Tuesday, January 22, 2019

4786) SELAGI TIADA PENGUATKUASAAN, KPDNHEP AKAN TERUS DIHUJANI ADUAN – SINAR HARIAN – 22/1/19


KUALA LUMPUR – Selagi tiada penguatkuasaan yang serius ke atas pihak-pihak terbabit, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan berterusan menerima banyak aduan pelbagai kenaikan harga barangan termasuklah makanan dan minuman.
Keadaan itu sekali gus menyebabkan hasrat kerajaan untuk mengekang peniaga yang mengaut keuntungan besar, tidak kesampaian.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, peniaga seolah-olah tidak takut kerana penguatkuasaan yang tidak serius.
“Mereka (peniaga) beri pelbagai alasan termasuk faktor luar negara. Mereka sebenarnya tidak takut kepada penguatkuasaan,” katanya.
Menurutnya, pihak kehakiman juga perlu menjatuhkan hukuman denda yang setimpal kepada peniaga yang disabitkan dengan kesalahan mengaut keuntungan berlebihan.
“Sekiranya denda rendah dikenakan, ia tidak akan membuka mata masyarakat terutamanya peniaga mengenai kesalahan yang dilakukan,” katanya kepada Sinar Harian. Semalam, Menteri KPDNHEP Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan, kenaikan harga makanan dan minuman mendominasi purata 4,000 aduan yang diterima pihaknya, secara puratanya setiap bulan. Lebih 50 peratus aduan yang diterima ialah mengenai kenaikan harga makanan dan minuman di premis makanan, ‘food court’ dan restoran.

Artikel oleh : Sinar Harian
SELAGI TIADA PENGUATKUASAAN, KPDNHEP AKAN TERUS DIHUJANI ADUAN

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...