Headline: Tawar khidmat along, pikat kaki judi
Publication: BH
Date of publication: Jun 14, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 008
Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendedahkan ada beberapa kafe siber di Lembah Klang yang menawarkan khidmat along untuk memikat pelanggan terus berjudi di premis mereka walaupun wang dibawa habis.
Khidmat along itu dikatakan ditawarkan khusus kepada golongan profesional dan penjawat awam yang dilihat lebih berpotensi untuk bayaran balik berbanding remaja dan pelajar.
Taktik kafe siber itu menyebabkan peminjam terikat dengan beban hutang dan terpaksa terus berjudi dengan harapan dia akan meraih kemenangan.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan (gambar), berkata ketagihan perjudian internet menyebabkan seorang pengadu kerugian lebih RM200,000 akibat meminjam dengan along yang disediakan kafe siber berkenaan.
Dibebani hutang
"Pengadu yang memiliki pendapatan lebih RM15,000 sebulan itu kini dibebani hutang yang banyak akibat terjebak dengan kegiatan haram berkenaan.
"Bergaji tinggi tetapi pengadu tetap gagal membayar balik pinjaman along yang dibuat sejak mula dengan perjudian internet dua tahun lalu," katanya.
Nadzim berkata, PPIM sehingga sekarang menerima 60 aduan individu yang mengalami kerugian besar akibat ketagihan judi di kafe siber.
"Kita juga ada kes di mana pengadu diceraikan isteri kerana tidak tahan sikapnya yang ketagih judi sehingga mengabaikan isteri dan anak-anak.
"Sewajarnya pihak berkuasa tempatan mendaftarkan setiap premis yang dijadikan kafe siber supaya tindakan tegas seperti sita atau batal permit boleh dilakukan sejurus maklumat diterima," katanya kepada BH.
Beliau mengulas isu lambakan kafe siber di negara ini sehingga menimbulkan masalah sosial.
Selain khidmat along, ada juga kafe siber yang menyediakan khidmat pelayan pelanggan dan seks bagi menarik pengunjung.

No comments:
Post a Comment