM BEST MAHU MEE SEGERA TEMBUSI PASARAN ...
- 3334) LAWATAN PPIM KE KILANG MUSLIM BEST - 10/1/2017
- 3333) " HAK PENGGUNA:BIJAK TANGANI PENGGUNAAN PLAS...
- 3332) ANDA TANYA, PPIM JAWAB - HARIAN METRO - 8/1/...
- 3331) KE MANA HASIL JUALAN BEG PLASTIK? – NGO – UT...
- 3330) " PENIAGA JANGAN LETAK HARGA SESUKA HATI - N...
- 3329) PUJIAN KEPADA MEREKA YANG MEMBERI BANTUAN / ...
- 3328) PPIM MEMBANTU MENGUMPUL DANA UNTUK BELI RUMA...
- 3327) SIDANG MEDIA : Pemaklum Majlis Ikrar Taat Se...
- 3326) AYAT MANIS “EJEN BERTAULIAH” – DUA MANGSA TA...
- 3325) ” SYARIKAT KORPORAT, ORANG RAMAI DIPELAWA HU...
- 3324) ” PPIM LANCAR TABUNG BANTU PENGGUNA ” – BERI...
- 3323) SIDANG MEDIA TABUNG BANTUAN RUMAH LELONG - 4...
- 3322) MESYUARAT AGUNG PERMULAAN KOPERASI PEMBANGUN...
- 3321) ” HARAMKAN TERUS PLASTK,POLISTERINA ” – BERI...
- 3320) ANDA TANYA PPIM JAWAB – METRO AHAD – 1/1/2017
- 3319) MESYUARAT PERSEDIAAN PENUBUHAN KOPERASI PEMB...
- 3318) DATUK NADZIM JOHAN SEBAGAI TETAMU KHAS SELAM...
- 3317) ” TAHUN BARU AZAM BARU ” – RUANG BICARA BERN...
- 3316) ” PERBINCANGAN TOPIK ” PEMBINAAN KARAKTER ” ...
- 3315) NGO PERSOAL PBT TAK TEGAS LAKSANA SOP – BERI...
- 3314) ” TEMPORARY PLEASURE, LASTING DAMAGE ” – NEW...
-
▼
January
(88)