Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mencadangkan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengkaji semula pengharaman vape di negeri itu.
Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan (gambar) berkata, sultan sepatutnya menutup pusat hiburan dan judi di negeri itu terlebih dahulu kerana ia jelas bertentangan dengan ajaran Islam.
“Apa yang dinyatakan oleh Sultan Johor itu ada baiknya (haramkan vape) tetapi ada yang juga tidak sesuai pada pandangan kita kerana (terdapat) orang gunakan vape untuk berhenti merokok.
"Saya minta Tuanku tambah (arahan) untuk tutup judi haram, pusat hiburan di Johor.
"Ia perkara depan mata (yang jelas)," katanya dalam sidang media di pejabat PPIM di Kuala Lumpur.
Minggu lalu, sultan Johor bertitah supaya larangan penjualan vape di negeri itu dikuat kuasa awal Januari depan.
Nadzim berkata, vape dilihat cara yang berkesan bagi perokok untuk berhenti.
"Ramai kawan-kawan saya ini mula berhenti merokok disebabkan ada alternatif (vape),” katanya
Sumber : https://m.malaysiakini.com/news/322177
No comments:
Post a Comment