Wednesday, June 27, 2018

4530) TAWAR HARGA GULA SERENDAH RM1.90 SEKILOGRAM – METRO – 27/6/18



Kuala Lumpur: Sebuah syarikat pengimport gula berpangkalan di Puchong, Selangor mendakwa mampu menawarkan harga gula serendah RM1.90 sekilogram berbanding harga pasaran RM2.95 sekilogram sekali gus membantu pengguna menangani kos sara hidup.
Pengarah Urusan Nurani Resources Sdn Bhd Datuk Ali Hasan berkata, ia dapat dilakukan sekiranya liberalisasi Permit Import (AP) dilaksanakan kerajaan sekali gus mengelak monopoli pihak tertentu sehingga mempengaruhi harga gula.
 Menurutnya, ketika ini syarikatnya tidak mempunyai AP walaupun layak dan terpaksa menyewa daripada orang lain bagi mengimport gula hingga terpaksa menaikkan harga bagi menampung kos.

“Kita mampu menawarkan harga gula RM1.90 sekilogram kerana syarikat saya mengimport gula dari Thailand pada harga RM1.50 sekilogram dan dibungkus semula sebelum dijual di negara ini.

“Harga ditetapkan kerajaan RM2.95 sekilogram, jadi pengguna jimat RM1,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini, semalam.
Hadir sama Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan dan Ketua Koodinator Majlis Jualan Jimat Harapan Rakyat Malaysia Datuk Dr Mohd Noor Ali Akbar.
Ali berkata, bagaimanapun pada masa sama syarikatnya terpaksa membayar RM1 juta bagi AP untuk mengimport 20,000 tan metrik gula setahun dan tidak dapat menjual gula pada harga rendah.

Artikel Oleh : Metro
TAWAR HARGA GULA SERENDAH RM1.90 SEKILOGRAM

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...