Showing posts with label TASK FORCE RAKYAT. Show all posts
Showing posts with label TASK FORCE RAKYAT. Show all posts

Thursday, October 24, 2024

PPIM GERAK SUKARELAWAN YANG BERKHIDMAT DI SEMUA DUN - SINAR HARIAN - 24/10/2024

 

Artikel oleh: Sinar Harian

PPIM GERAK SUKARELAWAN YANG BERKHIDMAT DI SEMUA DUN

PPIM PERKENAL INISIATIF TASK FORCE RAKYAT UNTUK BELA NASIB RAKYAT - AATV RAKYAT NEWS - 23/10/2024

 

Kuala Lumpur, 23 Oktober – Satu inisiatif baharu dikenali sebagai Task Force Rakyat telah diperkenalkan sebagai platform bagi rakyat untuk memperjuangkan hak dan maruah mereka secara harmoni. Inisiatif ini bertujuan memperkasakan rakyat untuk terlibat secara langsung dalam menangani isu-isu yang dihadapi mereka.

Menurut wakil Task Force, Datuk Nadzim Johan berkata, inisiatif ini diwujudkan kerana kebanyakan rakyat tidak terbela akibat kelemahan dalam sistem atau kurangnya perhatian daripada pihak yang berkenaan.

“Rakyat perlu satu platform untuk mengemukakan masalah mereka dengan mudah. Kadang-kadang, perkara kecil pun tidak mendapat perhatian. Mereka tidak tahu ke mana hendak pergi atau siapa yang harus ditemui,” katanya dalam satu sidang media disini hari ini.

Platform ini juga akan bertindak sebagai penghubung antara rakyat dan kerajaan dengan tujuan menyampaikan cadangan serta aduan secara langsung. “Kita tidak menyalahkan mana-mana pihak. Kita hanya mahu masalah rakyat diselesaikan dengan cepat dan efisien,” tambahnya.

Task Force ini turut meminta kerajaan menyediakan platform rasmi di mana rakyat dapat berkongsi maklumat, memberi cadangan, dan bertindak balas terhadap pelbagai isu yang dihadapi. Mereka juga menekankan kepentingan sokongan daripada media dalam membantu menyebarkan maklumat kepada masyarakat.

Selain itu, Task Force Rakyat akan bekerjasama dengan pelbagai sukarelawan di peringkat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk memperluaskan perkhidmatan mereka. Setiap DUN akan mempunyai wakil yang dilantik untuk membantu menguruskan masalah yang dihadapi rakyat di kawasan tersebut.

“Kerjasama rakyat amat penting kerana apabila suara rakyat disatukan, lebih mudah untuk kita menyelesaikan isu-isu besar. Kita berharap rakyat akan turut serta dan memberikan sokongan kepada inisiatif ini,” ujar wakil Task Force tersebut.

Mereka turut menegaskan bahawa isu-isu kesihatan seperti monkeypox dan pengalaman buruk dengan vaksin COVID-19 adalah antara perkara yang akan diberi perhatian serius oleh Task Force ini. Mereka juga menolak sebarang usaha yang melanggar hak individu dan perlembagaan negara, dengan menyatakan bahawa rakyat berhak bersuara dalam hal-hal yang melibatkan kesejahteraan mereka.

Justeru, diharap Task Force ini akan menjadi platform yang dapat mengubah sistem sedia ada dan memastikan bahawa setiap wakil rakyat melaksanakan tugas mereka dengan bertanggungjawab. Ini adalah satu usaha untuk memastikan nasib rakyat terbela, dan tidak lagi diabaikan oleh pihak-pihak yang berkuasa.

#PPIM #nadzimjohan #toqqi #toqqi_ppim #TaskForce #rakyat #inisiatif #sembangkopiaa #sembangpolitik #DemiRakyat #SembangKopiAA #viral #trendingnewsmalaysia #beritaviral #viral #trendingnewsmalaysia #beritaviral #barisannasional #umnosebuahperjuangan #umnomalaysia #umno #ZahidHamidi #azamrauzan #isusemasa #beritasemasa #aatvnews #aatvmedia #informasiurban

Sumber: AATV Rakyat News

PPIM PERKENAL INISIATIF TASK FORCE RAKYAT UNTUK BELA NASIB RAKYAT

https://www.youtube.com/watch?v=FbObZlDlSzg

PPIM GERAKKAN 'SUKARELAWAN YANG BERKHIDMAT' DI SEMUA DUN - SINAR HARIAN - 23/10/2024

 

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memperkenalkan Sukarelawan Yang Berkhidmat (SYB) di semua Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai perantara antara rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Ketua aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, gerakan itu sebahagian daripada usaha bagi menjayakan Task Force Rakyat.

Menurutnya, individu yang dilantik itu akan turun padang untuk mendengar keluhan rakyat yang ingin disampaikan kepada ADUN.

“Alhamdulillah, sekarang kita telah melantik sekurang-kurangnya 100 SYB dan insya-ALLAH, kita akan tambah dari semasa ke semasa.

“Saya jangkakan PPIM akan melantik sekurang-kurangnya 600 SYB untuk menjalankan kerja-kerja berkhidmat untuk rakyat,” katanya ketika ditemui selepas sidang media Resolusi Task Force Rakyat Fasa 1 pada Rabu.

Nadzim

Sidang media tersebut turut dihadiri beberapa wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ahli akademik dan golongan profesional.

Pada September lalu, PPIM mengadakan satu Persidangan Meja Bulat Task Force Rakyat melibatkan lebih 200 NGO bagi membincangkan isu-isu rakyat yang kian meruncing.

Menerusi persidangan itu, sebanyak lima kluster diwujudkan antaranya ekonomi, keselamatan, agama, kesihatan dan perlembagaan.

Mengulas mengenai task force, Nadzim berkata, ia merupakan satu inisiatif penglibatan rakyat dalam membela nasib mereka sendiri.

Jelasnya, menerusi perbincangan itu pihak pertubuhan berjaya mengumpulkan isu-isu berkait kesejahteraan rakyat dan negara serta cadangan untuk menangani hal berkenaan.

“Pada ketika ini, nasib rakyat tidak terbela. Ia mungkin berlaku disebabkan oleh masalah sistem atau kelemahan mana-mana pihak.

“Kita wujudkan task force ini bagi tujuan memperkasakan rakyat untuk mereka membela nasib dan maruah diri sendiri,” ujarnya.

Pada masa sama, Nadzim memberitahu bahawa resolusi itu akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan Majlis Raja-Raja Melayu dalam tempoh masa terdekat untuk pertimbangan.

“Kami percaya tindakan segera dan tegas amat diperlukan untuk memastikan kesejahteraan rakyat serta kedaulatan negara terus terpelihara. Dengan kerjasama semua pihak, Malaysia akan terus maju sebagai sebuah negara berdaulat, adil dan makmur.

“Penuh harapan, kami memohon agar resolusi yang dirumuskan dalam persidangan ini dipertimbangkan dengan sebaiknya demi kebaikan rakyat dan negara,” kata Nadzim.

Artikel oleh: Sinar Harian

PPIM GERAKKAN 'SUKARELAWAN YANG BERKHIDMAT' DI SEMUA DUN

Wednesday, October 23, 2024

PEMBENTANGAN RESOLUSI TASK FORCE RAKYAT - SIDANG MEDIA PPIM - 23/10/2024

Sesi pembentangan Resolusi Task Force Rakyat hasil daripada Persidangan Meja Bulat NGO Task Force Rakyat yang berlangsung pada 7 September yang lalu.

Resolusi Task Force Rakyat yang dibentangkan ini adalah satu inisiatif penting untuk menangani isu-isu kritikal yang mengancam kesejahteraan dan kedaulatan negara.

Dengan sokongan dan perhatian yang sewajarnya daripada pihak kerajaan dan semua pihak berkepentingan, usaha ini diharap dapat memulihkan kepercayaan rakyat serta memastikan perpaduan, kemakmuran dan kedaulatan negara terus terpelihara demi masa depan Malaysia yang lebih gemilang.

Antara isu utama:

  1. Perlembagaan: Mendesak kerajaan memperkasa dan memperluaskan peranan Raja-Raja Melayu sebagai semak dan imbang serta memastikan pematuhan Perlembagaan oleh semua institusi. Polisi 3R (Race, Religion, Royal) harus berpandukan Perlembagaan, bukan kepentingan politik.
  2. Campurtangan Kuasa Asing dalam Negara: Ancaman nyata terhadap agama, bangsa, dan kedaulatan negara. Kerajaan dan Majlis Raja-Raja perlu menolak perancangan ini, dan rakyat harus sedar tentang bahaya tersebut.
  3. Keselamatan: Utamakan keselamatan dalam projek kerajaan melibatkan syarikat asing. Isu Pendatang Tanpa Izin (PTI) seramai 6 juta orang, termasuk 2 juta dari China, adalah ancaman serius terhadap keselamatan negara.
  4. Ekonomi: Sokong pelaksanaan sistem ekonomi Islam, memperkukuhkan koperasi, wakaf, dan pasar rakyat untuk memacu ekonomi rakyat secara adil.
  5. Kesihatan: Memandang serius bantahan rakyat terhadap kelulusan pindaan Akta Penyakit Berjangkit 2024 yang memberi kuasa mutlak kepada Ketua Pengarah KKM, dianggap melanggar hak rakyat serta berisiko menyebabkan salah guna kuasa dan rasuah, menentang apa-apa akta yang zalim seperti Akta 342.
  6. Resolusi Agama: Perlu memperkasakan akidah berdasarkan Manhaj Ahlus Sunnah Wal Jamaah, menguatkuasakan undang-undang syariah, dan mempertahankan Perubatan Sunnah. Hukum terhadap pertubuhan agama perlu adil agar tidak berlaku kezaliman.

Wednesday, October 2, 2024

AKTIVITI | SERAHAN DRAF RESOLUSI TASK FORCE RAKYAT - PPIM - 01/10/2024

1 Oktober 2024 - Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi bersama Jawatankuasa Panel Task Force Rakyat telah mengadakan pertemuan dengan YM Tunku Razaleigh Hamzah bagi menyerahkan Draf Resolusi Task Force Rakyat.

Draf tersebut merupakan hasil daripada Persidangan Meja Bulat NGO Task Force Rakyat yang berlangsung pada 7 September yang lalu, di mana isu-isu kritikal yang melibatkan kepentingan rakyat dibincangkan dan dirumuskan untuk tindakan selanjutnya.

Monday, September 9, 2024

TASK FORCE RAKYAT, REBAH MENANTI HANCUR - PPIM - 07/09/2024

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi, selesai sudah persidangan Task Force Rakyat bertarikh 7 september 2024. Sebuah jawatan kuasa telah ditubuhkan yang terdiri daripada NGO-NGO yang terpilih bagi meneruskan agenda yang telah dipersetujui.

Persidangan ini dihadiri lebih 650 orang daripada pelbagai NGO yang membantu dengan membentangkan solusi dan cadangan mengikut 5 kluster utama iaitu

1. ISU RAKYAT & ANCAMAN : BLACKROCK - AGEN ISRAEL - PELANCONG CHINA LESAP - EKONOMI

- HUTANG NEGARA – STATUS STATELESS (Sabah) - TANAH RIZAB Melayu - PEMILIKAN

2. POLISI KESIHATAN DI MALAYSIA : KEMATIAN MENGEJUT- KELAHIRAN MENURUN - KESAN AEFI

- DETOX - PROGRAM VAKSINANSI KERAJAAN - KESIHATAN MENTAL - AKTA RACUN & VAKSIN

3. ANCAMAN DAN TEKANAN TERHADAP RAKYAT : AKTA 342 - AKTA 775 – IHR2005

4. KRISIS PERLEMBAGAAN : KRISIS KUASA SURUHANJAYA DIRAJA - HAK KEBEBASAN RAKYAT

5. ISU AGAMA : PERPECAHAN - PERANAN AGENSI AGAMA - FATWA

SEPAKAT BERSAMA DEMI MASA DEPAN, KEHARMONIAN RAKYAT DAN KESTABILAN NEGARA

Dengan resolusi yg berjaya dibincangkan ini, Task Force Rakyat akan mengusulkan tindakan yang perlu diambil kepada Majlis Raja-Raja dan Pihak Kerajaan Sendiri.

TASK FORCE RAKYAT : SEPAKAT BERSAMA DEMI MASA DEPAN, KEHARMONIAN RAKYAT DAN KESTABILAN NEGARA

BERHENTILAH MENIPU DIRI SENDIRI! - KENYATAAN MEDIA PPIM - 07/09/2024

PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyeru umat Islam khususnya supaya berhenti menipu diri sendiri dan sedia menghadapi realiti-realiti ini serta mendepaninya dengan bijaksana dan berkesan.

Kami merujuk dan memandang berat terutamanya terhadap isu perolehan Blackrock dalam pegangan saham MAHB yang dipercayai mempunyai satu perancangan yang halus dan teliti yang mampu mengancam keselamatan negara.

Kami amat bimbang rentetan pengambilalihan ini, walaupun tidak majoriti, akan memberikan pihak-pihak yang cenderung dengan pergerakan Zionis, satu ruang untuk menetapkan beberapa langkah strategik mereka untuk sesuatu yang boleh mengancam keselamatan dan kedaulatan negara.

Di samping itu juga, PPIM telah menerima banyak rungutan dan aduan rakyat mengenai pelbagai perkembangan negara yang menurut kebanyakan mereka bakal mengancam keharmonian, keamanan dan kesejahteraan negara.

Isu Palestin juga akan dibincangkan sebagai salah satu isu utama yang mana ianya juga melibatkan umat Islam seluruh dunia.

Kesemua isu-isu ini telah kami kumpulkan dan menilai setiap satu dan mendapati ianya haruslah diketengahkan untuk perhatian rakyat Malaysia seluruhnya serta masyarakat Islam antarabangsa kerana ia juga bakal mempengaruhi isu-isu global.

AKTIVITI | PERSIDANGAN MEJA BULAT TASK FORCE RAKYAT, REBAH MENANTI HANCUR - PPIM - 07/09/2024

Persidangan ini telah dihadiri lebih 600 orang terdiri daripada lebih 100 NGO bagi membincangkan tindakan segera berkenaan isu-isu yang mendesak demi kepentingan rakyat dan membawa Negara ke arah keharmonian yang berkekalan serta lebih bermakna.

Matlamat utama persidangan juga adalah untuk menyatupadukan kuasa rakyat dan menjadikan NGO sebagai penggerak perubahan.

Antara isu-isu utama yang dibincangkan adalah

1. ISU RAKYAT & ANCAMAN : BLACKROCK - AGEN ISRAEL - PELANCONG CHINA LESAP - EKONOMI

- HUTANG NEGARA – STATUS STATELESS (Sabah) - TANAH RIZAB Melayu - PEMILIKAN

2. POLISI KESIHATAN DI MALAYSIA : KEMATIAN MENGEJUT- KELAHIRAN MENURUN - KESAN AEFI

- DETOX - PROGRAM VAKSINANSI KERAJAAN - KESIHATAN MENTAL - AKTA RACUN & VAKSIN

3. ANCAMAN DAN TEKANAN TERHADAP RAKYAT : AKTA 342 - AKTA 775 – IHR2005

4. KRISIS PERLEMBAGAAN : KRISIS KUASA SURUHANJAYA DIRAJA - HAK KEBEBASAN RAKYAT

5. ISU AGAMA : PERPECAHAN - PERANAN AGENSI AGAMA - FATWA

SEPAKAT BERSAMA DEMI MASA DEPAN, KEHARMONIAN RAKYAT DAN KESTABILAN NEGARA

SEPAKAT BERSAMA DEMI MASA DEPAN, KEHARMONIAN RAKYAT DAN KESTABILAN NEGARA

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL