Wednesday, June 13, 2018

4510) PROGRAM JUALAN HARAPAN RAKYAT MALAYSIA – PPIM – 10/6/18



Program Jualan Harapan Rakyat Malaysia menawarkan kepada pengguna harga barangan keperluan yang lebih murah daripada harga jualan dipasaran sehingga mampu menjimatkan perbelanjaan sehingga RM200 sebulan.
Program yang mula dilaksanakan pada awal bulan Ramadhan 1439H mendapat sambutan yang mengalakkan bukan sahaja dari pengguna berbangsa Melayu. Kebanyakkan pengunjung juga terdiri daripada gabungan pelbagai bangsa termasuk Cina dan India yang mengharapkan lebih banyak program seperti ini diusahakan untuk meringankan kos sara hidup.


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama Biro Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (MOA), Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), HALMIM Nasional, dan Pasar Ayam Dato’ dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengadakan Program Jualan Harapan Rakyat Malaysia.



Turut sama hadir dalam program yang dianjurkan oleh MOA, FAMA bersama NGO-NGO, Agensi Kerajaan, Pengimport dan Syarikat Persendirian di seluruh Malaysia ini ialah Exco Perumahan dan Kehidupan Bandar Negeri Selangor, YB Haniza Talha.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...