Tuesday, August 19, 2014

2101) ABN NEWS 18/8/2014 - Pengetahuan GST di kalangan pengguna masih rendah - PPIM



Pengetahuan GST di kalangan pengguna masih rendah

KUALA LUMPUR- Kesedaran pengguna di negara ini berhubung perlaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (GST) yang bakala dilaksanakan tahun hadapan masih di peringkat rendah.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata kerajaan perlu melabur lebih banyak kos bagi memperkembangkan pengetahuan pengguna berhubung GST ini memandangkan ia masih di tahap 5% sahaja.
“Kalau nak diikutkan GST ini kita bercerita mengenai cukai sebanyak 6%, sekarang ini kita pula membayar 10%, jadi kesedaran dan kefahanam pengguna masih tiada. PPIM tidak membantah, malah ia perlu bagi membiayai pembangunan negara kita,” kata Nadzim.
Tambahnya kebanyakkan pengguna juga masih tidak mengetahui produk apakah yang akan dikenakan GST dan sebaliknya.
Malah pengguna sering dimomokkan oleh sesetengah pihak bahawa 6% itu adalah membebankan rakyat, walhal ia tidak malah terdapat banyak negara lain yang mengamalkan GST sehingga 20%.
“Ini adalah GST Malaysia jadi saya rasa kalau tidak ada momokan daripada pihak luar yang tidak munasabah, ini tidak akan menjadi masalah kerana pengguna di Malaysia ini selalu kena tipu, kerjanya asyik ditipu, di musim perayaan barang bukan naik 6% tetapi naik berpuluh-puluh peratus kadang-kadang berates peratus,” katanya.
Justeru yang diharapkan kepada kerajaan adalah hasil kutipan GST digunakan sebaiknya oleh kerajaan tanpa sebarang ketirisan.
Menurut Nadzim dengan kutipan GST juga diharapkan dapat membantu kerajaan menaikkan gaji orang awam di sesetengah sektor negara ini yang dirasakan mampu menyelesaikan pelbagai masalah rakyat.
Kerajan juga disarankan mengadakan beberapa roadshow serta kumpulan tertentu seperti dilakukan badan bukan kerajaan (NGO) lain yang sama-sama berusaha menjelaskan sebaiknya kebaikan GST.
“Setakat ini mungkin tidak mencukupi kerana jumlah GST yang perlu dikutip adalah RM30 bilion ringgit, kos memberi penjelasan baru cecah berbelas juta, mungkin agak sukar kerana rakyat Malaysia berpuluh juta.
“Kos untuk penyampaian ini perlu diperuntukkan agar matlamat menghebahkan perkara ini sampai dan tidak punah dipertengahan jalan kerana banyak ‘gudang’ fitnah,” katanya.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...