Nadzim (baris hadapan, keempat dari kiri) menegaskan bahawa lawatan PPIM ke Kota Raya bukanlah satu ‘serbuan.
KUALA LUMPUR, 29 Dis — Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini menafikan penglibatannya dalam kes gaduh di Kompleks Kota Raya baru-baru ini yang timbul akibat tuduhan peniaga menipu.
Selepas timbul pergaduhan akibat sentimen perkauman yang mengakibatkan dua orang cedera, Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan menegaskan bahawa lawatan kumpulan tersebut ke Kota Raya sebelumnya bukanlah satu “serbuan.”
“Kami tidak mahu kes ini menjadi hal perkauman. Ia tiada kaitan dengan perkauman kerana kami juga membantu kaum Cina, kaum India, warga Bangladesh; ada ramai yang ditipu di Kota Raya.
“Jadi, kami cuba menanganinya sebaik mungkin dan seikhlas mungkin,” kata Nadzim dalam satu sidang media, juga dihadiri 20 lagi NGO lain yang menyokong PPIM.
Ketua unit tindakan khas PPIM Muhammad Yusuf Azmi, yang diberkas semasa hari insiden tersebut, menjelaskan bahawa beliau cuma berada di Kota Raya kerana membantu seorang pelanggan mendapatkan wang pulangan selepas diarahkan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia.
No comments:
Post a Comment