Tuesday, June 5, 2018

4494) PPIM JUMPA SYARIKAT PENGELOLA HAJI DIDAKWA TIPU – PPIM – 1/6/2018

PJH maklumkan aduan salah faham

KUALA LUMPUR 31 Mei – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sebentar tadi telah mengadakan pertemuan dengan syarikat pengelola jemaah haji (PJH) yang didakwa menipu para pelanggan yang menyertai pakej haji 2017 syarikat tersebut.
Dalam pertemuan yang diadakan, PJH berkenaan telah menjelaskan keadaan yang sebenar dan telah bersetuju untuk mengadakan satu pertemuan dengan para jemaah yang membuat aduan terhadap mereka.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan memberitahu, daripada pertemuan berkenaan, difahami pertikaian antara kedua belah pihak itu mungkin berpunca daripada salah faham.
Jelas beliau, pihaknya akan menganjurkan dan memudah cara satu pertemuan antara PJH berkenaan dan para pengadu berkenaan bagi menyelesaikan pertikaian yang berlaku.
Beliau dalam masa sama menjelaskan, pertikaian berkenaan sebenarnya berpunca daripada penggambaran dan penerimaan persepsi yang berbeza di kedua belah pihak.
“Justeru saya menyarankan agar semua pihak bertenang sehingga pertemuan antara kedua belah pihak yang terlibat.
“Saya juga berharap tidak ada lagi pihak yang membuat dakwaan bahawa syarikat PJH melaku sebarang penipuan dan memberi ruang kedua-dua pihak menyelesaikan perkara ini secara baik,” kata beliau selepas pertemuan berkenaan. – MEDIA 

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...