Thursday, March 7, 2024

AKTIVITI | PERJUMPAAN KHAS PPIM BERSAMA TENGKU RAZALEIGH HAMZAH - PPIM - 07/03/2024

07 Mac 2024 - Perjumpaan Khas antara Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi bersama wakil-wakil dari pelbagai NGO Ayahanda Melayu Islam telah mengadakan perjumpaan istimewa bersama YBM Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah untuk membincangkan isu-isu penting yang melibatkan kedudukan Islam dan Melayu dalam negara.

Perbincangan yang memfokuskan "kedudukan" Melayu kini telah diadakan di kediaman rasmi Rumah Putih, Jalan Langgak Golf.

Antara hadirin yang turut menyertai perbincangan termasuklah wakil-wakil dari Pekida Malaysia, Srikandi Malaysia, Permas Malaysia, serta beberapa tokoh dan pemimpin lain dari pelbagai NGO Ayahanda Melayu Islam.

Turut dibincangkan adalah keperluan untuk menjaga keseimbangan dalam masyarakat serta memperkukuhkan kedudukan ekonomi, pendidikan, dan kebudayaan Melayu.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...