Monday, June 2, 2014

1983) BERNAMA 30/5/2014 - JAKIM Tidak Pernah Sembunyi Atau Manipulasi Fakta



JAKIM Tidak Pernah Sembunyi Atau Manipulasi Fakta - KP

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak pernah menyembunyi atau memanipulasi sesuatu fakta atau kebenaran bersangkutan dengan amanah yang dijalankannya.

Ketua Pengarahnya Datuk Othman Mustapha berkata perkara itu ditegaskan dalam satu pertemuan khas dengan lapan wakil badan bukan kerajaan (NGO) Islam di Kuala Lumpur, Jumaat.

"JAKIM mengambil keputusan untuk mengatur pertemuan ini kerana beranggapan pihak NGO yang memberi pandangan dan kritikan melalui media massa perlu mendapat penjelasan dan maklumat terperinci daripada kami," katanya dalam satu kenyataan.

NGO terbabit ialah Persatuan Ulama' Malaysia (PUM), Jawatankuasa Penyelaras Bersekutu NGO Islam (ACCIN), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (GEPIMA), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM), Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM).

Othman berkata tujuan pertemuan itu diadakan adalah bagi mendengar pandangan pihak NGO berhubung isu halal.

Pada pertemuan itu, JAKIM memaklumkan kedudukan isu penemuan DNA khinzir (Porsin) dalam coklat Cadbury dan memberi penjelasan berhubung isu halal.

--BERNAMA

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL