Wednesday, June 13, 2018

4508) SERAH RM50,000 ISI DANA TABUNG HARAPAN MALAYSIA – METRO – 11/6/18



Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyumbang RM50,000 bagi mengisi Tabung Harapan Malaysia, kelmarin.
Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, sumbangan disampaikan menerusi Yayasan Patriot Negara Malaysia kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri, Muhammad Zahid Md Arip.
Katanya, sumbangan itu sebagai merealisasikan tanggungjawab dan keprihatinan badan bukan kerajaan terbabit bagi membantu negara. “Sumbangan ini adalah satu penghargaan atas usaha kerajaan mewujudkan satu negara yang memberi harapan kepada generasi akan datang,” katanya pada Majlis Iftar dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Sri Rampai di sini, kelmarin.
Majlis berkenaan dianjurkan bersama PPIM dan Al Madrasathul Faridiyah yang dipengerusikan Datuk Jawahar Ali yang juga pemilik Restoran Ali Maju.

Pada majlis berkenaan, lebih 7,000 golongan asnaf, ibu tunggal, anak yatim dan orang kurang upaya diraikan serta menerima sumbangan Aidilfitri berbentuk barangan keperluan dapur dan wang tunai.

Artikel Oleh : Metro
SERAH RM50,000 ISI DANA TABUNG HARAPAN MALAYSIA

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...