Monday, March 4, 2024

HIMPUNAN MEGA RAKYAT PAMER SOLIDARITI DEMI PALESTIN - BULETIN TV3 - 02/03/2024

 

KUALA LUMPUR: Lebih 300 orang berkumpul di pekarangan Menara Tabung Haji, Jalan Tun Razak di ibu negara bagi menyatakan solidariti terhadap Palestin.

Kesemua peserta Himpunan Mega Demi Palestin dianjurkan Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) itu berkumpul di hadapan bangunan Tabung Haji pada pukul 1.30 petang.

Bacaan doa berkumandang menerusi pembesar suara ketika peserta berkumpul sambil memegang plakad dan menunggu acara bermula.

Demonstrasi himpunan mega demi Palestin ini bermula di Menara Tabung Haji dan kemudian peserta berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat bagi ‘Serahan Memorandum Bantahan’ dan ‘Teguran Tegas’.

Check point pertama di bangunan Kedutaan Amerika Syarikat sebelum ke KLCC seterusnya ke Hotel Renaissance, Maju Junction, Sogo, Dataran Merdeka seterusnya check point terakhir di Padang Merbok.

Himpunan dan perarakan ini turut disertai beberapa aktivis dan pemimpin politik antaranya Presiden Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Tian Chua, Hishamuddin Rais serta Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.

Artikel oleh: Buletin TV3

HIMPUNAN MEGA RAKYAT PAMER SOLIDARITI DEMI PALESTIN

https://www.buletintv3.my/nasional/himpunan-mega-rakyat-pamer-solidariti-demi-palestin/

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...