Wednesday, March 6, 2024

300 PESERTA HIMPUNAN MEGA DEMI PALESTIN MULA BERARAK - UTUSAN MALAYSIA - 02/03/2024

KUALA LUMPUR: Kira-kira 300 orang mula berkumpul di pekarangan Menara Tabung Haji, Jalan Tun Razak di sini bagi menyatakan solidariti terhadap Palestin. 

Kesemua peserta Himpunan Mega Demi Palestin dianjurkan Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) itu berkumpul di hadapan bangunan Tabung Haji pada pukul 1.30 petang. 

Turut kelihatan beberapa aktivis dan pemimpin politik antaranya Presiden Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Chua Tian Chang, Hishamuddin Rais serta Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.

Peserta Himpunan Mega Demi Palestin dijangka mula berarak pada pukul 2.20 petang ke Kedutaan Amerika Syarikat (AS) sebelum ke beberapa lokasi antaranya KLCC seterusnya ke Hotel Renaissance, Maju Junction, Sogo, Dataran Merdeka seterusnya check point terakhir di Padang Merbok.

Pada 28 Februari lalu, media melaporkan polis Wangsa Maju menafikan kelulusan permit untuk mengadakan Perhimpunan Mega Rakyat Demi Palestin seperti dimaklumkan SSP. – UTUSAN

Artikel oleh: Utusan Malaysia

300 PESERTA HIMPUNAN MEGA DEMI PALESTIN MULA BERARAK

https://www.utusan.com.my/berita/2024/03/300-peserta-himpunan-mega-demi-palestin-mula-berarak/

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...