Monday, March 11, 2024

MUDAHKAN PEMINJAM LUNAS HUTANG LAPUK - PPIM - MALAYSIA GAZETTE - 11/03/2024

 

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa institusi perbankan di seluruh negara memberikan peluang kedua kepada peminjam yang mempunyai hutang lapuk dan disenarai hitam di CCRIS dan CTOS.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan berkata, peminjam boleh diberikan peluang dengan syarat mereka yang mempunyai hutang lapuk masih mempunyai pekerjaan tetap dan mampu membuat bayaran.

Menurut Nadzim, majoriti aduan yang diterima di PPIM berkenaan dengan isu pihak bank enggan membenarkan peminjam menstrukturkan semula pinjaman lapuk dan memilih untuk mengambil tindakan undang-undang yang mana caj tetap dikenakan ke atas peminjam.

“Sudah tahu mereka sukar membayar hutang lama, mengapa digalakkan mereka mengambil hutang baharu untuk melangsaikan yang lama, bukankah lebih baik pihak bank mewujudkan skim mungkin beri peluang sekali sahaja lagi untuk peminjam melunaskan hutang melalui kaedah pemotong gaji atau auto-debit dari akaun bank mereka,” katanya.

Selain itu, katanya tindakan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) mengenakan mengenakan kos pengurusan yang tinggi menyebabkan pinjaman yang dibayar mengambil tempoh lebih lama dan lebih mahal.

Berdasarkan rekod Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI), jumlah kes kebankrapan bagi tempoh 2018 hingga Disember lalu adalah 49,133 manakala kes terkumpul sehingga tempoh sama adalah 269,654 kes.

Pada tahun 2023 Seramai 10,302 individu membabitkan golongan muda berusia 25 hingga 35 tahun diisytiharkan bankrap bagi tempoh lima tahun akibat pelbagai faktor terutamanya pinjaman peribadi, sewa beli kenderaan dan pinjaman perniagaan.- MalaysiaGazette

Artikel oleh: Malaysia Gazette

MUDAHKAN PEMINJAM LUNAS HUTANG LAPUK - PPIM

https://malaysiagazette.com/2024/03/11/mudahkan-peminjam-lunas-hutang-lapuk-ppim/

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...