Monday, August 10, 2020

5787) TAKKAN NAK HARAPKAN KPN SAHAJA - PPIM - BERITA HARIAN - 10/08/2020

 

KUALA LUMPUR: Aktiviti perjudian sama ada membabitkan premis, dalam talian atau nombor ekor haram sukar dibanteras kalau hanya mengharapkan tindakan daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, sahaja.

Sebaliknya tindakan ini memerlukan komitmen semua pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang benar-benar komited menyahut seruan Ketua Polis Negara untuk menghapuskan kegiatan haram berkenaan.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, berkata pada pengamatannya Abdul Hamid sememangnya dilihat begitu serius untuk menghapuskan kegiatan perjudian sejak dilantik sebagai pemimpin PDRM.

"Beliau sememangnya amat serius sangat untuk menghapuskan elemen perjudian, namun memerlukan kerjasama daripada semua anak buahnya.

"Sebagai contoh saudara Mohd Asri Hamid (Pengasas Hot Burger Malaysia) sudah beberapa kali membuat laporan dan membawa perkara itu kepada polis sejak tiga empat bulan lalu, namun tidak bergerak (tiada sebarang tindakan)," katanya dalam sidang media secara langsung menerusi Facebook PPIM tengah hari tadi.

Nadzim berkata dia sememangnya faham agak sukar untuk Abdul Hamid seorang diri memerangi kegiatan perjudian tanpa komitmen daripada pegawai bawahannya.

"Tapi kita pun faham dia pun bukannya boleh buat kerja itu seorang diri...bukan mudah kerana ini sudah menjadi satu budaya dalam masyarakat kita yang begitu terdedah pelbagai pengaruh, ancaman dan pelbagai benda lain.

"Jadi apabila timbul isu ini rakyat bersuara dan ini mungkin satu hasil dan pendedahan tentang sesuatu isu sebenar," katanya.


Artikel oleh: Berita Harian

TAKKAN NAK HARAPKAN KKPN SAHAJA - PPIM

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/08/719718/takkan-nak-harapkan-kpn-sahaja-ppim

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...