Saturday, December 5, 2015

2406) MALAYSIAN REVIEW BLOGEZINE - 4/12/15 - PPIM HARAP SULTAN JOHOR TUTUP JUGA PUSAT HIBURAN




Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mencadangkan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengkaji semula pengharaman vape di negeri itu.

Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan  berkata, sultan sepatutnya mengharamkan pusat hiburan dan judi di negeri itu terlebih dahulu kerana ia jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

“Itu hak baginda (haramkan vape), tetapi ia perlu dilihat kembali.

“Apa yang dinyatakan oleh Sultan Johor itu ada baiknya (haramkan vape) tetapi ada yang juga tidak sesuai pada pandangan kita kerana (terdapat) orang gunakan vape untuk berhenti merokok.

“Saya minta Tuanku tambah (arahan) untuk tutup judi haram, pusat hiburan di Johor.

“Ia perkara depan mata (yang jelas),” katanya dalam sidang media di pejabat PPIM di Kuala Lumpur.

Minggu lalu, sultan Johor bertitah supaya larangan penjualan vape di negeri itu dikuat kuasa awal Januari depan

Sumber ; http://malaysianreview.com/150637/ppim-harap-sultan-johor-tutup-juga-pusat-hiburan/

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL