Aktivis PPIM ni bernama Yusuf. Seorang yang sangat baik dan telah membantu ramai umat Islam di Malaysia yang kebanyakkannya ditindas oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab. NGO PPIM sendiri sudah membantu ramai rakyat Malaysia yang terlibat dalam masalah Along dan pelanggan ditipu oleh peniaga.
Tetapi aku cukup sedih melihat salah seorang aktitvis yang pergi untuk mendapatkan keadilan untuk pelanggan yang dikurung selama 4 jam oleh peniaga tidak bertanggungjawab di Kota Raya tempohari kini ditahan. Macamana dengan peniaga penipu tu? Apakah tindakan sudah diambil? Kalau audah diambil apakah peniaga jahat dna oenipu itu sudah ditangkap?
Kita tak tahu apa yang berlaku pada peniaga tersebut tetapi yang pasti aktivis pembela rakyat tertindas oleh peniaga tersebut sudah ditahan pihak polis semalam. Diaman keadilan untuk aktivis ini?
Kalau semua aktivis dilayan sebegini takut nanti tiada siapa mahu menbela rakyat tertindas nanti. Yalah asal pergi bertanya atau dapatkan keadilan untuk yang tertindas, yang membela pulak kena masuk jail. Ada ke patut macam ni?
Kadang-kadang aku tertanya-tanya kenapa peniaga di Low Yat dan Kota Raya ni begitu kebal? Kenapa pihak KPDNKK tidak ambil tindakan? Apakah terlah berlaku perjanjian sefahaman antar pegawai dan peniaga jahat ini? SPRM kena siasat akan perkara ini.
Zaman dah maju, negara dah nak menuju 2020 tapi penguatkuasaan macam hampeh. Kadang-kadang dah buat aduan tapi tak jalan hingga membuatkan rakyat terpaksa mengambil tindakan sendiri. Bila dah kecoh kerana nak menuntut hak, yang menuntut dan teraniaya pulak dimasukkan ke dalam jail.
Dalam keadaan sekarang ni. Dikala kenaiakan harga barangan, bila kena tipu dengan peniaga tidak bertanggungjawab ni, memang sakit dan terbakar wei. Jangan bawak main. Kalaulah KPDNKK masih wujud dan berkerja dengan penuh amanah, tidak akan berlaku perkara sebegini.
Kepada Ketua Polis Negara. Bagilah muka sikit dengan aktivis ini. Mereka bukn penjenayah mereka adalah pejuang untuk rakyat. Mereka membuat kerja bagi pihak penguatkuasa yang dah lama mati akibat rasuah. Kasihanilah mereka.
SELAMATKAN NEGARA DARI PENIAGA BANGKAI! Yang membela masuk jail dan yang menipu terus menipu dan menindas rakyat akibat kerana beberapa pegawai penguatkuasa yang menjual maruah diri demi kesenangan hidup.
Semoga Allah selamatkan negara kita ini
No comments:
Post a Comment