Showing posts with label KPDNHEP. Show all posts
Showing posts with label KPDNHEP. Show all posts

Wednesday, May 17, 2023

AKTIVITI | MESYUARAT PPIM BERSAMA PENGARAH KPDNHEP WP KUALA LUMPUR - PPIM - 17/05/2023

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menghadiri mesyuarat bersama KPDNHEP WP Kuala Lumpur yang dipengerusikan oleh Pengarah KPDNHEP WP Kuala Lumpur, Tuan Ariffin Samsudin di Sunway Putra Tower, Kuala Lumpur.

Mesyuarat membincangkan hal-hal kepenggunaan.







Wednesday, April 14, 2021

5542) PPIM MAHU KPDNHEP TERUS PANTAU HARGA BARANG KEPERLUAN - WACANA.MY - 13/04/2021

 


KUALA LUMPUR, 13 April — Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mahu kerajaan melalui  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna terus memantau dan memastikan harga barangan keperluan terkawal menjelang Ramadan dan Perayaan Aidilfitri akan datang.

Ketua Aktivis PPIM Dato’ Nadzim Johan memberitahu Wacana.my setakat dua minggu akhir ini pihaknya masih membuat tinjauan di kedai runcit dan kedai tumpuan pengguna bagi melihat sendiri harga barangan asas.

“Kami dapati harga barangan asas masih terkawal, namun kami pasti ada pihak yang akan mengambil kesempatan atas pelbagai alasan seperti COVID-19, musim perayaan dan sebagainya,” katanya.

Antara barangan di dalam pemantauan PPIM adalah bawang merah, halia, cili kering, bunga kantan, daun kunyit, serai, sayuran segar, ayam dan daging.

“Kami berharap KPDNHEP akan terus memastikan tiada peniaga yang mengambil kesempatan musim perayaan kali ini memandangkan rakyat masih terkesan dengan ekonomi ketika Covid19,” katanya.


Artikel oleh: Wacana

PPIM MAHU KPDNHEP TERUS PANTAU HARGA BARANG KEPERLUAN


Friday, April 2, 2021

5527) CONSUMERS CAN ALSO TURN TO CIVIL COURT - ROSOL - BERNAMA - 01/04/2021

 


KUALA LUMPUR, March 31 — Apart from the Tribunal for Consumer Claims (TTPM), consumers can take their cases to civil courts to claim redress in respect of any goods and services purchased. 

Deputy Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Rosol Wahid said that TTPM served as an alternative platform to civil courts.
 
"TTPM's job is only to ensure consumers are protected," he said at a discussion entitled Price Hike Ahead of Ramadan' organised by the Malaysian Muslim Consumers Association (PPIM) on its Facebook page tonight.

In another development, Rosol denied allegations that the mobile application, 'Price Catcher' developed by the ministry failed to achieve its objectives.

"Its just lack of promotion. Consumers can actually compare prices and save time to make comparisons," he said. 


Article by: Bernama

CONSUMERS CAN ALSO TURN TO CIVIL COURT - ROSOL


5526) PENGGUNA BOLEH BAWA KES KE MAHKAMAH, SELAIN TTPM - ROSOL - BERNAMA - 02/04/2021

 


KUALA LUMPUR, 31 Mac — Selain Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), pengguna boleh membawa kes mereka ke mahkamah sivil bagi tuntutan tebus rugi berhubung pembelian barang dan perkhidmatan. 

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid berkata TTPM berfungsi sebagai platform alternatif kepada mahkamah sivil.

Beliau berkata pengguna yang menang tetapi syarikat yang diperintahkan membayar award gagal berbuat demikian seperti yang diarahkan oleh TTPM, boleh membawa kes itu ke mahkamah sivil. 

"Tugas TTPM hanya untuk pastikan pengguna terbela: katanya pada diskusi bertajuk 'Pesta Naikkan Harga Menjelang Ramadan' yang dianjurkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di laman Facebooknya secara langsung, malam ini yang turut disertai oleh Ketua Aktivitis PPIM, Datuk Nadzim Johan. 

Dalam perkembangan lain, Rosol turut menyangkal dakwaan kononnya aplikasi mudah alih, "Price Catcher" yang dibangunkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) gagal mencapai objektifnya. 

Beliau yang mengakui walaupun terdapat kelemahan dari segi promosi membabitkan aplikasi itu, namun berkata setakat ini seramai 1,000 pengguna telah memuat turun aplikasi yang memaparkan perbandingan harga lebih 400 barangan keperluan pengguna itu. 

"Bukan gagal, cuma kurang promosi. Pengguna sebenarnya boleh bandingkan harga dan menjimatkan masa untuk membuat perbandingan," katanya. 


Artikel oleh: Bernama

PENGGUNA BOLEH BAWA KES KE MAHKAMAH, SELAIN TTPM - ROSOL


Thursday, April 1, 2021

5525) 'SIMPAN RESIT SEBAGAI BUKTI JIKA BERLAKU PERTIKAIAN HARGA, KUALITI' - HARIAN METRO - 31/03/2021



Kuala Lumpur: Dakwaan mengatakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hanya menjaga golongan peniaga di negara ini adalah tidak tepat.

Ini kerana, kementerian itu perlu memastikan semua pihak di dalam rantaian kepenggunaan disantuni sebaik mungkin demi kebaikan bersama.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, ia terbukti apabila golongan peniaga diambil tindakan di atas kesalahan yang dilakukan.

"Banyak saman kita keluarkan. Kalau kita jaga peniaga saja, tentu kita tak saman. Jadi kalau ada tuduhan begitu, saya rasa ia tidak tepat,"katanya pada program secara langsung di Facebook Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), hari ini.

Turut serta sebagai panelis gandingan, Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan.

Hadir sama, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan KPDNHEP Azman Adam.

Ditanya mengenai kenaikan harga mendadak pada musim perayaan, Rosol berkata, perkara itu diberi perhatian kementeriannya dengan pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan yang diumumkan dua minggu sebelum sambutan.

Katanya, ia salah satu inisiatif KPDNHEP untuk mengawal harga dan melakukan pemantauan bagi memastikan tiada pihak mengambil kesempatan.

Turut disentuh di dalam program berkenaan ialah mengenai tindakan diambil kementerian bagi setiap aduan yang dibuat pengguna di negara ini.

"Setiap isu yang dilaporkan kepada KPDNHEP akan diambil tindakan dengan sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga hari.

"Pendekatan itu diambil bagi memastikan isu membabitkan pengguna dapat diselesaikan," katanya.

Justeru, Rosol berkata, pengguna dinasihatkan menyimpan bukti pembelian sebagai dokumen sekiranya berlaku pertikaian mengenai kenaikan harga atau kualiti barang.

"Simpan bukti pembelian kerana penguat kuasa kita boleh periksa dan ambil tindakan.

"Saya nasihatkan pengguna simpan bukti pembelian kerana ia akan memudahkan utusan pada masa depan," katanya.

Artikel oleh: Harian Metro

'SIMPAN RESIT SEBAGAI BUKTI JIKA BERLAKU PERTIKAIAN HARGA, KUALITI'

 

Tuesday, February 11, 2020

5732) PROGRAM SESI RAMAH MESRA YB MENTERI BERSAMA RAKAN STRATEGIK KEPENGGUNAAN KPDNHEP - MALAYSIA GAZETTE - 04/02/2020


MGF04022020_SAUFUDDIN-KEPENGGUNAAN-KPDNHEP007
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bersalaman dengan Ketua Aktivitis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan (tengah) pada Program Sesi Ramah Mesra YB Menteri bersama Rakan Strategik Kepenggunaan KPDNHEP di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 04 FEBRUARI 2020.
MGF04022020_SAUFUDDIN-KEPENGGUNAAN-KPDNHEP001
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berucap pada Program Sesi Ramah Mesra YB Menteri bersama Rakan Strategik Kepenggunaan KPDNHEP di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 04 FEBRUARI 2020.
MGF04022020_SAUFUDDIN-KEPENGGUNAAN-KPDNHEP004
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berucap pada Program Sesi Ramah Mesra YB Menteri bersama Rakan Strategik Kepenggunaan KPDNHEP di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 04 FEBRUARI 2020.
MGF04022020_SAUFUDDIN-KEPENGGUNAAN-KPDNHEP006
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengatakan sesuatu dengan sebahagian peserta yang hadir pada Program Sesi Ramah Mesra YB Menteri bersama Rakan Strategik Kepenggunaan KPDNHEP di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 04 FEBRUARI 2020.

Artikel oleh: Malaysia Gazette
PROGRAM SESI RAMAH MESRA YB MENTERI BERSAMA RAKAN STRATEGIK KEPENGGUNAAN KPDNHEP 
https://malaysiagazette.com/2020/02/04/program-sesi-ramah-mesra-yb-menteri-bersama-rakan-strategik-kepenggunaan-kpdnhep/

Tuesday, December 3, 2019

5558) KPDNHEP LANCAR FORUM KUATKUASA HAK PENGGUNA - PPIM - 03/12/2019

PUTRAJAYA- Forum Penguatkuasaan Bersama Persatuan Industri dan Persatuan Pengguna Tahun 2019 anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membincangkan mengenai masalah-masalah pengguna yang perlu diambil perhatian oleh kerajaan bertempat di Dewan Armada Arena pagi tadi.

Antara isu yang dibahaskan adalah isu bank tarik kereta, isu keldai akaun, isu sewa beli serta isu kemanusiaan yang rata-ratanya para pengguna telah diambil kesempatan dan dianiaya oleh pihak-pihak tertentu.

“PPIM membawa isu-isu ini bagi membahaskan bersama KPDNHEP supaya kerajaan dapat mengkaji dan mengambil tindakan yang perlu,” kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Nadzim Johan @ Toqqi.

Selain itu, PPIM turut mengutarakan isu kemanusiaan yang berkaitan dengan undang-undang. “Sebagai contoh isu keldai akaun. Dari segi undang-undang adalah salah, namun hakikatnya tidak seperti yang dilihat. Jadinya pengguna teraniaya,” tambahnya lagi.

Ketua Aktivis PPIM itu turut berkata, “PPIM berharap dalam masa terdekat ini, setelah mereka mengkaji cadangan-cadangan ini, kita akan memperoleh sesuatu hasil yang baik.”

Antara cadangan yang diberi adalah undang-undang perlu dilihat secara kemanusiaan. Hal ini supaya rakyat tidak akan lagi ditindas dan teraniaya. Permasalahan ini telah melibatkan puluhan ribu orang dan sehingga kini masih tiada lagi tindakan yang diambil.

#toqqiprihatin #aktivitiPPIM #PPIM #Sukarelawan #KPDNHEP #hijarah #BMF #HakPengguna #viral


Artikel oleh: Atiqah Kamaruddin

KPDNHEP LANCAR FORUM KUATKUASA HAK PENGGUNA

5556) AKTIVITI | JEMPUTAN SEBAGAI PANEL BAGI FORUM PENGUATKUASAAN BERSAMA PERSATUAN INDUSTRI DAN PERSATUAN PENGGUNA TAHUN 2019 - PPIM - 03/12/2019

Telah berlangsung, Forum Penguatkuasaan Bersama Persatuan Industri dan Persatuan Pengguna Tahun 2019 anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di Dewan Armada Marina Putrajaya.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@Toqqi telah dijemput sebagai ahli panel forum yang bertajuk "Sejauh Mana Keberkesanan Penguatkuasaan Dalam Melindungi Hak Pengguna"



Tuesday, November 19, 2019

5507) AKTIVITI | MESYUARAT JAWATANKUASA PENGIKLANAN BIL.4/2019 - PPIM - 19/11/2019

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@Toqqi menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pengiklanan yang diketuai oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Kepenggunaan & Pengurusan) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), YBhg Datuk Rostam Affendi Dato' Salleh di KPDNHEP, Putrajaya. 

Penyampaian sijil disampaikan oleh Ketua Setiausaha KPDNHEP, YBhg Datuk Muez Abd Aziz. 




Thursday, August 8, 2019

5152) MAJLIS PERPISAHAN PENGARAH BAHAGIAN STANDARD KEPENGGUNAAN KPDNHEP - PPIM - 08/08/2019

Toqqi telah menghadiri bagi memeriahkan majlis perpisahan Dato' Che Sukri Che Mat, Pengarah Bahagian Standard Kepenggunaan KPDNHEP yang akan berpindah ke Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai Timbalan Setiausaha Bahagian di sana.

Majlis diadakan di pejabat Bahagian Standard Kepenggunaan KPDNHEP di Putrajaya hari ini dihadiri hampir 100 kakitangan dan rakan-rakan kerjasama.

Turut hadir wakil dari Sirim, Mari (Robot), Miros dan agensi-agensi yang berurusan dengan Bahagian Standard Kepenggunaan KPDNHEP.

Toqqi turut merakamkan selamat maju jaya dan semoga hubungan kerjasama yang baik dapat diteruskan walaupun Dato' Che Sukri Che Mat telah berpindah ke Kementerian lain.


Wednesday, June 19, 2019

Tuesday, April 9, 2019

4880) MESYUARAT PPIM BERSAMA KPDNHEP – PPIM – 9/4/19

Mesyuarat Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan bersama Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Muez Abd Aziz hari ini membincangkan bagaimana PPIM dan Kementerian dapat bekerjasama demi kebaikan untuk pengguna.
Turut hadir Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia ( PPIM) Dr Abdul Kadir Warsi Mohamed, Encik Zainal Baharuddin dan Afif Johor sebagai wakil PPIM.





Tuesday, January 22, 2019

4786) SELAGI TIADA PENGUATKUASAAN, KPDNHEP AKAN TERUS DIHUJANI ADUAN – SINAR HARIAN – 22/1/19


KUALA LUMPUR – Selagi tiada penguatkuasaan yang serius ke atas pihak-pihak terbabit, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan berterusan menerima banyak aduan pelbagai kenaikan harga barangan termasuklah makanan dan minuman.
Keadaan itu sekali gus menyebabkan hasrat kerajaan untuk mengekang peniaga yang mengaut keuntungan besar, tidak kesampaian.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, peniaga seolah-olah tidak takut kerana penguatkuasaan yang tidak serius.
“Mereka (peniaga) beri pelbagai alasan termasuk faktor luar negara. Mereka sebenarnya tidak takut kepada penguatkuasaan,” katanya.
Menurutnya, pihak kehakiman juga perlu menjatuhkan hukuman denda yang setimpal kepada peniaga yang disabitkan dengan kesalahan mengaut keuntungan berlebihan.
“Sekiranya denda rendah dikenakan, ia tidak akan membuka mata masyarakat terutamanya peniaga mengenai kesalahan yang dilakukan,” katanya kepada Sinar Harian. Semalam, Menteri KPDNHEP Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan, kenaikan harga makanan dan minuman mendominasi purata 4,000 aduan yang diterima pihaknya, secara puratanya setiap bulan. Lebih 50 peratus aduan yang diterima ialah mengenai kenaikan harga makanan dan minuman di premis makanan, ‘food court’ dan restoran.

Artikel oleh : Sinar Harian
SELAGI TIADA PENGUATKUASAAN, KPDNHEP AKAN TERUS DIHUJANI ADUAN

Monday, October 8, 2018

4658) KPDNHEP GESA PENGGUNA BUAT ADUAN - UTUSAN MALAYSIA - 7/10/18



KUALA LUMPUR 7 Okt. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menggesa orang ramai membuat laporan bagi membolehkan tindakan penguatkuasaan dikenakan ke atas peniaga dan premis yang menjual barangan tiruan khususnya telefon pintar dan komputer riba.

Saranan itu dibuat Timbalan Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP, Datuk Iskandar Halim Sulaiman selepas pihaknya hanya menerima laporan dan aduan daripada syarikat cap dagangan walhal barangan elektronik tiruan itu dijual secara berleluasa kepada pengguna.

“Selepas menerima aduan, siasatan lanjut akan dilakukan sebelum tindakan tegas termasuk kompaun dan pendakwaan dikenakan ke atas peniaga yang didapati melakukan kesalahan, manakala barangan tiruan akan dirampas,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian susulan pendedahan Mingguan Malaysia berhubung penjualan gajet tiruan secara berleluasa di sekitar ibu negara selepas peranti itu diseludup masuk melalui beberapa pintu sempadan negara me­libatkan transaksi lebih RM200,000.

Mengulas lanjut, Iskandar Halim turut menasihatkan pengguna supaya berhati-hati dan membeli barang elektronik di premis yang sah bagi mengelak ditipu serta mengalami kerugian.

Dalam pada itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan menyarankan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) melakukan pemantauan dan pemeriksaan secara berkala di premis-premis penjualan elektronik dan meminta justifikasi belian barangan yang diimport.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd. Yusof Abdul Rahman menggesa kerajaan mengkaji semula Akta Perihal Dagangan 2011 supaya hukuman lebih berat dapat dikenakan kepada pesalah.

‘‘Hukuman ringan berbanding keuntungan tinggi adalah antara punca peniaga berani menjual gajet tiruan secara terbuka,’’ katanya.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) Datuk Dr. Jacob George pula berpandangan, sindiket penyeludupan gajet membuktikan sempadan utara negara ini begitu terdedah kepada kegiatan kartel dan aktiviti jenayah antarabangsa.

Artikel Oleh : Utusan Malaysia
KPDNHEP GESA PENGGUNA BUAT ADUAN

Wednesday, August 8, 2018

4583) PPIM DESAK KPDNHEP PANTAU EJEN TARIK KERETA – SINAR HARIAN – 8/8/18


KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memantau isu salah laku individu penarik kereta atau Ejen Pemilikan Semula (EPS).
Ketua aktivisnya Datuk Nadzim Johan mendakwa ramai individu penarik kenderaan gagal mengemukakan permit EPS dan surat rasmi daripada pihak bank ketika bertugas menarik kereta.
“Ini adalah penindasan kepada pengguna…individu yang diberi kuasa dan mempunyai permit itu, wajib mengikut kod etika dan tatacara yang ditetapkan.
“Kita tidak mengetahui berapa ramai pemegang permit yang sah di seluruh Malaysia, malah kita khuatir jika ada individu menyalahgunakan permit itu,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata setiap pemegang permit EPS harus mematuhi kod etika ketika bertugas seperti mempamerkan premit, dilarang menggunakan segala bentuk kekerasan dan berpakaian kemas.
PPIM antara lain turut mendesak agar KPDNHEP mengeluarkan statistik jumlah pemegang permit sah dan permit yang ditarik balik sebagai panduan kepada pengguna.
Mengikut Akta Sewa Beli 1967(Pindaan 2010), mana-mana individu yang ingin menjalankan aktiviti pemilikan semula barangan yang terkandung dalam Perjanjian Sewa Beli, perlu mempunyai kebenaran yang dikeluarkan KPDNHEP.
Sebelum ini, tular video membabitkan ketua aktivis pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu yang mematahkan cubaan dua penarik kereta tidak bertauliah ‘merampas’ sebuah kereta.
Nadzim berkata susulan kejadian itu ramai pengguna tampil mengadu berhubung salah laku EPS. –Bernama

Artikel Oleh : Sinar Harian
PPIM DESAK KPDNHEP PANTAU EJEN TARIK KERETA

Saturday, July 21, 2018

4565) KPDNHEP TIADA KUASA KE ATAS PENJUALAN UBAT – BERITA HARIAN – 21/7/18


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), tidak memiliki sebarang kuasa ke atas barang terlarang seperti ubat terkawal yang kini dijual secara berleluasa.
Ini berikutan KPDNHEP tidak diperuntukkan kuasa di bawah undang-undang, sebaliknya tindakan bagi jualan barang terlarang boleh diambil oleh Kementerian Kesihatan.
Hanya boleh ambil tindakan atas kenyataan palsu Pengarah Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP, Datuk Roslan Mahyudin, berkata namun KPDNHEP boleh mengambil tindakan ke atas kenyataan palsu pada barang.
“Tetapi, untuk menentukan sama ada kenyataan pada sesuatu barang berkenaan palsu atau sebaliknya, ia bergantung kepada aduan pengguna.
“Pengguna yang sudah menggunakan produk berkenaan jika mendapati sesuatu kenyataan itu palsu, perlu mengadu kepada KPDNHEP supaya tindakan boleh diambil,” katanya kepada BH.
Beliau berkata demikian mengulas laporan BH mengenai penjualan ubat terkawal Isotrenoin secara berleluasa di media sosial mencetus kebimbangan, berikutan penggunaannya untuk rawatan jerawat serius tanpa kawalan, mampu mengundang pelbagai risiko.
Selain kesan sampingan termasuk komplikasi kesihatan terhadap pengguna, penggunaan Isotretinoin oleh wanita mengandung berisiko mengundang kecacatan janin yang boleh mengakibatkan keguguran atau malformasi kepada bayi yang dilahirkan.
Sehingga semalam, belum ada kenyataan rasmi Kementerian Kesihatan mengenai isu ini.
Sementara itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bimbang kerana pihak berkuasa seolah-olah tidak menjaga hak pengguna.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata kemudahan jualan secara dalam talian dan media sosial sangat bebas, seolah-olah tidak ada kawalan dari agensi penguatkuasaan.
“Walaupun hak mengisytiharkan sesuatu ubat itu sebagai ubat kawalan atau tidak di bawah Kementerian Kesihatan, tetapi penjualannya kepada orang awam tertakluk di bawah bidang kuasa KPDNHEP” katanya.
Nadzim berkata, kementerian itu bertanggungjawab secara langsung terhadap hak pengguna dan jualan barang.
Katanya, pengguna tidak boleh dipersalah jika mereka membeli ubat kawalan yang tidak disekat oleh KPDNHEP, kerana mustahil untuk memaksa pengguna mengetahui mana satu barang yang dijual itu boleh dibeli atau sebaliknya.
“Pengguna beranggapan jika sesuatu barang dijual di pasaran terbuka, bermakna ia boleh dibeli.
“Jika tidak boleh dibeli, janganlah dibenarkan dijual,” katanya.
Beliau berkata, keadaan itu sama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Malaysia (JAKIM) yang mengeluarkan sijil halal, tetapi JAKIM tiada kuasa untuk melarang jualan barang tiada sijil halal kerana itu di bawah kuasa KPDNHEP. 

Artikel Oleh : Berita Harian
KPDNHEP TIADA KUASA KE ATAS PENJUALAN UBAT

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL