Saturday, August 15, 2020

5836) RATA-RATA TERUJA DAN GEMBIRA DENGAN PEMBUKAAN MALAKAT GROCER 812 - MALAKAT TRIBUNE - 14/08/2020

 


PUCHONG- Cawangan pertama Malakat Grocer 812 di Putra Perdana dibuka secara rasmi kepada orang ramai mulai hari ini.

Kedai berkenaan menjadi pilihan baharu kepada masyarakat setempat membeli barangan keperluan termasuk barang basah.

Majlis perasmian kedai itu disempurnakan oleh Pengasasnya, Mohd. Fadzil Hashim dan Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.


la dimeriahkan dengan kehadiran ratusan penduduk Putra Perdana dan kawasan sekitar yang dilihat teruja dengan pembukaan kedai itu.

Berikut antara komen-komen pelanggan yang sempat ditemui Malakat Tribune;


“Pembukaan Malakat Grocer 812 di Putra Perdana sangat tepat, kami amat alu-alukan, di sini ramai golongan B40. Mereka dapat pilihan untuk membeli barangan yang lebih murah.

FATIMAH OTHMAN, 41.


“Saya menyokong usaha Coach Fadzil (Mohd. Fadzil) untuk memasarkan produk halal keluaran usahawan Muslim. Kita pun boleh menumpang bangga apabila banyak produk halal Muslim di pasaran.

BADRISHAH YAHYA, 45.


“Apabila ada Malakat Grocer 812 di sini, saya tidak lagi perlu pergi jauh untuk membeli barangan basah. Harganya amat berpatutan selain barangan juga segar. ZALIFAH IBRAHIM,47.


“Barangan keluaran usahawan tempatan yang dipasarkan di Malakat Gocer 812 amat berkualiti dan setanding dengan produk lain. Sebelum ini, saya selalu ikut keluarga membeli barangan di Malakat Mall di Cyberjaya.
NIZA FIRZANAH MOHD. YUSOF, 17.


“Saya pada mulanya terkejut apabila tengok barangan yang ada di Malakat Grocer 812 kerana tidak sangka sebenarnya banyak produk usahawan Muslim yang hebat-hebat.

“Mungkin sebelum ini tiada pemasaran yang berkesan, terima kasih kepada pihak Malakat Grocer 812 yang bantu mereka dan membolehkan pengguna membeli produk orang kita.

RAZALI JUSOH, 59


“Alhamdulillah barang di Malakat Grocer dijual pada harga patut, kelebihannya ialah banyak produk Muslim selain barang basah yang segar seperti ikan dan sayur. “Ada juga perkara yang perlu ditambah baik seperti perbanyakkan lagi barang basah, Insya-Allah, saya yakin tempat ini akan menjadi pilihan penduduk di sini untuk berbelanja. ZARINA ZAINON, 48.


“Sebelum ini, saya hanya dengar orang cakap sahaja mengenai Malakat Mall di Cyberjaya tetapi, sekarang saya berpeluang untuk berbelanja di kedai rangkainnya. Sangat teruja,
sebab mahu tengok sendiri barangan yang dijual.

ARINA ARNOR, 34.


“Sebelum ini, jika mahu beli produk usahawan tempatan terpaksa beli secara dalam talian kerana mereka tiada jual di kedai-kedai biasa, ambil temph yang lama untuk sampai.

“Sekarang sangat mudah bila ada produk-produk ini dipasarkan di sini, Orang Melayu sebenarnya suka mencipta (produk) tetapi lemah dalam pemasaran, sekarang tidak lagi dengan adanya Malakat Mall dan Malakat Grocer 812.

AZRUL IZAM, 39.


Artikel oleh: Malakat Tribune

RATA-RATA TERUJA DAN GEMBIRA DENGAN PEMBUKAAN MALAKAT GROCER 812

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...