Tuesday, November 5, 2013

950) UTUSAN MALAYSIA 31/10/13-Tingkat risiko sakit jantung - Suzana



KUALA LUMPUR 30 Okt. - Minyak masak yang diguna berulang kali meningkatkan risiko serangan jantung dalam kalangan pengguna berikutan peningkatan kelikatan kandungan hidrokarbonnya.

Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Suzana Shahar berkata, penggunaan minyak masak secara berulang kali juga boleh menyebabkan salur arteri tersumbat, risiko hipertensi selain merosakkan hati.

Menurut beliau, minyak masak sepatutnya digunakan tidak lebih tiga kali kerana penggunaan lebih daripada itu akan menyebabkan struktur asid lemak dalam minyak masak bertukar kepada asid lemak trans yang berbahaya kepada kesihatan.

“Selain itu, pelbagai penyakit kanser juga boleh berlaku akibat penggunaan berulang kali minyak masak tetapi sakit jantung merupakan risiko paling utama," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas pendedahan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berhubung hampir 90 peratus minyak masak di pasaran dipercayai hasil kegiatan kitar semula minyak masak yang telah digunakan.

Dalam pada itu, Suzana memberitahu, risiko kepada kesihatan daripada penggunaan minyak masak sering ditekankan pakar pemakanan yang tidak menggalakkan pengguna mengambil terlalu banyak makanan bergoreng.
  


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131031/dn_07/Tingkat-risiko-sakit-jantung---Suzana#ixzz2jmbT91Ne © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL