Saturday, August 9, 2014

2082) UTUSAN 8/8/2014 - Jangan timbul kekacauan ketika boikot produk berkaitan Israel - PPIM



Jangan timbul kekacauan ketika boikot produk berkaitan Israel

KUALA LUMPUR 8 Ogos - Orang ramai tidak perlu menimbulkan sebarang kekacauan sehingga menimbulkan keresahan kepada masyarakat dalam tindakan memboikot produk atau jenama yang dikaitkan dengan Israel, kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.

Beliau berkata, pihaknya menyokong kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek yang menasihati orang ramai supaya jangan terlalu emosional memboikot sehingga terdapat individu yang bertindak seperti membaling batu kepada kenderaan yang menampal pelekat jenama yang dikaitkan dengan Israel.

Menurut beliau, orang ramai tidak boleh bertindak secara berlebihan dan sentiasa beringat bahawa tindakan yang diambil perlulah secara berhemah dan bertamadun kerana mereka bukannya berperang. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140808/dn_31/Jangan-timbul-kekacauan-ketika-boikot-produk-berkaitan-Israel#ixzz39rIoixBt
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...