Saturday, August 1, 2020

5160) ELAK AKAUN BANK DIGUNA PIHAK LAIN - UTUSAN MALAYSIA - 01/08/2020


SAUDARA PENGARANG,

PENDEDAHAN Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) baru-baru ini tentang 25,000 kes 'keldai akaun' yang didalangi sindiket di seluruh negara sejak tiga tahun lalu cukup mengejutkan. Pendedahan itu jelas membuktikan masih terdapat ramai yang sanggup menyewakan akaun bank semata-mata untuk mendapat wang segera yang sebenarnya tidak banyak. Yang untung sebenarnya anggota sindiket yang difahamkan mengutip keuntungan berkali-kali ganda lebih banyak.

Sehubungan itu, diharapkan mereka yang masih menyimpan hasrat untuk menyewa akaun bank mereka supaya membatalkan terus niat berkenaan. Ini kerana mereka yang menyewa akaun akan dicari pihak berkuasa dan bukannya anggota sindiket penipuan. Undang-undang jelas menyatakan kesalahan diletakkan kepada pemilik akaun walaupun dalam kes tertentu, mereka tidak mengetahui ia digunakan untuk tujuan menipu.

KUDA ZEBRA
Shah Alam


Artikel oleh: Utusan Malaysia

ELAK AKAUN BANK DIGUNA PIHAK LAIN

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...