Tuesday, August 11, 2020

5793) "KAMI SUDI SEDIAKAN MAKAN MINUM, KHIDMAT PEGUAM UNTUK ASRI JANGGUT" - SUARA.TV - 10/08/2020

Cyberjaya – Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) tampil menawarkan diri untuk membantu pemilik perniagaan Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid, 42 seandainya dia ditahan pihak berkuasa.

Al Azhar Care melalui satu kenyataan sebentar tadi berkata pihaknya sanggup menyediakan khidmat bantuan guaman kepada Mohd Asri atau lebih dikenali dengan Asri Janggut.

“Jika ada kenalan abang Asri Janggut a.k.a abang Burger tolong sampaikan pesanan kami kepada keluarga beliau.

“Kami sudi menyediakan peguam untuk membela beliau jika ada berlaku tangkapan

“Makan minun anak beliau kami akan pastikan tersedia dirumah mereka jika berlaku perkara buruk,” memetik kenyataan tersebut.

NGO terbabit meminta keluarga Asri Janggut untuk menghubungi pihK mereka sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

“Boleh hubungi kami di talian 013-9999894 atau PM Al Azhar Care. Sama sama kita doakan Abang Asri dan keluarga dijauhkan daripada malapetaka daripada musuh yang jelas ataupun sembunyi. Amin Ya Rabb

“Mohon panjangkan status ini dengan share. Terima kasih. Jazakallahu khairan jaza,” katanya lagi.

Terdahulu pihak polis membuat laporan polis menafikan kewujudan beberapa premis judi di sekitar Jalan Besar, Bandar Baru Sungai Buloh yang didedahkan Asri Janggut menerusi tiga siaran langsung di Facebook Hot Burger Malaysia sehingga tular sejak Sabtu.

Melalui siaran tersebut, Asri Janggut turut mendakwa wujud beberapa premis judi serta gerai peniaga warga Indonesia keturunan Aceh yang menjual rokok seludup di sekitar Jalan Besar Bandar Baru Sungai Buloh.

Terdahulu Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, pihaknya akan memanggil Mohd Asri bagi membantu siasatan kerana mendakwa pihak berkuasa tidak melakukan pemantauan terhadap kegiatan perjudian dan penjualan rokok seludup di kawasan Sungai Buloh.

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya akan memberikan bantuan dari segi kaunseling serta perlindungan kepada Mohd Asri yang terdedah dengan ancaman daripada pihak tertentu.

“Apabila perkara sebegini didedahkan, pastinya ada ancaman kepada individu yang mendedahkan terutamanya membabitkan kegiatan jenayah seperti pusat judi.

“Ini bukannya masa untuk kita menuding jari kepada mana-mana pihak, namun kami berharap pihak berkuasa akan bertindak segera membuat siasatan supaya masalah berkenaan dapat diselesaikan,” katanya.

Artikel oleh: Suara.TV

"KAMI SUDI SEDIAKAN MAKAN MINUM, KHIDMAT PEGUAM UNTUK ASRI JANGGUT"

https://suara.tv/10/08/2020/kami-sudi-sediakan-makan-minum-khidmat-peguam-untuk-asri-janggut/

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...