Monday, March 11, 2024

PIHAK BANK WAJAR BERIKAN PELUANG KEDUA KEPADA PEMINJAM BERMASALAH - KENYATAAN MEDIA PPIM - 11/03/2024

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa pihak bank seluruh negara mempertimbangkan untuk mewujudkan kaedah supaya peminjam yang mempunyai hutang lapuk dan disenarai hitam di CCRIS dan CTOS.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi mencadangkan peluang itu diberikan secara bersyarat kepada peminjam yang mempunyai hutang lapuk namun masih mempunyai pekerjaan tetap dan mampu membuat bayaran.

"Kebanyakkan aduan yang kami terima di PPIM ialah pihak bank enggan membenarkan peminjam menstrukturkan semula pinjaman lapuk dan memilih untuk mengambil tindakan undang-undang yang mana cas tetap dikenakan keatas peminjam," katanya.

Nadzim berkata langkah lebih berperikemanusiaan ialah untuk membuka ruang pengstrukturan semula pinjaman lapuk tanpa memerlukan peminjam membuat pinjaman baharu.

"Sudah tahu mereka sukar membayar hutang lama, mengapa digalakkan mereka mengambil hutang baharu untuk melangsaikan yang lama, bukankah lebih baik pihak bank mewujudkan skim mungkin beri peluang sekali sahaja lagi untuk peminjam melunaskan hutang melalui kaedah pemotong gaji atau auto-debit dari akaun bank mereka.

"Jika dibankrapkan mereka (bank) tidak mendapat untung dan negara juga kehilangan kumpulan yang masih berpotensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara," katanya.

Nadzim berkata Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) mengenakan kos pengurusan yang tinggi menyebabkan pinjaman yang dibayar mengambil tempoh lebih lama dan lebih mahal.

Untuk rekod, pada tahun 2023 Seramai 10,302 individu membabitkan golongan muda berusia 25 hingga 35 tahun diisytiharkan bankrap bagi tempoh lima tahun akibat pelbagai faktor terutamanya pinjaman peribadi, sewa beli kenderaan dan pinjaman perniagaan.

Berdasarkan rekod Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI) menunjukkan jumlah kes kebankrapan bagi tempoh 2018 hingga Disember lalu adalah 49,133 manakala kes terkumpul sehingga tempoh sama adalah 269,654 kes.

Rekod jabatan itu juga menunjukkan faktor terbesar adalah pinjaman peribadi dengan jumlah kes 20,754 iaitu mewakili 42.24 peratus daripada keseluruhan faktor kebankrapan yang dilaporkan.

Selain itu, pinjaman sewa beli kenderaan menyumbang 7,072 kes iaitu 14.39 peratus diikuti oleh pinjaman perniagaan dengan rekod 6,936 kes mewakili 14.12 peratus keseluruhan.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...