Wednesday, June 27, 2018

4520) TUKANG MASAK TEMPATAN : JANGAN BUAT KEPUTUSAN TERBURU-BURU – BERNAMA – 24/6/18


KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) — Perancangan dan penyelidikan yang menyeluruh perlu dilakukan sebelum menetapkan semua restoran di negara ini menggunakan khidmat tukang masak tempatan, kata aktivis persatuan pengguna.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata PPIM menyambut baik cadangan Kementerian Sumber Manusia itu yang mengutamakan tukang masak tempatan bagaimanapun rundingan harus dilakukan terlebih dahulu antara pihak kementerian dan pihak berkepentingan seperti pengusaha kedai makan dan persatuan pengguna.
“Rata-rata restoran kini menggunakan tukang masak warga asing contohnya di kedai masakan mamak, pemiliknya lebih gemar mengambil tukang masak dari India manakala kedai masakan dari pantai timur majoritinya adalah tukang masak dari Thailand, sama juga dengan kedai makanan Cina dan lain-lain, mereka akan menggaji tukang masak sama ada dari Vietnam, China dan negara lain,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran bahawa semua pengusaha akan diberi tempoh hingga hujung tahun ini untuk memastikan hanya tukang masak tempatan sahaja bekerja di restoran mereka dan peraturan baharu itu akan dikuatkuasakan mulai 1 Jan 2019.
Nadzim berkata cadangan itu akan menyelesaikan masalah melibatkan tukang masak warga asing tetapi kementerian juga harus mempertimbangkan tentang gaji yang sesuai untuk tukang masak tempatan dan masalah kos yang harus ditanggung pengusaha restoran.

Artkel Oleh : BERNAMA
TUKANG MASAK TEMPATAN : JANGAN BUAT KEPUTUSAN TERBURU-BURU

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...