Sesi pembentangan Resolusi Task Force Rakyat hasil daripada Persidangan Meja Bulat NGO Task Force Rakyat yang berlangsung pada 7 September yang lalu.
Resolusi Task Force Rakyat yang dibentangkan ini adalah satu inisiatif penting untuk menangani isu-isu kritikal yang mengancam kesejahteraan dan kedaulatan negara.
Dengan sokongan dan perhatian yang sewajarnya daripada pihak kerajaan dan semua pihak berkepentingan, usaha ini diharap dapat memulihkan kepercayaan rakyat serta memastikan perpaduan, kemakmuran dan kedaulatan negara terus terpelihara demi masa depan Malaysia yang lebih gemilang.
Antara isu utama:
- Perlembagaan: Mendesak kerajaan memperkasa dan memperluaskan peranan Raja-Raja Melayu sebagai semak dan imbang serta memastikan pematuhan Perlembagaan oleh semua institusi. Polisi 3R (Race, Religion, Royal) harus berpandukan Perlembagaan, bukan kepentingan politik.
- Campurtangan Kuasa Asing dalam Negara: Ancaman nyata terhadap agama, bangsa, dan kedaulatan negara. Kerajaan dan Majlis Raja-Raja perlu menolak perancangan ini, dan rakyat harus sedar tentang bahaya tersebut.
- Keselamatan: Utamakan keselamatan dalam projek kerajaan melibatkan syarikat asing. Isu Pendatang Tanpa Izin (PTI) seramai 6 juta orang, termasuk 2 juta dari China, adalah ancaman serius terhadap keselamatan negara.
- Ekonomi: Sokong pelaksanaan sistem ekonomi Islam, memperkukuhkan koperasi, wakaf, dan pasar rakyat untuk memacu ekonomi rakyat secara adil.
- Kesihatan: Memandang serius bantahan rakyat terhadap kelulusan pindaan Akta Penyakit Berjangkit 2024 yang memberi kuasa mutlak kepada Ketua Pengarah KKM, dianggap melanggar hak rakyat serta berisiko menyebabkan salah guna kuasa dan rasuah, menentang apa-apa akta yang zalim seperti Akta 342.
- Resolusi Agama: Perlu memperkasakan akidah berdasarkan Manhaj Ahlus Sunnah Wal Jamaah, menguatkuasakan undang-undang syariah, dan mempertahankan Perubatan Sunnah. Hukum terhadap pertubuhan agama perlu adil agar tidak berlaku kezaliman.
No comments:
Post a Comment