Monday, August 11, 2014

2086) SINAR 10/8/2014 - PPIM bakal wujud direktori - PPIM



PPIM bakal wujud direktori

SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama kerajaan kini dalam usaha untuk mewujudkan satu direktori produk sebagai alternatif kepada tindakan boikot terhadap Israel.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya sedang menyusun atur direktori itu bersama-sama ahli dan kementerian berkaitan.

"Sebagai contoh, jika mahu boikot susu, masih ada produk keluaran tempatan yang mengeluarkan produk yang sama cuma tidak mendapat tempat (dalam pasaran).

"(Direktori itu) juga diwujudkan untuk mengisi kekosongan yang ada hari ini susulan daripada tindakan boikot, sekali gus mewujudkan sistem yang memudahkan orang ramai," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Menurutnya, setakat ini, direktori itu sudah siap 60 peratus dan dijangka akan dilancarkan dalam tempoh terdekat.

Katanya, ini merupakan usaha PPIM bagi membantu menyekat ekonomi Israel dan membantu produk-produk tempatan.

Nadzim berkata, kesemua produk yang terdapat di dalam direktori itu kelak akan disalurkan kepada 800 kedai di bawah Persatuan Pemborong Dan Peruncit Muslim Malaysia di seluruh negara.

"Daripada jumlah itu, 100 kedai berada di Lembah Klang.

"Ia akan memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna untuk memilih pelbagai produk alternatif lain selain yang sudah diketahui umum," katanya.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...