Monday, December 21, 2015

2454) SINAR - 21/12/15 - PPIM "PAK CIK ITU SUDAH DAPAT DUIT DIA SEMULA"

PPIM: 'Pak cik itu sudah dapat duit dia semula'


SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendedahkan bahawa kes melibatkan seorang pengguna yang ditipu dalam isu pembelian telefon pintar di sebuah pusat membeli belah telah mendapat 'pembelaan'.

Pengarah Unit Tindakan Khasnya, Muhammad Yusuf Azmi‎ ‎berkata, beliau dimaklumkan bahawa wang pengguna itu telah dipulangkan semula oleh peniaga yang berurus niaga dengannya dalam kes tersebut.

"Dia (pengguna) itu sudah dapat duit dia tadi, dia pergi menuntut duitnya bersama keluarganya," kata Muhammad Yusuf menerusi WhatApps kepada Sinar Online semalam.

Terdahulu di media sosial 'kecoh' selepas kisah mengenai seorang lelaki yang berusia dalam lingkungan 55 tahun ditipu ketika membeli sebuah telefon pintar di Plaza Kota Raya pada 16 Disember lalu menjadi viral di media sosial. 

Menurut catatan yang menjadi viral itu, menceritakan bagaimana lelaki itu tertipu dengan harga telefon pintar itu yang pada asalnya 'murah' sebaliknya selepas bersetuju untuk membelinya berubah menjadi mahal.

"Mula-mula, dia melihat harga yang dipamerkan di kedai tersebut, RM800. Dia pun bertanyakan lebih lanjut mengenai telefon berkenaan. Jurujualnya menerangkan dengan lebih lanjut. 

"Berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan, pakcik ini terus menyatakan bahawa dia berminat dan mahu membeli telefon itu. Lalu jurujual terbabit meminta wang RM1,000 terlebih dahulu sebagai bukti (deposit) yang pakcik ini benar-benar berminat," petik kenyataan itu. 

Petik kenyataan itu lagi menceritakan ‎tanpa berfikir panjang, lelaki  itu  terus menghulurkan wang yang dipinta. Jurujual tadi meminta pakcik itu menunggu seketika sementara dia pergi mengambil stok telefon di stor. 

"Selang beberapa minit kemudian, jurujual tadi datang membawa telefon yang diminta  oleh pakcik ini.

"Serta merta dia menjadi keliru, tadi jurujual tunjuk model yang lain tetapi yang dibawa pula model yang lain. Sekali lagi pakcik itu menjelaskan bahawa dia berminta pada model Oppo R7plus, bukannya pada model yang baru dibawa oleh jurujual itu. 

Tanpa mempedulikan pakcik itu, jurujual itu terus mengambil model R7plus itu dan menyiapkan bil.

“Semua sekali RM3,100,” kata jurujual itu.

Alangkah terkejutnya pakcik ini apabila telefon yang disangkakan berharga RM800 pada mulanya, tiba-tiba menjadi RM3,100.

Disebabkan rasa bersalah, bil sudah dikeluarkan, takut dimarahi oleh jurujual berkenaan dan bimbang RM1,000 tadi hangus, pakcik itu terpaksa akur saja dengan jumlah yang dikenakan. Habis kesemua duitnya diserahkan kepada jurujual Oppo itu.


No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL