Monday, August 10, 2020

5180) PERTANDINGAN MEWARNA SEMARAKKAN KEMERDEKAAN MALAKAT MALL MERIAH - MALAKAT TRIBUNE - 08/08/2020

RAUDHAH CITY - Sebanyak 25 kanak-kanak memeriahkan Pertandingan Mewarna Semarakkan Kemerdekaan yang berlangsung di Malakat Mall di sini hari ini.

Program yang diadakan di ruang legar pusat beli belah itu dibuka secara percuma kepada kanak-kanak berusia 5 hingga 8 tahun.

Pertandingan anjuran kedai alat tulis Conteng itu merupakan sebahagian daripada Program Semarakkan Perjuangan 1957 sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini.

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Dr. Taha Mohd Omar atau lebih mesra dikenali sebagai PU Taha.

Pertandingan Mewarna Semarakkan Kemerdekaan esok akan dibuka kepada kanak-kanak berusia 9 hingga 12 tahun.

Programphari ini turut dimeriahkan dengan forum Memerdekakan Ekonomi Bersama KoPPIM oleh Ketua PPIM, Datuk Nadzim Johan.

PU Taha menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang

Pengunjung Malakat Mall dihiburkan oleh aksi badut


Artikel oleh: Malakat Tribune

PERTANDINGAN MEWARNA SEMARAKKAN KEMERDEKAAN MALAKAT MALL MERIAH

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...