Showing posts with label UTUSAN MALAYISA. Show all posts
Showing posts with label UTUSAN MALAYISA. Show all posts

Tuesday, January 31, 2017

3394) SURAT MINTA AZAN DIPERLAHAN MELAMPAU - UTUSAN MALAYSIA - 31/1/2017

                                 utusan malaysia 31.1.2017

  KOTA BHARU 30 Jan. – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengecam tindakan individu atau pihak tertentu yang menulis surat kepada pengurusan Masjid Aman di Taman Kenangan di sini meminta supaya memperlahankan azan menerusi pembesar ­suara.
Ketua Aktivis PPIM negeri, Datuk Seri Dr. Mohd. Fared Abdul Ghani berkata, perbuatan itu melampau kerana menyentuh sensitiviti agama selain tidak menghormati Perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara.
Sehubungan itu kata beliau, pihaknya telah membuat laporan polis bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat kesahihan surat terbabit dan mengesan dalang sebenar yang bertanggungjawab menulisnya.
“Masjid ini terletak di kawasan yang penduduknya lebih 90 peratus orang Islam. Bukannya kawasan orang Cina. Untuk makluman, sebelum kawasan perumahan diwujudkan, masjid ini terlebih dahulu dibina sejak berpuluh-puluh tahun lalu.
“Orang Melayu Kelantan selama ini menghormati kepercayaan agama lain dan tidak pernah mempertikaikan amalan mereka. Tindakan penulis surat berkenaan dikhuatiri boleh menjejaskan keharmonian yang kita kecapi ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Masjid Aman, Azmi Mahmood bersama ahli jemaah masjid tersebut.
Dalam surat bertarikh 10 Janua­ri tersebut, penulisnya mendakwa mewakili masyarakat berketurunan Cina di Taman Kenangan meminta supaya azan terutama pada waktu Subuh diperlahankan dan dialihkan daripada menghala ke arah kediaman mereka.
Surat tersebut ditandatangani oleh ahli perniagaan terkemuka negeri ini, Datuk Seri Sunny Ung.
Mengulas lanjut, Mohd. Fared memberitahu, sebaik sahaja me­nerima surat tersebut, Azmi segera menghubungi Sunny namun beliau menafikan telah me­nulis surat seumpama itu.
“Sunny kata dia tidak buat tetapi kalau betul dia buat, kita minta dia buat permohonan maaf secara terbuka kepada jemaah Masjid Aman serta semua penduduk di Taman Kenangan,” katanya.

Wednesday, January 25, 2017

3388) JANGAN JUAL BEG PLASTIK - NGO - UTUSAN MALAYSIA - 25/1/2017

                                 utusan malaysia 25.1.2017

  KUALA LUMPUR 24 Jan. – Kempen tanpa beg plastik di premis perniagaan yang sedang dilaksanakan di beberapa negeri mungkin lebih berkesan sekiranya masyarakat dididik me­nge­nai kesan buruk penggunaannya terhadap alam sekitar. Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris berkata, langkah itu juga dilihat mampu mengelak pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan mengaut keuntungan daripada caj 20 sen yang dikenakan ke atas setiap beg plastik. “Biarpun dikenakan caj 20 sen, masyarakat tetap beli kerana mereka sudah terbiasa mengisi barang dalam beg plastik dan mungkin mereka rasakan harga itu tidak mahal. “Oleh itu, langkah drastik perlu diambil iaitu semua kedai diarahkan jangan menjual langsung beg plastik kepada pengguna dan caj 20 sen dihentikan. Dengan cara ini masyarakat akan sedar tujuannya dan alam sekitar dapat dijaga,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Beberapa negeri termasuk Selangor, Melaka dan Pulau Pinang telah melaksanakan kempen tanpa plastik di semua pasar raya sebagai salah satu usaha memelihara alam sekitar. Dalam pada itu, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman menyokong pendapat CAP dengan menyatakan kaedah tersebut dapat memberi kebaikan kepada semua pihak. “Pengguna apabila tahu beg plastik tidak lagi dijual, mereka pasti mencari alternatif sama ada membawa beg sendiri se­perti beg kertas mahupun beg mudah lupus. “Selagi tidak mengenakan langkah drastik, selagi itulah pengguna akan terus guna beg plastik dan sampai bila kempen yang dilancarkan hendak berjaya?” soalnya.   Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan memberitahu, penggunaan beg plastik menjadi isu sejak dari dahulu lagi, namun sudah tiba masanya satu pendekatan serius diambil untuk memuktamadkan keputusan. “Kita tidak mahu pengguna terbeban dengan caj yang dikenakan untuk beli beg plastik. Walaupun hanya 20 sen tapi jika beli banyak kali, itu sudah membebankan. “Kalau benar-benar nak bebas beg plastik, jangan jual terus dan itu baru dikatakan kempen berjaya. Selain itu, alam sekitar dapat dipelihara dalam jangka masa panjang,” katanya.

Wednesday, January 11, 2017

3336) MUSLIM BEST KELUAR MI SEGERA PEDAS BULAN DEPAN - UTUSAN MALAYSIA - 11/1/2017


MUSLIM BEST KELUAR MI SEGERA PEDAS BULAN DEPAN
REMBAU 10 JAN - Pengilang makanan bumiputra, Muslim Best Marketing (M) Sdn Bhd (Muslim Best) menyasarkan pengeluaran mi segera sebanyak 3.8 juta bungkus sebulan bermula bulan hadapan.
Presidenya Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad berkata, syarikat itu sudah membuat persediaan untuk mengeluarkan mi segera jenama Pedas sebaik memperoleh pensijilan Halal dan Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP) dalam tempoh 2 minggu lagi
Katanya, buat permulaan Pedas ditawarkan dalam 4 perisa iaitu Asam Laksa, Kari, Ayam Black Papper dan Tomyam
"Memandangkan peluang pasaran mi segara ini besar, kita juga akan meneroka pasaran Jepun dan United Kingdom (UK) . Di Jepin sahaja, Family Mart Yang memiliki 6000 cawangan telah menunjukkan minat" katanya.
Belia berkata sedemikian dalam sidang akhbar ketika menerima kunjungan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan di kilang Muslim Best di Pusat Usahawan Halal di Taman Halal Pedas sini hari ini

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL