PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyeru umat Islam khususnya supaya berhenti menipu diri sendiri dan sedia menghadapi realiti-realiti ini serta mendepaninya dengan bijaksana dan berkesan.
Kami merujuk dan memandang berat terutamanya terhadap isu perolehan Blackrock dalam pegangan saham MAHB yang dipercayai mempunyai satu perancangan yang halus dan teliti yang mampu mengancam keselamatan negara.
Kami amat bimbang rentetan pengambilalihan ini, walaupun tidak majoriti, akan memberikan pihak-pihak yang cenderung dengan pergerakan Zionis, satu ruang untuk menetapkan beberapa langkah strategik mereka untuk sesuatu yang boleh mengancam keselamatan dan kedaulatan negara.
Di samping itu juga, PPIM telah menerima banyak rungutan dan aduan rakyat mengenai pelbagai perkembangan negara yang menurut kebanyakan mereka bakal mengancam keharmonian, keamanan dan kesejahteraan negara.
Isu Palestin juga akan dibincangkan sebagai salah satu isu utama yang mana ianya juga melibatkan umat Islam seluruh dunia.
Kesemua isu-isu ini telah kami kumpulkan dan menilai setiap satu dan mendapati ianya haruslah diketengahkan untuk perhatian rakyat Malaysia seluruhnya serta masyarakat Islam antarabangsa kerana ia juga bakal mempengaruhi isu-isu global.
No comments:
Post a Comment