Showing posts with label Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad. Show all posts
Showing posts with label Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad. Show all posts

Wednesday, January 11, 2017

3337) MI PEDAS MUSLIM BEST AKAN DILANCAR FEBRUARI INI - KOSMO - 11/1/2017


MI PEDAS MUSLIM BEST AKAN DILANCAR FEBRUARI INI - KOSMO 
REMBAU - Mi segera hasil keluaran syarikat bumiputera, Muslim Best Marketing (M) Sdn Bhd ( Muslim Best) akan berada di pasaran mulai awal bulan Februari ini dengan sasaran pengeluaran sebanyak 3.8 Juta bungkus mi segera sebulan.
Presidennya,Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Muhamad berkata, Produk berjenama Mi Pedas itu juga kini dalam proses memperoleh pensijilan Halal dan Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Krtikal ( HCCP ) dalam tempoh 2 minggu lagi.
" Terdapat 4 perisa ditawarkan iaitu asam laksa,kari,ayam lada hitam, dan tomyam, namun perisa itu diperkembangkan pada masa hadapan jika ada keperluan,"katanya di sini semalam.
Beliau berkata demikian pada sidang akbar selepas menerima kunjungan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia,Datuk Nadzim Johan di kilang Muslim Best di Pusat Usahawan Halal di Taman Halal Pedas di sini.

3336) MUSLIM BEST KELUAR MI SEGERA PEDAS BULAN DEPAN - UTUSAN MALAYSIA - 11/1/2017


MUSLIM BEST KELUAR MI SEGERA PEDAS BULAN DEPAN
REMBAU 10 JAN - Pengilang makanan bumiputra, Muslim Best Marketing (M) Sdn Bhd (Muslim Best) menyasarkan pengeluaran mi segera sebanyak 3.8 juta bungkus sebulan bermula bulan hadapan.
Presidenya Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad berkata, syarikat itu sudah membuat persediaan untuk mengeluarkan mi segera jenama Pedas sebaik memperoleh pensijilan Halal dan Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP) dalam tempoh 2 minggu lagi
Katanya, buat permulaan Pedas ditawarkan dalam 4 perisa iaitu Asam Laksa, Kari, Ayam Black Papper dan Tomyam
"Memandangkan peluang pasaran mi segara ini besar, kita juga akan meneroka pasaran Jepun dan United Kingdom (UK) . Di Jepin sahaja, Family Mart Yang memiliki 6000 cawangan telah menunjukkan minat" katanya.
Belia berkata sedemikian dalam sidang akhbar ketika menerima kunjungan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan di kilang Muslim Best di Pusat Usahawan Halal di Taman Halal Pedas sini hari ini

3335) MUSLIM BEST MAHU MEE SEGERA TEMBUSI PASARAN JEPUN - SINAR HARIAN ONLINE - 11/1/2017



MUSLIM BEST MAHU MEE SEGERA TEMBUSI PASARAN JEPUN
10 JANUARI 2017
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan (dua, kanan) diberi penerangan oleh Pengarah Urusan Muslim Best, Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad (tiga, kanan) sempena Lawatan Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini. - Foto Bernama
PENGILANG makanan Bumiputera, Muslim Best Marketing (M) Sdn Bhd (Muslim Best) berhasrat menembusi pasaran Jepun menerusi produk terbaharunya, mi segera.
Pengarah Urusannya, Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad berkata, syarikat itu menyasarkan untuk mengeskport produk berkenaan ke Jepun mulai separuh kedua tahun ini dan dipasarkan di pasar raya serbaneka Family Mart yang memiliki 6,000 cawangan.
"Kilang mi segera kami di Taman Pengeluaran Produk Usahawan (TPPU) Pedas Halal Park, akan beroperasi bulan depan dan kami menyasarkan untuk mengeluarkan 3.8 juta bungkus produk itu sebulan.
"Mi segera berjenama Pedas itu ditawarkan dalam empat perisa iaitu asam laksa, kari, tom yam dan ayam lada hitam," katanya kepada pemberita selepas program Lawatan Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan dan Pengarah Eksekutif Muslim Best, Datuk Nik Izani Nik Ibrahim.
Mengulas pasaran mi segera itu di Malaysia, Sheikh Ahmad Dusuki berkata produk berkenaan akan mula dipasarkan pada pertengahan bulan depan.
Selain mi segera, kilang Muslim Best turut mengeluarkan biskut lemak, kerepek ubi keledek vitato, air osmosis berbalik serta jus minuman berasaskan buahan-buahan.
Sementara itu, Nadzmi berkata PPIM dan ahlinya akan bekerjasama dengan Muslim Best bagi mempromosi produk keluaran syarikat tersebut.
"Saya berharap ahli-ahli PPIM akan bersama-sama menyokong produk keluaran Muslim Best yang halal serta berkualiti," katanya. - Bernama
Sumber dari:
http://www.sinarharian.com.my/bisnes/muslim-best-mahu-mee-segera-tembusi-pasaran-jepun-1.609484

Tuesday, January 10, 2017

3334) LAWATAN PPIM KE KILANG MUSLIM BEST - 10/1/2017










LAWATAN PPIM KE KILANG MUSLIM BEST
KHAMIS 1/10/2017 - Ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan telah melawat ke HALAL ENTREPRENEUR CENTRE (TAMAN PENGELUARAN PRODUK USAHAWAN (TPPU)) yang terletak di Pedas Halal Park, Rembau, Negeri Sembilan, Malaysia hari ini.
Lawatan ini bertujuan untuk memberi serba sedikit penerangan tentang fungsi TAMAN PENGELUARAN PRODUK USAHAWAN (TPPU) yang dibina oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara).
TAMAN PENGELUARAN PRODUK USAHAWAN (TPPU) adalah bertujuan membantu usahawan-usahawan bumiputra untuk mewujudkan satu industri pemakanan ‘halalan toyyiban' yang dapat menembusi pasaran global.
Trurut hadir bersama adalah Pengarah Eksekutif Muslim Best Datuk Nik Izani Nik Ibrahim dan Pengerusi Eksekutif Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL