Friday, January 4, 2019

4759) HARAP KERAJAAN TAK SOROK ISU HARGA MINYAK – SINAR HARIAN – 4/1/19

SHAH ALAM –  Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendesak kerajaan segera mengumumkan harga minyak baharu bagi meredakan tanda tanya orang ramai.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, isu minyak ini adalah perkara sensitif dan ramai yang menantikan apa sahaja keputusan kerajaan.
“Jadi kita perlu tahulah, jangan pula kerajaan menyorok maklumat. Saya fikir perkara ini eloklah beritahu rakyat bagi menjawab persoalan masyarakat,” katanya kepada Sinar Harian.
Nadzim berkata, sekiranya masih tidak diumumkan, pelbagai isu lain akan timbul.
“Mungkin kerajaan sedang membuat semakan, lebih-lebih lagi apabila harga minyak di pasaran menurun dan saya sudah lama mengharapkan kerajaan memberi minyak subsidi,” katanya.

Artikel Oleh : Sinar Harian
HARAP KERAJAAN TAK SOROK ISU HARGA MINYAK

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...